Wednesday, March 10, 2010

GST vs Cukai Perkhidmatan dan Jualan

Do you know about GST?

GST atau Goods Services Tax atau Cukai Perkhidmatan dan barangan, ialah cukai yang dikenakan terhadap semua barangan dan perkhidmatan. Kerajaan Malaysia telah meluluskan di peringat Parlimen untuk melancarkan cukai tersebut pada tahun 2011.

Kerajaan Malaysia mengatakan GST adalah lebih rendah peratusnya
berbanding cukai barang dan jualan. Peratus GST ialah 4%. Cukai perkhidmatan 5% dan cukai jualan pula 10%. Kerajaan turut mengatakan GST tidak akan dikenakan kepada barangan tertentu.

Persoalan yang timbul, benarkah GST tidak membebankan rakyat? Jawapannya ia amat membebankan. Jika dilihat dari peratus yang dinyatakan oleh kerajaan, peratusan tersebut sememangnya rendah. Tetapi sedarkah anda bahawa cukai perkhidmatan dan jualan tidak banyak dikenakan ke atas kita selaku pengguna. Hal ini berlaku kerana kita jarang sekali menggunakan barangan mewah seperti makan tiap-tiap hari di KFC, Pizza Hut, menginap di hotel dan sebagainya kerana semua barangan dan perkhidmatan tersebut akan dikenakan cukai barang atau perkhidmatan.

Jadi dalam sebulan mungkin sekali atau setiap minggu sekali sahaja kita akan dikenakan cukai berbanding GST setelah dilaksanakan pada tahun 2011 nanti. Hal ini kerana GST akan dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan. Mungkin jika sebelum 2011 jumlah barangan yang dikenakan cukai ke atas kita cuma 2 atau 3 barang tetapi selepas 2011 jumlah barangan yang mungkin dikenakan ke atas kita adalah hampir setiap belian barang dan perkhidmatan yang kita terima… sama ada di kedai-kedai runcit biasa sehinggalah ke pasaraya besar…. Atau dalam setiap perkhidmatan kerajaan mahupun swasta, sama ada sewaktu bayaran balik pinjaman pembelajaran atau perniagaan, transaksi perbankan, perkhidmatan dipejabat pos, perubatan dan sebagainya…

Cuba bayangkan banyak mana kita bayar cukai kepada kerajaan dalam tempoh sebulan… RM200, RM500 atau lebih lagi. Sebab apa kerajaan buat begitu? Kerana sumber kewangan Malaysia semakin tenat...


Kerajaan juga mengatakan kenaikan harga barang tidak berlaku… sebenarnya tidak mungkin sebab cukai yang dikenakan terhadap peniaga akan dikenakan ke atas pelangannya supaya keuntungan yang diperoleh peniaga sama ada selepas GST masih sama ataupun meningkat selepas GST terlaksana.

Pelangannya itu sudah tentu kita… termasuk juga golongan miskin dan fakir… Ia akan berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Sebab tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, selepas harga sesuatu barang naik, ia akan turun kemudiannya… ini hakikat yang kita boleh pelajari…

Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan sebenarnya GST tidak patut dilaksanakan… Jadi apa tindakan kita? Rang Undang-Undang berkenaan GST masih dalam proses pengubalan. Pihak yang bertanggungjawab terhadap penggubalan tersebut adalah menteri yang bertanggungjawab. Menteri akan mengikut pandangan rakyat. Jadi jika rakyat tidak bersetuju menteri tidak boleh laksana atau rang undang-undang yang dibentangkan olehnya nanti di Parlimen untuk diluluskan tidak keterlaluan. Hal ini kerana penentuan barang yang dikenakan GST masih belum ditetapkan.

Kalau nak laksanakan GST juga, letak cukai tersebut ke atas barangan Israel… cadangan anda pula bagimana? Walau bagaimanapun, pada hakikatnya Malaysia masih belum bersedia untuk dilaksanakan GST.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...