Friday, October 17, 2008

Hidupkan Rasa Beraqidah, Suburkan Rasa Kehambaan


Soalan yang ditanyakan oleh seorang kakak sewaktu lunch bersamanya tengahari tadi masih teringat-ingat sehingga ke malam hari.

“Apa yang diingini oleh seorang remaja?” tanyanya pada saya.
“Saya tak faham?” soalan yang diajukan dibalas dengan soalan kerana saya tidak memahami inti pati sebenar yang ingin ditanyanya.
“Yelah..awak kan belajar tentang benda-benda macam ni”
“Ooo..” saya mula memahami maksud pertanyaannya.
“Sebenarnya ia terpulang kepada tasawwur (worldview) seseorang tu. Macam adik saya…waktu dia masuk lif nak pi bilik saya dia cakap ‘banyaknya peraturan’. Dalam lif kat Saujana tu ada tertampal peraturan. Saya cakap ‘memanglah peraturan tu memudahkan kita’ adik saya balas ‘tak langsung’…ada orang anggap peraturan untuk memudahkan tetapi ada juga orang yang anggap peraturan tu menyusahkan” cerita saya berkenaan tasawwur adik saya terhadap peraturan.

“Saya belajar secara keseluruhannya macam yang akak pergi program Management Qalbu. Macam mana kita nak mengurus hati kita…supaya pandangan kita, worldview kita atau tasawwur kita pada sesuatu perkara berlandaskan apa yang Islam kata. Bahkan ada student pHd buat research tentang Tazkiyyah An-Nafs (penyucian jiwa) berlandaskan Management Qalbu yang akak pergi hari tu.” Sambung saya lagi berkenaan perkara yang saya belajar.
“ Akak rasa kita selalu ada kuliah tazkiyyah an-nafs tak pernah tinggal setiap kali program tapi kenapa tak pernah berkesan? Macam kita solatlah…sepatutnya solat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar tapi sebaliknya yang berlaku. Sepatutnya jisnya (how to spell?) kita dapat”
“Mungkin sebab waqi’e mereka?” saya memberikan pandangan.
“Ye..tapi sampai bila kita nak bergantung pada waqi’e, sedangkan nanti bila dah keluar, dah berkahwin, berkeluarga…?..Bagi akak sebab individu tu sendiri”

Perbualan kami tentang perkara tersebut terhenti setakat itu sahaja. Masih tiada jalan penyelesaian. Saya mengakui perkara yang diperkatakan kakak tadi. Sebab diri kita…bukan sebab orang lain. Bahkan banyak dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadis menyatakan perkara tersebut…menyuruh kita berfikir “….apakah kamu tidak berfikir”

Firman Allah S.W.T yang bermaksud,
“Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri” Surah Ali-Imran, ayat 117.


Oleh itu, hidupkanlah rasa beraqidah…suburkanlah rasa kehambaan.
Mana mungkin kita boleh merasa kita ini adalah seorang hamba andai kata aqidah masih diawang-awangan…perkara dasar iaitu aqidah harus diselesaikan terlebih dahulu dan insya Allah yang selebihnya akan menyusul..(rasa kehambaan, akhlak, worldview dan lain-lain)

Menurut Imam Al-Ghazali penyucian jiwa kita akan berlaku melalui tiga perkara iaitu takhalli (mengosongkan jiwa daripada sifat mazmumah), tahalli (memasukkan sifat mahmudah), dan tajalli (perbuataan baik akhirnya dilakukan kerana sudah sebati dalam diri).

Ada pendapat yang mengatakan ‘saya tak mahu buat qiam sebab saya rasa tak ikhlas’ Saya tidak menafikannya tetapi jika kita lihat konsep Imam Al-Ghazali sendiri..sifat mazmumah kita cuba seboleh mungkin tidak dilakukan oleh kita dan dalam masa yang sama kita cuba lakukan perbuatan baik. Memang susah tetapi itulah mujahad an-nafsi. Fitrah manusia, Allah jadikan suka buat sesuatu perkara yang baik…jadi insya Allah, perbuatan yang pada mulanya tidak ikhlas dilakukan oleh kita..akhirnya menjadi darah daging kita..


Bermula dengan paksaan akhirnya menjadi suatu perkara yang ikhlas kita lakukan. Namun semuanya bergantung kepada diri kita…segala-galanya bermula dari dalam diri kita. Kita ada kekuatan tetapi sayang kita tidak gunakan..

2 comments:

Za's said...

Bukan senang nak hidupkan rasa berakidah~

Bukan mudah menyuburkan rasa kehambaan~

Teringat tazkirah ust Elias 2 tahun yg lalu, nak hidupkan akidah, nak suburkan sifat hamba, diibaratkan kita menuai 'pohon' rambutan (atau ape2 je la)...
'Benih'nya mesti yg baik2, 'tanah' dan 'persekitarannya' mesti terpelihara, kemudian 'benih' tersebut mesti di'bajai', di'tuai', di'pelihara' oleh si penanamnya..sehinggalah 'pohon' itu 'matang', dan akhirnya mem'buah'kan 'hasil' dan memberi manfaat kepada 'penduduk' sekitarnya...

Penuh falsafah huraian yg diberikan oleh ustaz Elias(kini Dr)..
iya kann??

PMIUSM said...

salam..betul2 kak eja..ana pun ingat lagi analogi ust elias..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...