Wednesday, July 8, 2009

Tinta Seorang Pejuang

Prinsip Pengurusan Pembangunan Islam Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun, begitulah tajuk disertasi (tesis pendik) saya…satu kitab yang menarik untuk dikaji… walaupun saya bukanlah mahir berbahasa Arab. Tetapi nasihat Prof Muhammad Syukri Salleh, juga selaku supervisor saya… "jangan jadikan ia sebagai satu alasan untuk membataskan ilmu kita..."

Masih saya ingat pesanan daripada Prof sewaktu supervison pagi tadi... Hakikatnya saya masih belum bersedia untuk berjumpa dengan prof. Saya tidak tahu perkembangan yang sebagaimana harus sampaikan.. tetapi saya biarkan sahaja perasaan tersebut…yang pasti saya perlu berjumpa dengannya kerana saya tahu, saya bakal peroleh sesuatu…

Prof Dr Muhammad Syukri Salleh selaku supervisor saya

“….bila kita tahu orang tu nak belajar tentang Islam, kita bagi tahu semua benda tentang Islam. Sepatutnya tak boleh macam tu. Ibarat bila kita tahu orang tu nak secawan kopi, sepatutnya kita bagi kopi jelah.. tapi kita bagi dia kopi, teh, sirap… jenuh lah dia kalau kita buat macam tu.. bagilah apa yang diperlukan sahaja. Lain kali kita bagi yang lain pula.. sikit-sikit.. Sama juga macam kita nak buat tesis. Tulis apa yang perlu sahaja. Perlu tahu.. perlu ingat.. penyataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian kita apa… kalau tak semua benda kita nak tulis”.

Begitulah antara pesanan daripada Prof Syukri.

“…dalam kita nak menulis tesis ni, pergantungan dengan Allah perlu kuat. Macam saya, kalau saya baca semula tulisan yang saya tulis lima atau sepuluh tahun dulu, yang saya tulis waktu dekat dengan Allah, seronok saya baca.. rohnya ada berbanding dalam tulisan saya yang lain. Lebih cantik kalau sebelum menulis solat sunat dulu, minta pada Allah. Kalau tiba-tiba rasa buntu, berhenti dulu menulis, solat sunat dulu.. mungkin ada dosa kita sehingga Allah susahkan kita untuk menulis. Lebih cantik kalau Radieah boleh jadi macam Imam Al-Ghazali, waktu dia menulis tiba-tiba ada lalat hinggap pada dakwat dia, dia biar lalat tu terbang sendiri.. Imam Al-Ghazali tak halau.. tulah barakah…hubungannya sesama makhluk pun dia jaga”.

“Kalau Radieah kata, Radieah sibuk…saya lagi sibuk. Bulan ni sahaja dah ada lima paper untuk ditulis…. Bukan lima lebih ni…” kata Prof sambil menyemak diarinya. Saya dapat lihat melalui diari yang dilihatnya penuh dengan tulisan…seolah-olah tidak ada satu kotak pun yang kosong..

“Kalau orang lain, tidurnya tujuh..enam jam.. kita mungkin lima atau empat jam je”..

Terlampau banyak sebenarnya nasihat daripada Prof…sampai saya sendiri pun lupa. Jadi untuk saya berkongsi yang selebihnya, maaflah. Saya lupa. Peristiwa itu membuatkan Kak Sue berpesan; “Macam akak dulu, akak rekod guna MP3 apa yang Prof cakap..kalau tak mesti lupa.. nak tengok muka Prof lagi. Nak tulis lagi.. tak sempat…” Kebetulan, Kak Sue juga ada sewaktu berjumpa Prof… Tidak terfikir pula saya untuk rekod apa yang Prof cakap… Insya Allah lepas ni…

Menulis merupakan satu perjuangan... kerana ia merupakan sebuah ketetapan buat seorang pejuang.

2 comments:

Farid. A said...

seronoknya berada di posisi Kak Radieh, maksud saya 'berdamping' dengan ilmuwan-ilmuwan Islam mcm Prof Syukri, dan 'bergelumang' dengan ilmu-ilmu falsafah Islam. Jealous...huhu

Radieah Mohd Nor said...

Syukran.

Tak perlulah jealous. Sebab setiap kita ada peranan masing-masing. Kalau semua nak duduk tempat Kak Radieah siapa nak duduk tempat enta? Kak Radieah tak mampu buat macam enta buat sekarang... Yang penting tegakkan Islam di posisi masing-masing.

Macam hadis Rasulullah bersabda.. kita ni berada di antara sudut-sudut Islam. Jadi pertahankanlah Islam itu di sudut yang sedang kita duduk...

Good luck.
Siiru a'la barakatillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...