Friday, May 15, 2009

Pria Punya Selera...

Gambar ini diambil melalui Google Image.
Kalau tidak silap, iklan ini dipaparkan di Merdeka Walk, Medan

Pada mulanya saya kurang memahami slogan ‘Pria Punya Selera’ yang sangat banyak di papan-papan iklan di sepanjang jalan di Medan, Indonesia. Tetapi setelah dijelaskan oleh sahabat saya yang turut sama ke Medan, baru saya memahami bahawa ia adalah merupakan iklan rokok. Maklumat tersebut sangat mengejutkan saya. Sepanjang berada di Malaysia saya tidak terdedah dengan iklan rokok. Iklan rokok tidak ada lagi di Malaysia.

Tetapi di Indonesia, iklannya bukan sahaja dipamerkan di sepanjang jalan raya tetapi juga di dalam iklan television. Iklan tersebut tidak jelas memaparkan bahawa ia adalah iklan rokok. Tetapi ia memaparkan kehebatan seorang lelaki digandingan dengan rokok. Iklan tersebut boleh saya gandingkan kehebatannya dengan iklan Petronas sewaktu musim Hari Raya Aidilfitri tiba. Sudah tentu ramai yang tertarik…

Iklan di television juga diberitahu oleh sahabat saya tadi sewaktu saya menonton television di bilik Royal Perintis Hotel…jika tidak saya juga tidak akan menyedari motif sebenar iklan tersebut.

Sempat saya menonton berita di kaca tv Indonesia. Sewaktu lawatan kami, kerajaan Indonesia sedang mengadakan kempen supaya tidak merokok di dalam keretapi. Sewaktu temuramah dengan masyarakat dijalankan oleh wartawan, semua mereka menyedari akan bahaya merokok. Tetapi apabila ditanya sama ada boleh berhenti atau tidak? Jawapannya “Sukar sekali, sudah kecanduan…”

Gambar sahabat saya yang berlatar belakangkan lobi Royal Perintis Hotel.
Beliau turut ditempatkan satu bilik dengan saya di hotel tersebut.

Merokok di Indonesia bukan suatu perkara yang dianggap salah. Malah di lobi hotel tempat kami menginap, kaum lelaki Indonesia tanpa segan silu menghisap rokok walaupun tempat tersebut berhawa dingin. Sesak nafas kami dibuatnya. Bagi saya mentaliti mereka masih rendah.. Tetapi mereka adalah masyarakat yang sangat rajin berbanding rakyat Malaysia.

Kita selalu dengan yang umat Islam di Indonesia ramai. Tetapi bagi saya, mungkin ramai tetapi tidak kelihatan…Mungkin saya yang tidak terlihat kelibat mereka. Entahlah…

2 comments:

wan-niza said...

assalamualaikum kak radieah
hahaha perlu ke gambar tu?

siapalah lelaki tanpa rokok...malaysia pun pernah jadi mcm tu..mungkin masih macam tu

kena buat research "perspektif perokok terhadap rokok: kajian terhadap kalangan remaja"

remaja sbb diorang baru nak mula..yg dah dewasa tu mmg dah kecanduan

Radieah Mohd Nor said...

Waalaikumsalam..

Kak Radieah akui, Malaysia pun sama. Begitu juga negara maju lain. Tapi hormatlah masyarakat awam lain. Janganlah merokok sesuka hati kalau kecantuan sekalipun. Tak kisahlah tua atau muda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...