Monday, May 11, 2009

Erti Hidup Dalam 'Laskar Pelangi'

Entah kenapa bersungguh-sungguh benar Niza, sahabat saya yang seorang ni ingin mencari VCD Laskar Pelangi. Di Malaysia, katanya VCD tersebut masih belum ada. Tetapi dengan izin Allah conference kami yang dianjurkan di Medan membuatkan VCD tersebut menjadi target utama ole-ole yang mahu dibawa pulang ke tanah air berbanding barangan lain.

Hari Sabtu (9/5/09) selepas perbentangan proposal daripada pelajar PhD bertempat di Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara (UMSU), saya, Prof Syukri, Dr Fadzilah Azni dan Niza serta ditemani oleh tiga orang teman daripada Indonesia yang merupakan pelajar PhD di USM bercadang untuk ke Carefur untuk membeli barangan komputer. Katanya di Indonesia murah. Sababat dan pensyarah yang lain ke Pasar Ikan tetapi yang ada di sana bukan ikan sebaliknya kain-kain. Jadi bagi yang suka shoping di situlah syurga mereka.

Hakikatnya memang murah. TV berjenama LG yang berskrin nipis, harganya kira-kira RM2000 sedangkan di Malaysia RM4000 lebih. Begitu juga dengan barangan lain termasuk kereta. Saya berhasrat untuk membeli dakwat printer, tetapi harganya hampir sama dengan harga di Malaysia. Jadi saya batalkan niat saya untuk membelinya. Mungkin harga standard bagi Cannon.

Dalam perjalanan ke Carefur kami singgah di sebuah kedai VCD. Kompleks membeli belah tersebut seakan-akan Quenbay Mall, jadi semua barang ada. Tetapi yang anehnya terlalu manusia membanjiri kawasan ini..setiap tingkat dan setiap tempat. Macam pasar malam di Malaysia. Rimas saya dibuatnya. Kebanyakan mereka menjadikan tempat tersebut untuk bersantai atau dengan istilah lainnya melepak. Tidak kira peringkat usia, semua ada. Tetapi yang perlu Malaysia contohi, di dalam Mall tersebut terdapat masjid yang memang didirikan Solat Jumaat…bila lagi Malaysia mahu meniru contoh tersebut?

Kembali kepada topik perbincangan. Laskar Pelangi merupakan satu kisah benar yang berlaku di Indonesia. Saya copy paste sahaja sinopsi kisah tersebut daripada Laman Web PTS. Sebenarnya ia juga terdapat dalam bentuk buku. Empat buah buku kesemuanya dan kemudian ia difilemkan.

Ia merupakan kisah perjuangan. Kecekalan dan ketabahan meraka mengharungi kepedihan dan kepayahan hidup yang akhirnya kini salah seorang daripada mereka telah menjadi seorang usahawan yang berjaya di Indonesia. Bagi saya membaca bukunya adalah lebih baik berbanding menonton filemnya kerana buku tersebut ditulis oleh usahawan yang saya maksudkan tadi.

Di saat saya menulis entry ini, saya masih belum berkesempatan membaca atau menonton filemnya. Namun feedback yang diberikan oleh penduduk Indonesia, teman-teman dari Indonesia termasuk sahabat saya yang hobinya membaca novel Faizal Tehrani membuatkan saya terpanggil untuk menulis entry ini. Feedback tersebut menyebabkan bukan Niza sahaja yang membeli VCD tersebut tetapi kami semua membelinya.


Semoga ini mampu membuka pandangan kita tentang seni dalam kehidupan yang telah, sedang dan bakal kita lalui.


Sinopsis Laskar Pelangi :
Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman kecil para anggota Lasykar Pelangi. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka. Lintang, si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang-alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa untuk biaya keluarganya, adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi, dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang teman-temannya yang lain bersemangat menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.

3 comments:

Radieah Mohd Nor said...

Saya baru selesai menonton filem tersebut. Satu filem yang sangat menarik untuk ditonton..supaya kita sedar ... dan supaya kita sering bersyukur. Islam itu selalu dipandang hina..dipandang rendah.

Kisah ini menceritakan tentang perjuangan mereka menegakkan Islam dengan mempertahankan SK Muhammadiyyah, satu-satunya sekolah Islam di Belitong. Sekolah yang selalu dipandang rendah..sehingga tiada orang yang mahu menghantar anak mereka ke seolah tersebut.

Tapi bagi saya, perjuangan mereka mengangkat nama sekolah tersebut, membuktikan bahawa Islam itu adalah yang terbaik.

Tontonlah. Tidak rugi andai anda menontonya.

Anonymous said...

salam
saya menjumpai andrea hirata secara kebetulan
edensor ialah buku pertama dari tetralogi laskar pelangi yang dibaca
kemudian saya mencari sang pemimpi dan laskar pelangi-buku pertama yang jadi buku ke3 dibaca
sekarang masih menunggu maryamah karpv yang menjadi penutup laskar pelangi
kisah kehidupan benar yang cukup unik..memartabatkan sek agama yang realitinya tak pernah dibukukan dalam buku atau filem di malaysia..dan saya masih mencari laskar pelangi di negara sendiri

Radieah Mohd Nor said...

Andrea Hirata merupakan penulis kisah benar Laskar Pelangi.

Insya Allah, akan tiba saat di mana Laskar Pelangi di Malaysia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...