Thursday, March 11, 2010

Bagaimana Agaknya Nanti?


“Apa lagi yang Wan nak. Tak ada apa-apa dah. Wan cuma tunggu mati je” Luahan hati seorang nenek kepada cucunya meruntun perasaan sebak setiap kali terkenang akan peristiwa tersebut.

Begitu juga dengan luahan hati seorang ibu sewaktu sedang membeli kain di sebuah kedai tekstal. Tiba-tiba si anak yang sedang menunggu ibunya membayar kain, ternampak buku yang bertajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’ tersusun rapi di kaunter pembayaran. Cepat-cepat si anak memberitahu ibunya “Mak, best buku ni”. Buku tersebut lalu diberikan kepada ibunya. Setelah membaca tajuk buku tersebut, tiba-tiba ibunya bersuara “Takutnya… macam manalah agaknya nanti”. Luruh jantung si anak mendengar luahan ibunya. Disangkanya buku tersebut mampu mengembirakan si ibu tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Kedua-dua peristiwa di atas merupakan kisah saya, cerita saya… Bagaimana dengan anda? Pernah mengalami peristiwa sebegini? Apa perasaan anda? Apa yang anda fikirkan selepas itu? Apa pula tindakan anda?

Saya memikirkan peristiwa tersebut hampir saban hari kerana mereka adalah individu yang amat saya sayangi.. amat saya cintai...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...