Tuesday, February 2, 2010

"Mak Cik, ni ke Bali?"

"Awak tu semua tak kenal. Nangka dengan cempedak kenal tak?" Tanya ayah saya kepada anak bongsunya.
"Tak" jawabnya sambil tersengih.
"Teruk betullah awak ni.." Sampuk saya.

"Alah Chik Lah tu lagi teruk. Dia tanya mak cik kat kedai tu, yang mana bali"
"Chik Lah tanya macam mana?" Tanya saya kehairanan.
"Dia tanya.. 'mak cik, ni bali ke?.. lepas tu mak cik tu cakap 'ye sayang'..." Ceritanya ringkas.
Suasana di dapur riuh rendah dengan gelak tawa dari kami.

"Chik Lah.. awak tanya mak cik tu mana satu bali?" Tanya saya
"Ala, biarlah orang* tanya. Nanti wan** marah pula, salah beli bali" Jawab Chik Lah mempertahankan diri.

"Chik Lah.. benda pelik-pelik je dia buat kat dapur. Ada pula orang suruh potong petola dia lukis gambar orang". Mak pula mula bercerita.
"Mana ada orang lukis gambar orang. Memang dah ada. Potong-potong je, tiba-tiba rasa macam muka orang. Orang ambik lah gambar".

"Ambik gambar, ada ke gambarnya?" tanya saya.
Lalu ditunjukkan gambar yang diambil melalui handsetnya.

"Ye lah... gambar muka orang". Saya mengiakannya.
"Orang cakap kat mak, mak tak percaya". Tambah Chik Lah lagi.
Tulah gadis zaman moden... yang tu belum tanya nama pisang dan nama ikan lagi... Tak pelah jadi muslimah sejati lagi baik.

Macam bila Rasulullah s.a.w bertanya pada puteri kesayangannya, Fatimah tentang ciri-ciri perempuan yang baik. Jawab Saidatina Fatimah "Perempuan yang baik adalah kurang melihat dan dilihat". Maksudnya perempuan itu kurang dilihat oleh lelaki dan lelaki pula kurang melihatnya. Kisah ini ada dicatatkan dalam Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali.

Penat mencari maklumat berkenaan research, lalu entry ini ditulis... saja ingin bercerita. Kebetulan baru habis program Nisa' Pulau Pinang berkenaan 'Pencarian Gadis Melayu' (Artikel berkenaan dengannya masih belum diterbitkan di dalam blog Nisa' Pulau Pinang ).

*Adik saya yang sorang ni suka membahaskan dirinya dengan panggilan 'orang'
**'Wan' ialah panggilan 'nenek' bagi masyarakat Melayu di Pahang.

3 comments:

sarahfazalul said...

radieah, saya suka gambar petola tu. adik awak kreatif! =)

pali said...

Macam bila Rasulullah s.a.w bertanya pada puteri kesayangannya, Fatimah tentang ciri-ciri perempuan yang baik. Jawab Saidatina Fatimah "Perempuan yang baik adalah kurang melihat dan dilihat". Maksudnya perempuan itu kurang dilihat oleh lelaki dan lelaki pula kurang melihatnya. Kisah ini ada dicatatkan dalam Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali.

mana nak cari ye. :D

Radieah Mohd Nor said...

Sarah.. adik beradik saya kebanyakannya kreatif kecuali saya. Kalau nak tahu rumah kami tu Chik Lah yang pilih warna cat dan dia yang banyak mengecat berbanding kami. Kalau berkesempatan nanti insya Allah saya cerita tentang ayah saya pula. Ayah lagi kreatif..

Kisah Rasulullah dan puteri kesayangannya tu boleh tegok dalam bab Munakahat, jilid 3. Kalau tak silap dalam sub topik ciri-ciri wanita solehah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...