Wednesday, January 27, 2010

Bijak Wang


Entry kali ini ada kaitannya dengan entry yang lepas bertajuk 'Pengurusan Kewangan Peribadi'. Saya memperoleh banyak pertanyaan secara peribadi melalui entry tersebut. Jujurnya saya bukanlah individu yang layak untuk ditanyakan berkenaan pengurusan kewangan.

Namun begitu, untuk tidak menghampakan setiap yang bertanya, saya linkkan slide dari rancangan 'Bijak Wang' untuk manfaat anda semua. Slide ini adalah berkenaan dengan pengurusan kewangan peribadi seperti yang saya terangkan sebelum ini. Begitu juga dengan slide ini. Bagi saya walaupun ia sekadar slide, tetapi ia mudah untuk difahami.

Melalui link tersebut, terdapat banyak lagi slide yang boleh memberi manfaat untuk semua. Contohnya slide berkenaan pembelian kereta, rumah idaman, takaful, zakat, perbelanjaan persekolahan dan perlaburan. Slide tersebut boleh di download.

Harapan sedikit sebanyak ia dapat membantu pengurusan kewangan anda semua. Maklumat tentang pengurusan kewangan banyak terdapat di dalam internet. Cuma anda perlu rajin membaca dan amalkannya. Jika tidak, ilmu tersebut tidak berguna. Pepatah Arab ada mengatakan 'ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah'. Siiru a'la barakatillah.

1 comments:

Shaikh Mohd Hizami said...

Maklumat yang cukup baik dalam pengurusan kewangan untuk diamalkan. Moga dipermudahkan Allah dalam segala urusan. Teruskan perkongsian yang baik. Siiru a'labarakatillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...