Tuesday, July 29, 2008

Bahaya Riya'

Riya' mempunyai ciri dan tanda-tanda sebagaimana kata Ali bin Abi Thalib ra:
Orang yg berlaku riya' memiliki tiga ciri, yaitu:

1. Dia menjadi pemalas apabila bersendirian.
2. Dia menjadi rajin jika berada di tengah-tengah orang yg ramai.
3. Dia menambah kegiatan/kerajinan kerjanya jika dipuji dan berkurang jika diejek.


Tanda yg paling jelas adalah berasa senang jika ada orang yg melihat ketaatannya. Andaikan orang tidak melihatnya, dia tidak berasa senang.


Dari sini diketahui bahwa riya' itu tersembunyi di dalam hati seperti api yg tersembunyi dalam batu. Jika orang melihatnya maka menimbulkan kesenangan dan kesenangan ini bergerak dengan gerakan yg sangat halus, lalu membangkitkannya untuk menampakkan amalnya. Bahkan ia berusaha agar diketahui amalnya itu baik secara sindiran atau terang-terangan.

Diriwayatkan bahwa Abu Umamah Al-Bahili pernah mendatangi seseorang di masjid yg sedang bersujud sambil menangis ketika berdoa. Kemudian Abu Umamah mengatakan kepadanya: "Apakah engkau lakukan seperti ini jika engkau solat di rumahmu? (Teguran ini dimaksudkan untuk menghilangkan sikap riya')."

Saturday, July 26, 2008

Hak Asasi Manusia VS Hak Allah Sebagai Pencipta

'Sesungguhnya ramai manusia yang bijak pandai tetapi tidak ramai yang berakal'. Ungkapan tersebut saya petik daripada kata-kata seorang sahabat saya sewaktu kami menghabiskan masa lapang satu ketika dahulu. Pada mulanya saya tidak mengendahkan perkara yang dituturkan olehnya. Tetapi perkataan tersebut sejak akhir-akhir ini sering bermain di dalam kotak fikiran saya.

Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang Allah anugerahkan akal tetapi kita tidak menggunakan akal tersebut sebagai mana yang Allah anugerakkan. Kita cerdik tapi kita gunakan kecerdikan kita untuk menindas orang yang lain yang tidak secerdik kita, kita berharta tapi kita gunakan kekayaan kita untuk kepentingan diri kita tanpa kita mengindahkan hak individu lain yang turut sama mempunyai hak pada harta tersebut dan pelbagai lagi fenomena yang berlaku kini.
Kecerdikan, kepintaran, kepandaiaan kadang kala digunakan untuk mempersoalkan syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada kita selaku hambanya. Contoh yang paling mudah, terdapat golongan yang dinamakan Sisters In Islam (SIS) mengatakan bahawa syariat Allah itu tidak adil dan berat sebelah kepada golongan lelaki. Jadi mereka cuba menuntut hak yang kononnya bertujuan supaya hak wanita turut terbela sepertimana kaum lelaki.
Inilah yang dikatakan golongan yang cerdik pandai tetapi tidak berakal. Allah kurnikan akal untuk manusia berfikir tetapi manusia menggunakan akal untuk membantah atas alasan hak asasi manusia yang telah tercemar akibat syariat Islam. Maka tidak hairanlah lahir golongan seperti Zainah Anuar dan Amina Wadud.
Terlalu banyak mempersoalkan hukum-hakam Allah boleh menyebabkan kita tersasar daripada landasannya. Sehingga kita lupa bahawa Allah S.W.T adalah pencipta kita sedangkan kita hanyalah bahan yang dicipta. Harus kita ingat, dalam seribu soalan yang kita utarakan, mungkin hanya satu sahaja yang mampu dijawab oleh kita. Kerana pengetahuan Allah S.W.T tidak terbatas berbanding kita.

Wednesday, July 23, 2008

Merealitikan Hidup Yang Fantasi


Pengalaman hidup seseorang sering kali membuatkan kita terfikir untuk menjadi sepertinya ataupun sedaya mungkin cuba menghindari masalah yang terpaksa dihadapi olehnya. Pengalaman seseorang juga sering mematangkan kita untuk melalui kehidupan yang belum pasti penghujungnya.

Mementaskan satu lakonan indah di atas pentas dunia amat menyukarkan kita. Namun suratan telah menetapkan bahawa kita adalah pelakon utamanya. Segalanya terpulang kepada kita. Skrip lakonan telah diberikan, panduan dan larangan juga telah dibekalkan, yang tinggal cuma kita sebagai pelakon utama mampu menarik minat para penontonnya.

Itulah yang dikatakan seni dalam kehidupan. Segalanya terpulang kepada kita untuk mencoraknya. Sesuatu kehidupan yang fantasi sebaik mungkin cuba untuk di realitikan oleh kita.

Tuesday, July 22, 2008

''Tak Semua Orang Mampu Fikir Macam Kita''

Kedatangan hujung minggu membuatkan saya sekali lagi berpelung berjumpa dengan seorang kakak yang amat saya hormati pandangan, nasihat dan kata-kata yang bernas sebagai satu perangsang kepada saya terus melangkah laju, ketika langkah saya semakin lemah dalam mengharungi mehnah dan tribulasi perjuangan.

"Kita tak boleh mengharapkan orang lain berfikir sepertimana kita berfikir. Situasi dan waqi' (suasana) yang berbeza menyebabkan seseorang tu tak mampu untuk berfikir macam kita"

"Kalau kita lihat pada masalah, memang kita banyak masalah. Tapi macam Ustazah Rahmah tadi cakap, masalah itu bukan masalah. Yang jadi masalah adalah diri kita. Cuba check balik apa sebenarnya punca masalah. Bagi akak kalau aqidah kita longgar, yang tulah punca masalah" Panjang sungguh pendapat dan juga pandangan daripadanya

"Apa yang akak cakap tadi memang betul. Sebab saya perhatikan takarub (pergantungan) dengan Allah dah tak macam dulu. Sembahyang lewat, qiam tak bangun, solat jemaah tak ramai" Saya turut bersetuju dengan pendapatnya.

"Haa, sampai macam tu ke? Akak rasa awak kena duduk dengan mereka semula"

"Emm, tak nak lah. Nanti mereka latih saya jadi pembebel"

"Tak pe. Dulu Kak Yam pun selalu marah-marah. Mula-mula akak rasa benda tu tak perlu pun marah-marah. Suruh tutup suiz lampu..kipas, jangan tidur di bilik study, kemas tempat sendiri, benda yang simple. Tapi bila dah lama, baru akak rasa benda yang kecil tu penting. Sebab ia akan mempengaruhi benda yang besar"

Perbincangan dan pandangan daripadanya walaupun hanya seketika memberikan banyak manfaat. Itulah selalu yang dia ingatkan. Soal aqidah kita.Kalau kita jauh dengan Allah, Allah tidak akan dekat dengan kita. Kalau kita tidak ingat pada Allah, Allah tidak akan ingat pada kita. Mudah sahaja. Tetapi itulah yang kita lupa. Itulah yang kita tidak lakukan. Sememangnya itulah punca segala masalah yang ada.

Hatinya Satu Kasihnya Beribu

Seperti biasa selepas solat Isya', saya memulakan tugasan saya untuk terus membaca bahan-bahan ilmiah sebagai persediaaan untuk menulis desitasi (tesis pendek) sarjana saya. Disebabkan rasa bosan saya membuat keputusan untuk mendengar lagu. Tajuk lagu 'Buatmu Ibu' menjadi pilihan saya di samping beberapa lagu lain. Entah mengapa lagu tersebut telah membuatkan saya terlintas untuk menelefon emak saya di kampung. Mungkin kerana rindu…entahlah saya kurang pasti.

"Waalaikumsalam mak" saya memulakan bicara selepas mendengar salam diberi dihujung talian.
"Mak apa khabar, sihat?"
"Macam biasa, sihat ke… tak ke, kena pergi sekolah juga" Itulah jawapan yang selalu emak berikan setiap kali soalan tentang kesihatannya saya ajukan. Moga-moga keikhlasanya mengajar akan dirahmati Allah.
"Makan dah ke belum ni?" Tanya emak.
"Tak, malas nak turun. Kafe jauh sangat. Baru-baru ni demam tapi dah baik dah. Cuma ada batuk-batuk sikit"
"Dah pergi klinik dah?"
"Dah" Jawab saya sepatah
"Kenapa tak pergi makan. Pergi makan. Nanti tinggal tulang je. Dah lah kurus. Pergi makan"
"Yelah..yelah" Memang setiap kali saya menelefon emak, soalan wajib yang akan ditanya olehnya adalah tentang makan sebab emak tahu anaknya yang sorang ni tidak kesah sangat tentang makan.

Setelah agak lama berbual akhirnya saya mengakhiri berbualan saya.
"Mak, jangan lupa doakan Adiah tau" pinta saya kepada seorang ibu yang amat saya harapkan keredhaannya.
"Mak selalu doakan anak-anak mak. Tapi tak tahulah anak mak buat apa kat sana" perkataan yang terkeluar daripada mulut emak tadi membuatkan saya sedikit terkejut.
"Belajarlah rajin-rajin" pesannya pada saya.
"Insya Allah" Jawabku

Sesungguhnya kasih seorang ibu tidak boleh sama sekali kita nilai walau dengan apa jua sekalipun. Walaupun kadang kala kata-katanya bersahaja tetapi ia mempunyai seribu makna.

Tuesday, July 15, 2008

Adakah Kita Diantara Buih Itu?

Lebih 1400 tahun dahulu Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud
Daripada Tsauban r.a berkata : Rasulullah S.A.W pernah bersabda “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi S.A.W menjawab, “Bahkan kamu pada ketika itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati-hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’ “. Salah seorang sahabat bertanya : “Apakah wahan itu hai Rasulullah?”. Berkata Rasulullah “Cintakan dunia dan takutkan mati”.

Rasulullah mulakan sabdanya dengan menyatakan “Hampir tiba suatu masa….” Tanpa kita sedari, inilah masa ataupu zaman yang Rasulullah S.A.W maksudkan.


Kita hidup dalam keadaan kita sentiasa bergembira, kita kumpul harta dunia sebanyak mungkin yang terdaya oleh kita, kita ketawa… kita bergembira seolah-olah kita tidak akan mati.

Tanpa kita sedari, ajal kita semakin tiba. Usia kita semakin pendek. Perkara yang pasti, kita tidak tahu sama ada usia yang kita habiskan adakah benar-benar berbaloi untuk kita ataupun sebaliknya. Moga-moga dengan usia yang masih berbaki ini ia menjadi pecutan terakhir untuk mendekatiNya.

"Jangan jadi buih, tapi jadilah air" terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat, nasihat yang berguna untuk kita semua melangkah mengharungi hidup yang tidak pasti dimana letak pengujungnya. "Jadilah air kerana air kalaupun ia tidak mampu mengalir, ia akan meresap ke dalam tanah dan akhirnya akan terus mengalir. Tapi jangan jadi buih kerana walaupun cantik ia akan pecah bahkan tidak mampu memberi manfaat lepada sesiapa"

Mukmin yang paling baik ialah yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Berilah sesuatu selagi mana kita mampu memberi, sampikanlah sesuatu selagi mana kita mampu menyampaikan. Berilah andai kata kita mempunyai harta, sampaikanlah anadi kata kita punyai ilmu. Moga-moga dengan kita memberi dan menyampaikan, kita akan jadi air tidak jadi buih.

Pemimpin Yang Baik Tidak Minta Dihormati

"Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama merasainya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir menikmatinya" Ungkapan ini saya pinjam daripada seorang Amirul Mukminin, Saidina Umar Al-Khattab.

Malang sekali bagi umat Islam pada masa kini. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan dan tahun silih berganti. Ia berlalu dan terus berlalu. Ungkapan daripada seorang pemimpin seperti Umar Al-Khattab tidak lagi mampu didengari pada ketika ini.

Hari ini perkataan rasuah, pecah amanah, bunuh dan pelbagi lagi jenayah lain tidak menjadi suatu perkara yang luar biasa yang berlaku di kalangan pemimpin. Pemimpin tidak lagi menganggap jawatan yang disandang sebagai amanah yang terpikul. Tetapi menganggap jawatan yang disandang sebagai batu loncatan untuk mengumpul harta kekayaan dan mencari kemahsyuran.

Harus kita ingat bahawa setiap daripada kita juga adalah pemimpin. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud "Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya tentang apa yang kamu pimpin" Kalau kita seorang anak kita dipertanggungjawabkan untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita, kalau kita seorang sahabat kita harus melapangkan kesusahan yang dialamai oleh sahabat kita, hatta sekiranya kita seorang hamba kita dipertanggungjawabkan untuk menjaga barang amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh tuan kita kepada kita.

Maka jadilah sebaik-baik pimpinan. Pemimpin yang baik bukan mahu dihormati tetapi hanya mahu diingatkan akan dosa sekiranya dia melanggar amanah yang telah dipikulnya.

Saturday, July 12, 2008

Teka-teki Imam Al-Ghazali

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan

Friday, July 11, 2008

It's Okey To Cry

Adakah menangis membawa erti kekalahan, atau kesedihan ataupun kelemahan. Lebih malang lagi bila ada yang mengatakan “Menangis ? Macam perempuanlah dia ni.” Mungkin persepsi tersebut membuatkan kita jarang sekali untuk menitiskan air mata. Apa gunanya air mata yang Allah kurniakan buat kita jika kita tidak gunakan ?

Menangislah. Kau bukannya orang yang lemah jika kau menangis.

Sahabatku yang ku rindui. Persoalannya kemana air mata itu seharusnya ditumpahkan. Ada yang menyatakan kelemahan seorang lelaki adalah air mata seorang perempuan. Betul ke ? Bagaimana pula dengan kelemahan perempuan ?

Sahabatku yang ku kasihi, ingatlah, percayalah. Kita tidak mempunyai kekuatan selain air mata. Disebabkan kita insan yang lemah Allah kuniakan kita air mata untuk menangisi kelemahan itu. Disebabkan kita sering lupa dan alpa Allah kurniakan kita air mata supaya kita tidak lagi mengulangi kesalahan itu dan disebabkan kita sering merasai kita dalam keadaan keseorangan, Allah kurniakan air mata untuk kita merasai dekatnya Dia disisi kita pada ketika itu, berbanding pada masa yang lalu. Air matalah yang membuatkan iman kita sentiasa berada di dalam dada kita, Insya Allah.

Jadi apa salahnya untuk kita menangis. Menangis bukan bererti kita kalah, menangis bukan bererti kita lemah…

Wednesday, July 9, 2008

Bajuku Ungu, Tudungku Biru


"Alamak dik, awat comel sangat hari ni?" Tegurku secara berseloloh. "Kenapa kak?"tanya adik tersebut kembali, tanda dia tidak mengerti perkara yang ingin saya sampaikan. "Cuba tengok baju tu..tudung warna biru, baju warna ungu. Mana padan. Tak sesuailah..Kalau dari jauh lagi nampak tak sesuai. Memanglah bunga baju warna biru...sepadan dengan tudung. Dari dekat ok tapi masalahnya daripada jauh k.o"

"Alamak...akak cakap macam tu, tak nak lah pi meeting?" "La..pi jelah. Tak berdosa pun" Perbualanku berakhir di tangga masjid. Kami berpisah untuk meneruskan agenda masing-masing.

********************************************************

"Ni lab coad ke ape ni? awat comot sangat?" Seperti biasa teguranku bernadar gurauan. "Ala..akak...." "Pi la basuh" "Ok..ok"jawapnya mengakhiri perbualan kami kerana masing-masing mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

*********************************************************

Kita sering mengatakan gurauan ataupun usikan yang kita lakukan akan menceriakan suasana buat seketika. Memang benar. Tetapi berhati-hatilah kerana seperti kata pepatah Arab mengatakan "gurauan adalah bunga kepada pertelingkahan" Kebijaksanaan dalam bergurau juga penting supaya gurauan yang kita lakukan tidak menghiris hati mana-mana pihak dan yang paling penting kita tidak tersenyum di kala ada individu lain terluka denan perbutan kita.

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa bukan di sisi manusia tetapi di sisiNya. Cuba untuk menegur mana yang tidak kena, mana yang salah, mana yang silap dan mana yang harus dibaiki. Harapan saya hanya satu supaya setiap teguran saya membawa manfaat kepada semua kerana saya tahu kehidupan kita hanya sementara.

Tetapi kadang kala, dalam teguran bersulam usikan yang dirasakan mampu menceriakan suasana rupanya ia tidak semanis senyuman yang diukir di bibir mereka. Maaflah kerana saya insan biasa, yang mampu meluahkan kata-kata mengikut apa yang dirasai oleh saya. Bagi saya, gurauan saya hanya sekadar nasihat yang disulami gurauan tetapi sebaliknya yang terjadi telah berlaku.

Maafkanlah atas segala kesalahan, salah dan silap saya dalam mencorak warna-warna dalam kehidupan saya. Saya cuba jadikan perkara yang fantasi menjadi realiti. Perkara yang dicita menjadi kejayaan. Perkara yang dimimpikan menjadi kenyataan. Agar seni yang saya aturkan dalam kehidupan saya menjadi lukisan yang indah untuk tatapan di hari akhirat kelak. Maafkan saya sekali lagi. Saya cuba untuk melahirkan suasana yang bahagia di antara kita, tetapi disebabkan saya insan biasa kadang kala gurauan tersebut menjadi racun yang mampu membunuh kemesraan kita.

Sunday, July 6, 2008

Atas Nama Cinta..


Menyelah kehidupan manusia yang mempunyai banyak ragam dan karenah membuatkan diri ini kadang-kala terfikir "Ada juga manusia macam ni?" Tetapi betullah apa yang dikatakan orang bahawa cinta itu buta. Tapi betul ke kita hidup semata-mata kerana cinta?


Susah juga bila kita bercakap dengan orang yang faham agama tetapi berserah seluruh kehidupannya atas nama cinta. Bahkan lebih parah lagi apabila dia mengaku yang dia sukar untuk bahagia sekiranya dia membuat pilihan tersebut "....tak apa lah, sekurang-kurangnya sepanjang hidup saya ada masa yang saya akan rasa bahagia walaupun seketika"


Mengeluh panjang saya mendengarnya. Apa lagi nasihat yang boleh saya sampaikan supaya dia tidak terlalu pasrah terhadap apa yang berlaku ke atasnya. "Ya Allah, semoga pilihannya pada hari ini yang pada pandangan saya adalah amat tidak sepatutnya berlaku dalam hidupnya akan berubah menjadi anugerah yang paling berharga untuknya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat"


Cinta itu dikatakan buta apabila kita tidak mampu menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Hakikatnya Rasulullah telah menggariskan untuk kita membuat pilihan yang terbaik dalam memilih pasangan yang bakal sama-sama membantu kita menuju ke syurgaNya. Pilihan sama ada harta, paras rupa, keturunan dan agama telah Rasulullah sabdakan supaya kita memilih agamanya.


Islam yang menjadi ukuran kita untuk memilih pasangan hidup akan membuatkan hartanya yang sedikit menjadi banyak, rupanya yang sederhana menjadi sesejuk mata memandang dan keturunannya menjadi mulia disebabkan akhlak yang dimiliki olehnya.


Moga-moga cinta itu tidak menjadi buta kerana kita yang membutakannya. Cinta akan menjadi mulia kerana ia kurniaan Yang Maha Esa.

Saturday, July 5, 2008

Bicara Hati

Sama ada mahu ataupun tidak mahu dalam hidup kita ini akan lahir satu perasaan yang kita tidak pinta pun ia lahir. Tapi tulah sebenarnya perasaan yang Allah kurniakan untuk hambaNya…inginkan supaya disayangi dan ingin menyayangi…tapi bukan yang tu saya nak cerita. Perkara tu akan hadir sendiri bila dah sampai waktunya nanti…Cuma saya minta jangan takut untuk berhadapan dengannya…sama ada suka ataupun tidak hadapilah dengan profesional. Kalau tak suka hadapainya dengan baik begitu juga sebaliknya, juga perlu hadapi dengan baik. Tiada sesiapa pun yang dapat membantu atau cakap, bagaimana untuk menghadapinya… segalanya terpulang kepada individu itu sendiri.. mengikut kebijaksanaannya…

Bagi saya sama ada kita suka ataupun tidak, sebenarnya dugaan yang kita terima sama sahaja. Kalau kita suka, macam mana nak handle supaya perkara yang Allah redha tidak menjadi perkara yang Allah murka… dalam kita berhubung dengan dia sama ada secara direct ataupun tidak, berhadapan dengan masyarakat sekeliling supaya perkara yang sedang kita hadapa tidak menjadi fitnah, dan macam-macam lagi.


Kalau kita tak suka pula..dugaannya lebih kurang sama…

Sebenarnya bagi saya setiap perbuatan, kelakuan kita…kita boleh minta fatwa daripada akal kita sama ada perkara tersebut baik ataupun sebaliknya. Kalau kita rasa tidak sedap hati, jadi tidak perlulah teruskan perkara yang sedang kita lakukan…

Ust Syed Nazir yang mengajar Bahasa Arab Tinggi semasa saya di tingkatan 6, ada memberi nasihat kepada kami pelajar muslimat di Tingkatan 6 Usuluddin satu ketika dahulu…ustaz cakap jangan percaya pada lelaki hatta diri ustaz sekalipun…ayah sendiri pun sekarang kita tidak boleh percaya, ustaz cakap tidak boleh percaya..Cuma kita boleh percaya pada suami kita sendiri.. jadi hati-hatilah dalam berkawan dengan insan yang bernama lelaki.

Memang susah untuk menjaga ikhtilat tetapi percayalah kita semua mampu melakukannya.... Allah pun ada berfirman, Dia tidak akan bebani seseorang tu kalau individu tersebut tidak mampu... pilihlah kawan yang baik..kerana kawan yang baik akan beri manfaat kepada kita bukan sahaja di dunia tetapi sehingga ke akhirat..

Cantikkan?


Syariat yang Allah turunkan untuk kaum hawa supaya bertudung sebenarnya tidak membebankan kaum hawa bahkan untuk memudahkan kaum hawa. Hakikatnya kita boleh lihat sendiri di papan-papan iklan di Kelantan dan baru-baru ini di Sungai Petai, Kedah. Cantikkan mereka bertudung ?

Rambut itu dikatakan mahkota wanita, jadi sebab itulah ia perlu dilindungi dan disembunyikan daripada dilihat oleh individu yang tidak berhak melihatnya. Syariat yang diturunkan untuk kita untuk memudahkan kita, bukan untuk menyusahkan kita. Tidak perlulah kita mempersoalkan banyak perkara, sebab Allah tahu keperluan kita selaku makhluk ciptaan.

Orang Yang Paling Membenci Saya

"…yelah macam mana saya nak berehat. Siang saya bekerja, malam perlulah berjuang". Luah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS.

"Doktor saya selalu menasihatkan saya supaya mempunyai tidur yang cukup dan makan yang teratur supaya kesihataan saya tidak terganggu… dia memang membenci saya kerana saya tidak dapat memenuhi permintaannya"


Benci kerana sayang…hakikatnya itulah perasaan seorang doktor peribadi kepada pesakitnya. Tambahan pula, dia bertanggungjawab ke atas kesihatan seorang menteri besar yang disanjungi rakyat, disayangi rakan dan disegani lawan.

Jika sekadar menteri besar sudah tentu doktor ini tidak terlalu bimbang akan pesakitnya tetapi terlalu banyak tanggungjawab yang digalas di bahu pesakitnya membuatkan doktor ini juga merasakan tanggungjawab yang sama dipikul olehnya.

Kita selalu mengatakan kita sibuk. Tetapi setakat mana sebenarnya kesibukan kita..perkara apa yang telah membuatkan kita merasakan yang kita sibuk…bila masa yang kita rasa kita tidak akan sibuk...Rasulullah ada bersabda dalam satu hadisnya yang bermaksud "Masa rehatku adalah masa solatku" Tetapi bagaimana pula dengan kita..

Sama ada masa kita banyak ataupun sikit itu bukanlah ukurannya tetapi ukuran yang sebenar pada masa adalah bagaimana kita hendak menggunakan masa yang kita ada sebaiknya. Umur yang ada bukan menandakan panjangnya usia kita sebaliknya ia menandakan semakin pendeknya masa yang kita ada. Prof HAMKA ada mengatakan " Kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan tetapi kita tidak boleh menghitung usia kita yang masih tinggal" Jadi gunakanlah usia yang masih berbaki itu untuk sebik-baik perkara agar kita tidak menyesal di pengakhiran usia.

Friday, July 4, 2008

Tentang Hari Ini

"Hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari yang bakal berlalu kami, lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu" Lama dah tak dengar doa tu. Waktu sekolah menengah dulu doa ni adalah antara doa yang dibaca setiap kali perhimpunan tamat. Cepat sungguh masa itu berlalu.


Bila difikirkan masa yang berlalu, kadang-kadang terfikir untuk mengulangi masa tersebut. Memang mustahil untuk mengembalikan masa yang telah tiada. Perkara yang pasti masa yang telah berlalu akan menjadi sejarah untuk masa hadapan. Supaya kesalahan-kesalahan yang lampau tidak diulangi lagi.

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna ada mengatakan "Sesiapa yang mencipta seni dalam kematiannya, Allah akan mengangkat martabatnya". Jadi, laluilah kehidupan yang hari ini supaya yang menjadi sejarah yang terindah untuk dikenang di masa hadapan dan ingatlah sejarah yang kita cipta ini bakal di pertontonkan di hari yang tiada perlindungan kelak di Padang Mahsyar.

Wednesday, July 2, 2008

E-mel: Pandangan Masyarakat Kampus Tentang Isu PTPTN


Pasca PRU12 telah menyebabkan semakin ramai individu mempunyai blognya sendiri. Semuanya mempunyai tujuan masing-masing. Terpulanglah kepada anda semua untuk mencorak blog tersebut. Nasihat saya jadikanlah blog tersebut sebagi medan untuk menyampaikan dakwah dan alangkah manisnya sekiranya blog tersebut menjadi satu medan tarbiyyah kepada pengunjung blog kita. Bahkan lagi manis sekiranya blog yang kita miliki menjadi sumber inspirasi dan teman dikala pembaca dalam kesulitan, yang akhirnya dia menjadikan blog kita bukan untuk kali pertama dan kali terakhir untuk dibaca.

Harus kita ingat yang membaca blog atau webside kita ada pelbagai latar belakang, agama yang berlainan, fahaman politik yang berlainan, malah ada juga yang sedang mencari identitinya melalui blog atau webside yang kita tulis. Tambahan pula, sekiranya kita menulis dalam blog berunsur keagamaan dan organisai yang dikenali, sudah tentu penggunjungnya ramai. Nasihat saya, syumulkanlah isu yang sedang kita tulis itu supaya mereka semakin mengenali keindahan dan kecantikan Islam itu.

Saya ingin berkongsi pengalaman menulis Yahoo Group, supaya kita dapat mengenali kategori pembaca yang turut membaca blog ataupun laman web yang kita miliki. Saya sertakan e-mail yang telah ditulis oleh masyarakat kampus kepada saya dalam School's Yahoo Group. Semoga ianya menjadi panduan yang berguna kepada anda semua dan Islam itu sentiasa kita daulatkannya.

************************************************************************************

(e-mail daripada seorang pegawai kerajaan yang menuntut di USM)

SALAM PERPADUAN...

Sebagai seorang pemerhati dan individu yang tidak menyokong mana - mana pihak, saya ingin membuat komen bukan tentang isu boikot memboikot tetapi perihal salah menyalahkan satu pihak oleh satu pihak yang lain.

Perkara ini bukanlah baru kerana ianya telah lama berlaku bukan sahaja di USM malahan hampir ke semua IPT antara pihak yang menggelarkan PRO MAHASISWA DAN PRO ASPIRASI. Lihatlah halaman web mahupun blog Pro ASPIRASI DAN PRO MAHASISWA yang ada. Masing - masing menghentam satu sama lain. Bayangkanlah apa pandangan masyarakat umum terhadap mahasiswa di IPT. Perkara tersebut perlulah dihentikan dengan serta merta kerana ianya tidak membawa manfaat kepada mana - mana pihak sedangkan isu sebenarnya tidak ditangani apatah lagi diselesaikan. Sebagai contoh semasa saya mengikuti diskusi yang bertajuk " Mahasiswa Tidak Bersyukur" baru - baru ini, kelihatan dua puhak saling berbalas - balas hujah sedangkan isu yang diutarakan oleh panel tidak diselesaikan. Bila wakil kumpulan A bangun membawa hujah, wakil kumpulan B juga bangun membawa hujah secara bergilir seolah - olah AKUlah yang berAUTORITI dan AKU la yang BENAR.

Bila ahli panel menjelaskan pinjaman PTPTN berunsurkan riba, ahli panel kumpulan A mengatakan bahawa pinjaman PTPTN tidak riba kerana ianya adalah yuran pengurusan dan seorang panel kumpulan B mengatakan ianya riba. Persoalannya, adakah perkara tersebut selesai..... . TIDAK JUGA. Jelas menunjukan terdapat dua kumpulan yang masing - masing menyokong kumpulan masing - masing. Apakah isu RIBA yang membelenggu mahasiswa tadi selesai..... Isu riba tadi masih tidak selesai sehinggalah masing - masing bergraduasi. Mahasiswa juga tiada pilihan selain daripada bergelumang dengan isu DOSA riba tadi.

Bagi mereka yang tidak berniat menyertai sektor kerajaan mereka masih mempunyai pilihan untuk tidak membayar bahagian yang dikatakan RIBA tersebut tetapi bagi mereka yang berhasrat untuk makan gaji terutamanya dalam sektor kerajaan secara AUTOMATIK potongan gaji dilakukan. Jadi, riba atau tidak, mahasiswa tiada pilihan. Masalah masih tidak selesai sehinggalah kita keluar ke dalam masyarakat dan mendendangkan isu yang sama dalam masyarakat. Bila kita kata kumpulan ini direkrut oleh kumpulan politik tertentu, cepat - cepat kita menafikan dan kita mengatakan kumpulan itu juga direkrut oleh kumpulan politik. Perbuatan salah menyalah tersebut tidak akan berakhir malahan diwarisi dari generasi ke generasi.

Pengambilan 2008/2009 akan datang masih wujud dua kumpulan mahasiswa yang bertarung ideologi yang tidak berkesudahan. Mengapa tidak kumpulan mahasiswa mempunyai satu TRADEMARK tersendiri tanpa dibayangi oleh mana - mana pihak. Jika tingkahlaku mahasiswa dengan bukan mahasiswa tidak berbeza, bagaimanakah masyarakat mampu membezakan golongan yang mengelarkan diri mereka CERDIK PANDAI ( SISWAZAH) dengan lulusan PMR Sekolah Menengah Air Putih Kemaman ataupun penduduk kampung di Lurah Bilut , Pahang. Tidak bolehkah isu mahasiswa dan masyarakat diselesaikan tanpa mengambil kira kita dari kumpulan A atau B.

Pemerhatian saya selama 3 tahun di USM menunjukan tidak ada perbezaan langsung antara golongan yang mendakwa PMI mahupun Aspirasi. Masing - masing mempunyai ego masing - masing. Yang pasti, kedua - dua pihak perlu memikul amanah masyarakat sebagai seorang warga yang berpendidikan. Adakah suatu yang mustahil untuk mahasiswa BERSATU dibawah rasa tanggungjawab dan amanah yang kita pikul. Jesteru itu, sebagai sebahagian daripada masyarakat, saya pohon agar golongan mahasiswa tidak lagi dilabel sebagai PRO A mahupun PRO B mahupun melabelkan diri (sukarela menjadi) sebagai jurucakap kumpulan A dan kumpulan B di universiti. Sampai bila masyarakat MELAYU /ISLAM perlu menyambung perbalahan antara UMNO, PAS dan KeADILAN yang tidak berkesudahan dan itulah salah satu jawapan mengapa masyarakat ISLAM sentiasa dicemuh di mata dunia. Kalau bukan masyarakat bukan ISLAM yang mencemuh, kita sendiri yang mencemuh ....... KAN? Kita semua bersalah.

Pohon kemaafan sekiranya menyinggung mana - mana pihak.
Selamat Datang ke Komuniti
Terima Kasih

*************************************************************************************

(e-mail daripada rakan sekuliah)

saya amat bersetuju dgn pandangan saudara .... mengenai isu PRO A & PRO B tersebut. dalam hal ini utk apa kita bertegang lidah mengenai suatu perkara yg kita tidak mampu mengubah apa-apa pendirian AUTORITI, jika kita sebagai mahasiswa mahukan suara kita didengar maka kita sendiri perlu bersatu untuk mempertahankan nasib kita mengenai isu riba atau bukan riba. jika difikir dgn waras, sepatutnya faedah yg akan dikenakan keatas PTPTN tersebut perlu dihapuskan kerana berdasarkan sistem demokrasi kita menggunakan kepercayaan bahawa 'dari rakyat utk rakyat'.

oleh itu, kita sebagai mahasiswa terutama yg mewakili suara mahasiswa perlu lah bertanyakan pendapat mahasiswa lain mengenai isu riba ini bukan hanya membawa suara pihak-pihak di luar taraf mahasiswa! menganai konflik yg wujud diantara dua pihak iaitu PMI & ASPIRASI pula, perlulah dihentikan segera, mengapa perlu mewujudkan jurang perpecahan diantara kita mahasiswa?apa yg kita dapat kesan dr pertelingkahan itu? jika kedua-dua pihak ini bergabung saya pasti, USM & masyarakat melayu kita akan mencapai kegemilangan, kecemerlangan dan terbilang! perbezaan yg wujud diantara kita akan mewujudkan suatu kekuatan alami jika kita sama2 tahu menghargai sesama kita, bukan akan melemahkan kita & menyebabkan ketirisan ketuanan bakal pemimpin melayu!

HAYATILAH PEPATAH MELAYU INI
bumi kelikir, langit temberang,
tak baik-baik fikir, jadi hamba orang...

*******************************************************************
(balasan e-mail daripada saya)


Assalamualaikum w.b.t

Saya tidak berasa terkejut atas hujah-hujah yang diberikan terhadap isu PTPTN, pro-mahasiswa, Aspirasi, PMI dan surat-surat atau artikel-artilel di dalam akhbar. Sebab itu semua dikatakan sebagai lumrah dalam perjuangan. Kita mempertahankan hujah kita dalam alam maya. Tetapi di kampus-kampus lain malah di USM sendiri, tayar kereta dan motor mereka dipancitkan, bilik mereka (pro-mahasiswa da PMI) diselongkar dan mak dan ayah diugut dengan mengatakan anak mereka akan dibuang daripada universiti, PTPTN dan biasiswa mereka akan ditarik, surat layang, diugut sama ada secara bersua muka atau melalui handset...banyak lagilah kalau nak cerita, semuanya perkara yang telah mereka lalui...semuanya telah menjadi asam garam dalam hidup mereka.

Persoalan yang saya ingin timbulkan sekarang, mengapa terus wujud golongan yang dikatakan pembangkang atau nama lain yang seangkatan dengannya? Jawapannya sebab mereka ingin mempertahankan akidah kita...Islam kita. Tidak lebih ataupun kurang. Persoalan PTPTN misalnya, sebenarnya jumlah peratus pembayaran kadar faedah adalah berjumlah 7% kemudian disebabkan desakan pihak pro-mahasiswa pada akhir 1990an yang pada ketika itu menguasai seluruh kampus di Malaysia, mereka menghantar memorendum-memorendum dan sering turun naik berjumpa Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, canselor-canselor dan ramai lagi individu lain akhirnya berjaya mengurangkan jumlah kadar faedah daripada 7% kepada 4%. Kemudian ia berkurang daripada 4% kepada 3% pada. Walaupun pada ketika itu PMI dan pro-mahasiswa pada ketika itu semakin lemah akibat pindaan AUKU yang berlaku lebih kurang pada tahun 1998-2000. Saya percaya tidak ramai yang mengetahui sejarah perjalanan kadar faedah PTPTN yang saya ceritakan sebentar tadi. Bahkan kini saya mendapat maklumat yang ia akan diturnkan kepada 1.5%

Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah kaitan akidah dengan faedah atau riba PTPTN? Sebelum itu saya ingin mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Hadis mengenai riba. Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Riba mempunyai 70 bahagian dan bahagian yang paling kurang atau rendah adalah bersamaan dengan seorang yang melakukan zina dengan ibunya sendiri" Hadis seterusnya daripada Abdullah Ibn Hanzalah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Sedirham riba yang diterima di mana si penerimanya mengetahui bahawa itu adalah riba adalah lebih keji daripada melakukan 36 kali penzinaan" Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran yang bermaksud "...dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" Terdapat banyak lagi dalil mengenai pengharaman riba. Saya hanya kemukakan sebahagian kecil sahaja dalil mengenai hal tersebut.

Aqidah merupakan perkara dasar yang harus kita titik beratkan dalam kehidupan kita sebagi seorang muslim. Terdapat 20 perkara yang boleh menyebabkan syahadah kita terbatal. 20 perkara tersebut ialah
  1. Bertakwa dan bergantung kepada selain daripada Allah.
  2. Mengingkari nikmat Allah, sama ada nikmat yang dapat dilihat ataupun tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus
  3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah
  4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah
  5. Mentaati selain daripada Allah tanpa keredhaanNya
  6. Menjalankan hukum selain daripada hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masalah
  7. Tidak beriman kepada salah satu daripada ajaran Islam atau keseluruhannya
  8. Menyintai dunia lebih daripada akhirat
  9. Menghina salah satu daripada ajaran Al-Quran arau sunnah, mempersendakan orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok-olokkan hukum-hukum Allah
  10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah
  11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al-Quran dan sunnah
  12. Mengangkat orang-orang kafir dan munafik sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang-orang Islam dan mukmin
  13. Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah s.a.w
  14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik
  15. Menyatakan bahawa Al-Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya,
  16. Tidak mengetahui makrifat Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari nama-namaNya
  17. Tidak mengetahui Rasulullah secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji tersebut, atau tidak meyakini bahawa Rasulullah s.a.w adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia.
  18. Mengkhafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.
  19. Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah, seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud dan rukuk bukan kerana Allah.
  20. Berperasaan riya'
Daripada 20 perkara tersebut, saya hanya akan menyentuh perkara yang ke-10 iaitu menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Umum telah mengetahui bahawa faedah PTPTN adalah riba' dan umum juga telah mengetahui riba adalah haram. Melalui hadis yang telah saya kemukakan tadi, Rasulullah telah bersabda jika kita mengetahui sesuatu perkara itu adalah riba, dosanya adalah lebih keji daripada melakukan 36 kali penzinaan. Hukum berzina adalah rejam sampai mati atau 100 kali sebatan, tapi kalau dah 36 kali ganda macam mana pula? Yang tu baru sedirham...riba' PTPTN kalau tak silap saya jika dihitung melebihi RM10 000 sekiranya peratus yang dikenakan 3%. Jadi fikir-fikirkanlah...Mengikut hadis, yang tu adalah perumpamaan hukuman yang bakal kita terima kalau kita terima riba' tersebut, tetapi menurut perbahasan ulama yang mengatakan terdapat 20 perkara yang membatalkan syahadah tadi sudah tentu syahadah kita telah gugur sebab kita meredhai riba tersebut kerana kita tidak berautoriti.

Sebenarnya semua orang berautoriti. Sebab kita adalah khalifah di muka bumi. Allah telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa Dia ingin menjadikah khalifah di muka bumi bagi mengurus dan mentadbir bumi dengan baik dan saksama. ("...sesungguhnya Aku ingin jadikan di atas muka bumi khalifah...") semua manusia berautoriti terpulang kepada dia sama ada untuk menjadikan autoriti yang dimilikinya benar-benar berguna ataupun sebaliknya. Daripada Abi Said Al-Khudri r.a berkata " Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa). Jika sekiranya dia tidak berkuasa, maka hendaklah dia mengubah dengan lidah. Jika sekiranya tidak berkuasa juga, maka hendaklah dia mengubahnya denga hati. Dan demikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman" Riwayat Muslim

Semua orang berkuasa untuk mencegah kemungkaran sama ada dengan kuasa yang dia miliki, dengan kata-kata ataupun yang paling malang hanya mampu menegur melalui hatinya. Tapi kita semua kena ingat selemah-lemah iman akan dicampakkan oleh Allah ke dalam api neraka selama 70 000 atau 7000 tahun. Maaflah saya tak ingat tempoh sebenar. Tetapi sehari di akhiran bersaman 1000 tahun di dunia, Katakan kita ambil jumlah yang paling kecil iaitu 7000 tahun berada di dalam neraka bagi orang yang memiliki iman yang lemah. Ini bermakna kita akan tinggal di neraka 25 555 000 000 hari (7000 tahun akhirat X 365 hari dunia untuk setahun dunia X 1000 tahun dunia) yang saya kira tu dalam hari tapi kalau nak sikitkan jumlah nombor tu kiralah dalam tahun.

Sekarang kita berbalik kembali kepada pro-mahasiswa dan PMI. Bagi saya sekurang-kurangnya mereka menggunakan kuasa yang mereka ada untuk menegakkan yang mana yang hak dan yang mana yang bathil. Walaupun ada yang berpendapat mereka tidak akan berjaya menyelesaikan masalah riba' PTPTN tersebut tepai sekurang-kurangnya jika Allah tanya mereka apa yang mereka lakukan untuk mencegah perkara haram yang telah membelenggu mereka dan kita semua, sekurang-kurangnya mereka telah ada jawapaun untuk soalan tersebut. Lagi satu, mereka tidak meletakkan diri mereka dalam golongan selemah-lemah iman.Kalau Allah tanya kita, agak-agak nak jawab apa ye? Mungkin ada yang akan berkata "cakap senanglah...cuba buat" Memang cakap tu senang sebab tu Allah s.w.t telah menurunkan surah as-Saff ayat 2 dan 3 "Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu katakan sesuatu perkara yang kamu tidak lakukan. Kemurkaan bagi Allah keatas orang yang berkata-kata tapi tidak melaksanakannya" Pro-mahasiswa dan PMI dah buktikan apa yang mereka katakan dan melaksanakannya. Bermakna mereka tidak cakap semata-mata tetapi mereka melakukan perkara yang mereka terdaya usahakan untuk mengembalikan yang haram (riba' PTPTN) kepada yang halal (PTPTN yang tiada unsur riba').

Iman itu tidak sahaja mengucap dengan lidah tetapi juga harus diikuti dengan membenarkan di dalam hati dan melakukan dengan perbuatan. Jadi kalau pun kita tidak berkuasa atau kita kata kita tiada autoriti dalam hal tersebut, sekurang-kurangnya kita membenci dengan hati dan berusaha untuk menghindarkan diri daripada dosa tersebut. Jangan hanya meredhainya dengan alasan kita tidak berkuasa. Sebab ia mampu menggugurkan ucapan syahadah kita kerana ia seolah-olah kita menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah tanpa kita sedari. Ingatlah, syirik kepada Allah berlaku dengan ataupun tanpa kita sedari. Contohnya dalam isu PTPTN tadi, mungkin kita tidak sedari sebenarnya kita telah syirik kepada Allah. Contoh lain, kalau hujan turun kita kata "Alamak hujanlah pula, baju tak angkat lagi". Hujan itu kurniaan Allah kepada makhluknya, tapi kata-kata kita tadi seolah-olah menyalahkan Allah. Walaupun ia berlaku tanpa kita sedari tapi ia turut dikategorikan sebagai syirik kepada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada perbuatan syirik sama ada kita sedari ataupun sebaliknya.

E-mail ni saya reply bukan untuk kita bertelagah atau bertegang urat. Tetapi saya hanya mahu kita semua tidak duduk hanya di dalam kepompong kita, sebaliknya berfikiran terbuka dan mampu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Kita kata kita sebagai mahasiswa tetapi pemikiran kita tidak setanding dengan title tersebut. Apa ada pada title kalau ia tidak memberi apa-apa faedah kepada kita. Seorang ulama besar (maaflah saya tak ingat namanya) sewaktu berjalan-jalan tiba-tiba beliau terlihat seorang lelaki yang sedang mabuk sedang berkata-kata seorang diri. Ulama besar tadi tiba-tiba duduk mendengar penuh khusyuk apa yang dikatakan oleh lelaki yang mabuk tadi. Apabila ditanya pada ulama tersebut "Apa yang tuan sedang lakukan?" jawap ulama tersebut "Saya mengambil pengajaran daripada apa yang diperkatakan olehnya" Kalau seorang ulama besar boleh mengambil pengajaran, nasihat dan sebagainya daripada lelaki yang mabuk, saya rasa tidak menjadi satu perkara yang salah jika Pro-mahasiswa, PMI, Aspirasi atau sesiapa sekalipun untuk mengambil pandangan orang di luar taraf mahasiswa. Nasihat yang berguna bukan hanya perlu kita ambil daripada orang yang bertitle tetapi kadang-kala yang tidak bertitle lebih baik dan berguna pandangannya berbanding yang bertitle. Lagi satu cerita yang saya ingin kongsi. Cerita ini berlaku ke atas Imam Al-Ghazali sewaktu dia dirompak oleh beberapa orang perompak. Imam Al-Ghazali berkata "Ambillah apa-apa pun yang kamu semua inginkan tetapi jangan kamu ambil beg ini kerana di dalamnya terkandung ilmu-ilmu yang aku pelajari" Perompak itu menjawab "Ilmu bukan terletak dalam buku tetapi di dalam dada". Semenjak daripada itu Imam Al-Ghazali menghafal kesemua ilmu yang dipelajarinya. Kalau Imam Al-Ghazali boleh ambil nasihat daripada perompak, takkan kita seorang mahasiswa yang sebenarnya tidak layak pun digelar mahasiswa tidak boleh ambil pelajaran daripada orang lain yang tidak bertaraf mahasiswa. Jadi fikir-fikirkanlah perkara yang sebaiknya yang harus kita lakukan.

Jangan menyesal jika generasi akan datang menyalahkan generasi terdahulu kerana tidak menegakkan Islam. Contoh yang berlaku di Turki satu masa dahulu, pelajar Islam tidak dibenarkan memakai tudung untuk ke universiti. Begitu juga yang berlaku di Singapura, seorang pelajar Islam tidak dibenarkan memakai tudung untuk ke sekolah. Kerajaan yang memegang tampuk pimpinan berkuasa mengubal undang-undang mengikut pendapat mereka. Perkara yang berlaku di kebanyakan negara adalah apabila pemimpin yang memimpin bukanlah yang selayaknya dan akhirnya Islam tergadai. Mungkin hari ini kita bermain dengan isu PTPTN tetapi kalau kita tidak desak supaya riba' tersebut dihapuskan, tidak mustahil nanti pemimpin yang akan datang adan bertindak lebih agrasif seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah, Singapura dan sebagainya, sebabnya generasi kita tidak ambil endah tentang isu-isu yang kita sangka tidak memberi apa-apa manfaat sekiranya kita perdebatkan ataupun pertahankan.

Cukuplah setakat itu e-mail saya. Sebelum saya ingin berkongsi satu hadis. Rasulullah pernah bersabda "Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan pergi dalam keadaan asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing." Ustazah saya pernah menasihati saya, ustazah kata perkara tersebut tetap akan berlaku. Islam akan dipandang asing. Orang yang berbuat baik mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran akan dipandang hina. Tapi ustazah cakap janganlah kita yang menjadikan Islam itu asing. Jadilah orang yang sepertimana Rasulullah sabdakan, 'orang yang asing'. Memang susah...tapi berusahalah. Kerana Allah tidak menilai kejayaan yang kita perolehi tetapi Dia menilai apa yang kita usahakan. Kejayaan ataupun kegagalan adalah hak milikNya tetapi usaha adalah hak kita. Akhirul kalam, semoga dirahmati Allah selalu.

Wassalam

Tuesday, July 1, 2008

Kes Liwat Anwar : Penafian Pak Lah & Najib



Pak Lah menafikan beliau terlibat dalam konspirasi tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim. Beliau juga yakin Datuk Najib juga tidak terlibat.Selang sehari, Najib juga buat penafian yang sama. Katanya beliau tidak terlibat dan ini bukan amalan kerajaan BN.




Sehari sebelum pembubaran Parlimen menjelang PRU 12 baru-baru ni wartawan bertanya Pak Lah adakah esok dewan dibubarkan?Pak Lah jawab, tak dak.. tak dak!Keesokannya, Pak Lah umum Dewan Rakyat dibubarkan!Semasa kempen PRU 12, wartawan tanya Najib adakah harga minyak akan naik selepas pilihanraya?Najib jawab, tidak!Selepas pilihanraya, wartawan sekali lagi tanya Najib adalah harga minyak akan naik?Najib jawab, tidak!Awal Jun lalu kerajaan umum minyak naik dengan kenaikan yang tertinggi dalam sejarah Malaysia!


Kelmarin dan semalam Pak Lah dan Najib sekali lagi kata 'TIDAK' apabila ditanya penglibatan mereka dalam tuduhan dan konspirasi liwat terhadap Anwar.Perkataan tidak itu dikeluarkan sewaktu rakyat memahami bahawa 'TIDAK' oleh mereka berdua adalah 'YA' sebenarnya.Saya tidak mengatakan begitu, tetapi otak saya yang benak ini turut berfikir;


1. Najib kata budak Saiful tu pergi pejabat TPM untuk memohon biasiswa. Bila pula TPM jaga biasiswa? Kenapa tidak pergi JPA, MARA, Kementerian Pengajian Tinggi, Pusat Zakat dan lain-lain?


2. Budak tu berhenti/dihentikan oleh UNITEN kerana prestasi akademik. Khabarnya CGPA terkumpul selama tiga semester hanya sekitar 1.6. Logikkah budak yang sebegitu bodoh akademik pergi berbincang untuk memohon biasiswa daripada pejabat TPM, bahkan dilayan secara langsung oleh Pegawai Khas Najib?


3. Logikkah budak sebodoh itu akademiknya tergamak mengajak dan diterima bergambar dengan pegawai khas Najib berlatar belakangkan pejabat TPM?


4. Logikkah budak sebodoh itu akademiknya berjaya mencuri masa menteri-menteri seperti Azalina, Mustapa dan Shahril bergambar bersama? utk artikel lain layari http://puteragunung tebu.blogspot. com

Maksiat Dalam Bergerak Kerja

Assalamualaikum…..

Sorry…tak sempat and tak ada idea yang baik untuk dicurahkan. Nak bagi orang lain faham bukan perkara yang mudah tambah-tambah lagi perkara besar macam ni…yang paling susah bila ia melibatkan sikap manusia yang fleksibel sifatnya.. susah untuk difahami…



Okeylah, kita terus kepada tajuk perbincangan kita. Kali ini perbincangan kita berkisah tentang ikhtilat. Baru-baru ni, sempat juga baca buku bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'…not bad… dalam buku tu penulis ada cerita tentang ikhtilat sebelum dan semasa bertunang dan sesuai dengan waqi' kita..orang melayu…Bertunang adalah masa untuk seseorang itu mengenali pasangannya tapi ada batasan. Bagi saya situasinya sama dengan kita yang sedang bergerak kerja ataupun tidak bergerak kerja… Sama ada kita berhubung secara direct ataupun menggunakan telefon, sms, YM, e-mail dan lain-lain yang difikirkan boleh menghubungkan kita dengan kaum muslimin yang anjabi… semuanya dibolehkan dengan niat yang seharusnya jelas. Saya rasa tak perlu kot nak huraikan niat yang jelas tu macam mana…


Persoalannya sekarang, macam mana kita nak tahu had sempadan kita dalam berhubung tadi..sama ada secara direct ataupun indirect ???... Allah kurniakan kita akal dan instinct yang boleh menghukum sesuatu perkara yang kita lakukan itu sama ada baik ataupun sebaliknya..Oleh itu nasihat saya dalam kita berhubung bila rasa tak sedap hati..belajar-belajar tekan break…cukup-cukuplah tu…takut nanti kita bergerak kerja dalam maksiat pula..saya pinjam perkataan tadi melalui kata-kata yang selalu diucapkan oleh seorang sahabat saya yang amat saya hormatinya bukan sahaja sebagai seorang sahabat bahkan lebih dari itu.

Cukuplah setakat ini sahaja dahulu. Selalulah berdoa semoga Allah menjauhkan kita daripada fitnah yang bukan sahaja akan mencalarkan maruah kita tetapi maruah Islam juga akan tercalar.
Wassalam…

Bersangka Baik Dengan Pemimpin


Assalamaualaikum w.b.t

Dalam kesempatan usia yang Allah S.W.T masih berikan kepada kita, moga-moga yang masa tersebut dapat kita gunakan dengan sebaik mungkin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluraga setara sahabat baginda. Semoga kita akan memperoleh syafaatnya di hari yang tiada perlindungan kelak.

Allah S.W.T telah menggurniakan kepada kita perasaan kasih dan sayang kepada seluruh maklukNya. Sudah tentu perasaan kasih dan sayang tersebut perlu kita hadirkan sewaktu kita bergerak kerja. Tiada dapat dinafikan kadang-kala akan wujud perasaan tidak puas hati sama ada pimpinan dengan pimpinan, ahli dengan ahli, pimpinan dengan ahli ataupun ahli dengan pimpinan itu sendiri.Cuma, didiklah jiwa kita untuk menjadi seorang yang berjiwa mutmainnah (orang yang berjiwa tenang). Orang yang sentiasa tenang dalam menghadapi perkara-perkara yang tidak diingininya…perkara yang tidak didugainya bahkan perkara yang amat menyedihkannya. Insya Allah, orang yang berjiwa mutmainnah ini akan sentiasa berlapang dada dengan karenah manusia di sekelilingnya… bahkan saya percaya dia mampu menjadi orang yang akan mendahulukan keperluan sahabatnya berbanding dirinya.


Memberi yang terbaik adalah satu perkara yang menjadi kemestian dalam kita bergerak kerja. Bahkan dalam hadith Rasulullah S.A.W pernah bersabda "Sesungguhnya Allah menyukai seseorang itu apabila dia melakukan sesuatu perkerjaan dengan bersungguh-sungguh". Tetapi untuk menerima yang baik, perkara tersebut harus kita fikirkan… maksud saya adakah kita hidup untuk menerima balasan daripada makhlukNya? Seharusnya pemberian yang terbaik itu kita harus mengharapkan daripada Allah S.W.T…memag susah tetapi itulah yang sebaiknya. Doa saya semoga semua memperoleh sebaik-baik pemberian daripadaNya.

Pergerakan dalam sesebuah organisasi bukan hanya terletak kepada pimpinan tetapi bagaimana ahli mentafsirkan arahan-arahan daripada pimpinan. Pemahaman dalam gerak kerja sangat penting. Jadilah individu yang proaktif bukan yang pasif. Saya ingin berkongsi satu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Ali K.W.H, kisahnya lebih kurang begini. Satu ketika Saidina Ali didatangi oleh seorang lelaki dan dia meluahkan perasaan betapa dia kecewa dengan pererintahan Saidina Ali yang pada zaman tersebut yang berlaku pepecahan orang muslimin dan timbulnya huru-hara disebabkan kematian Saidina Uthman Al-Affan. Lelaki tersebut membuat perbandingan keadaan yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Ali dengan pemerintahan pada zaman Rasulullah. Namun dengan tenang Saidina Ali menjawab "Pada zaman Rasulullah S.A.W yang menjadi penggikut baginda adalah pengikut seperti aku. Sedangkan di zaman pemerintahan Ali orang yang menjadi pengikutnya adalah seperti kamu" Bagi saya walaupun kisah ini berlaku dalam masa yang singkat tetapi banyak pengajarannya terutama kepada kita selaku para amilin. Seharusnya kita perlu bermuhasabah… adakah keanggotaan kita ini, kita jadikan diri kita seperti Saidina Ali ataupun lelaki yang meluahkan perasaannya kepada Saidina Ali tadi.

Hakikatnya kita semua adalah pimpinan yang berada di salah satu daripada sudut-sudut Islam. Kita akan dipersoalkan atas setiap amanah yang telah ataupun sedang kita pikul. Oleh itu pertahankanlah dan tinggikanlah Islam itu dari sudut kita sendiri. Kalau kita ditaklifkan sebagai pimpinan, pertahankannya seperti mana kita adalah pimpinan dan kalau kita seorang ahli, pertahankannya seperti mana kita seorang ahli. Adalah janggal sama sekali kalau kita pemimpin kita gunakan kuasa kita hanya seperti kita seorang ahli dan lebih janggal kalau kita ahli tetapi kita bergerak kerja seolah-oleh kita pemimpin.

Akhirul kalam, semoga Allah S.W.T merahmati kita semua. Maafkan segala kesalahan sepanjang gerak kerja dan perkenalan kita. Doa ana semoga perkenalan ini tidak berakhir hanya setelah tamatnya pengajian kita di sini. Andai diizinkan olehNya kita akan berjumpa lagi. Kalau tidak di sini, Insya Allah di syurga Allah S.W.T nanti.

Wassalam.

Lucu pun ada..marah pun ada ...nak nangis pun ada..

Hakikatnya itulah kehidupan. Bila pagi-pagi rumah sewa kecoh sebab kena baling dengan telur...sehari lepas semua banner hilang tinggal satu je..banner tu untuk menyambut adik-adik USM yang baru mendaftar masuk sebagai USM student, tak tahu perasaan macam mana yang seharusnya diluahkan..nak marah.. nangis.. tergelak..lucu..entahlah. Tapi yang pasti tak perlulah marah..hadapinya dengan tenang dan profesional. Apa pun biarkanlah perasaan tersebut berlalu.

Asam garam bila menjadi seorang pejuang ..sudah tentu mehnah dan tribulasinya banyak. Hakikatnya apabila kita berada di luar kampus nanti cabarannya lebih besar. Kalau sekarang kita terima surat ugutan, rumah kena baling batu berserta dengannya terdapat surat layang, dan sekarang kena baling dengan telur, tapi apabila berada di dunia luar mungkin barang yang dibaling lebih mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada diri kita tetapi kepada pasangan dan anak-anak kita yang tidak langsung terlibat dalam percaturan tersebut.



Saya menulis berdasarkan pengalaman seorang ustaz yang pernah menjadi calon pada Pilihan Raya Umun ke-11. Pada ketika itu ustaz kata dia dan keluarga terpaksa berpindah buat sementara waktu ke rumah kawannya kerana rumahnya disimbah asid. Emm...sedih, memang sedih tapi sebagai seorang yang benar-benar ingin menegakkan Islam sedah tentu hamparannya tidak direntangi dengan permaidani merah. Bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim "Jika takut pada resiko jangan bicara soal perjuangan"

Bahkan satu cabaran untuk kita membalas untuk setiap perbuatan buruk dengan perbuatan yang baik. Tapi cubalah..memang susah..tapi nak masuk syurga pun susah so kena lah susah..sikit je tak banyak pun susahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...