Sunday, September 27, 2009

Pejuang Sentimental


Novel-novel berbentuk islamik mula membanjiri pasaran. Saya tidak tahu sejak bila. Adakah ia bermula selepas novel ‘Ayat-Ayat Cinta’ menjadi novel best seller? Entahlah…saya tidak pasti.. hanya sekadar menekanya..

Jika dahulu saya antara pembaca yang suka membaca novel. Tetapi sejak berada di form six novel tidak lagi menjadi unsur bacaan yang suka saya baca. Seingat saya sejak dari form six hingga kini novel yang pernah saya baca cuma ‘Ayat-Ayat Cinta’. Itupun setelah rakan-rakan sering memperkatakan tentangnya. Tetapi selepas membacanya…saya akhiri bacaan dengan penyesalan.. “Buang masa betul baca novel ni”. Itulah kesimpulan yang boleh saya buat. Mungkin membaca novel bukan lagi jiwa saya.

Begitu juga dengan nasyid… bagi saya kebanyakan nasyid yang kedengaran dicorong-corong radio kini tidak lagi mengandungi unsur tarbiyyah… tidak lagi seperti dahulu. Nasyid kini tidak ada bezanya dengan lagu-lagu yang penuh dengan unsur-unsur melalaikan. Bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan nasyid kini berselindung di sebalik nama ‘nasyid’… tidak ada beza dengan lagu biasa apabila diteliti dengan lebih mendalam kerana unsur dakwah disatukan dengan unsur yang melalikan.

Tidak keterlaluan juga untuk saya katakan novel dan nasyid kini antara punca yang meruntuhkan gerakan dakwah. Novel dijadikan bahan bacaan oleh mereka berbanding kitab-kitab haraki dan banyak bahan bacaan yang berfaedah yang lain. Begitu juga dengan nasyid yang sering kali dijadikan halwa telinga bagi menghilangkan bosan.

Saya tidak mengatakan ia salah tetapi hati-hati. Pilihlah nasyid yang terbaik. Seandainya tersalah pilih... ia boleh mendidik jiwa kita hanyut dari jiwa seorang pejuang kerana kita didik jiwa kita terlalu mengikut perasaan dengan bahan bacaan sedemikian rupa.. ditambah pula dengan nasyid yang melalaikan… dengan lirik dan irama yang mengasyikkan… yang akhirnya menjadikan kita berjiwa sentimental. Jiwa kita tidak lagi sekental pejuang-pejuang terdahulu seperti Zainab Al-Ghazali, As-Syahid Hasan Al-Bana dan As-Syahid Hasan Hudaibi.

Kerana nasyid dan novel sedemikian rupa kita lebih secocok untuk digelar pejuang sentimental.


2 comments:

Farid. A said...

lagu-lagu nasyid kini sudah hilang 'fokus', katanya mahu merawat jiwa masyarakat yang sakit tetapi sebenarnya menjadi mudarat kepada jiwa-jiwa sang pencinta agama. lagu-lagu bertema cinta, sama juga dengan novel islami cinta saya kira gagal memahamkan masyarakat tentang 'cinta' yang sebenar. Masakan penyakit sosial semakin membarah, tidak pula menjadi semakin baik disebalik lambakan novel2 Islami dan juga lagu-lagu nasyid yang kini sudah 'bermacam ragam' atas nama islami.

Radieah Mohd Nor said...

Betul tu. Enta lebih arif tentang bab ni. Maklum jelah... bidang dan kemahiran enta.

Semoga hala tuju novel dan nasyid kembali ke landasannya semula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...