Sunday, March 14, 2010

Kegunaan Rasmi VS Kegunaan Peribadi


Entry kali ini sekadar perkongsian saya mengenai e-mail yang saya peroleh daripada Dr. Fadzila Azni Ahmad. Dr. Fadzila Azni Ahmad telah memanjangkan e-mail Prof Muhammad Syukri Salleh kepada semua warga ISDEV. Untuk makluman semua Prof dan keluarganya berada di Jeddah sekarang kerana cuti sabbatical.

Saya telah minta kebenaran dari Dr. Fadzila untuk dikongsikan e-mail ini dalam blog saya. Begitu juga dengan e-mail maklum balas daripada Dr. Ismail selaku Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Moga-moga ia boleh dijadikan pengiktibaran untuk kita semua.



E-mail Dr. Fadzila Azni Ahmad


Assalamu'alaikum wrh wb.
Sdr/Sdri,

Saya perpanjangkan e-mel berikut ini dengan hasrat moga-moga sdr/sdri dapat pelajari sesuatu daripadanya. Seharusnya ketelitian sebeginilah yang patut kita amalkan dan cuba kita capai dalam setiap perkara. Di sepanjang pengalaman saya belajar dan bekerja dengan Prof juga hal ini yang sering saya perhatikan dan saya pelajari. Tidak pernah sekali-kali beliau mengambil ringan dan mempergunakan harta kerajaan untuk kegunaan peribadi. Malah sehingga ke tahap sebutir kelip kertas pun Prof akan pastikan ianya benar-benar halal untuk beliau gunakan. Moga-moga ada sesuatu yang dapat kita pelajari dan manfaati daripada sikap Prof ini.

Untuk makluman sdr/sdri juga, ingin saya maklumkan Muhammad Qutham Akif, anak kedua Prof yang belajar di KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) telah mendapat keputusan 10A dan 1B untuk peperiksaan SPM beliau yang diketahui baru-baru ini. Untuk menaikkan semangat dan daya juang kita, di sini saya sertakan keputusan terperinci beliau. Moga-moga ia menjadi pendorong kepada kita untuk berusaha mencapai yang terbaik demi menaikkan imej Islam.

1

Bahasa Melayu
A+
Cemerlang Tertinggi

2

Bahasa Inggeris
A
Cemerlang Tinggi

3

Sejarah
A
Cemerlang Tinggi

4

Matematik
A+
Cemerlang Tertinggi

5

Bahasa Arab Tinggi
A+
Cemerlang Tertinggi

6

Matematik Tambahan
A+
Cemerlang Tertinggi

7

Fizik
A-
Cemerlang

8

Kimia
B+
Kepujian Tertinggi

9

Biologi
A+
Cemerlang Tertinggi

10

Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
A+
Cemerlang Tertinggi

11

Pendidikan Syari'ah Islamiyyah
A+
Cemerlang Tertinggi


Wassalam.
-Suekainah-


E-mail Prof Muhammad Syukri Salleh

Assalamualaikum w.b.,

Dr Ismail,
Salam dari Jeddah, muga-muga Dr Ismail dan semua warga PPSK dilindungi dan dirahmati Allah swt.

Saya menulis untuk meminta izin Dr Ismail mengguna netbook Dell saya yang dibahagi PPSK untuk sedikit kegunaan peribadi saya. Anak saya yang baru mendapat result SPM baru-baru ini perlu mengisi borang permohonan secara online dari Jeddah ini dan kebetulan laptopnya ada problem mengakses internet. Beliau masih berusaha memperbaikinya, sedangkan tarikh tutup permohonan tersebut agak singkat. Sekiranya tidak berjaya juga beliau memperbaikinya, saya bercadang membenarkan beliau menggunakan netbook saya ini untuk tujuan tersebut.

Saya belum memberitahu beliau tentang perkara ini kerana tidak mahu memecah tradisi anak-anak saya yang tidak saya benarkan mengguna harta Kerajaan yang diperuntukkan kepada saya, walaupun sebatang pensel dan pen, malah satu klip stapler/klip kertas pun. Saya mahu mendidik mereka memegang amanah dan tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan, seperti amalan kami di ISDEV yang cukup hati-hati membezakan antara kegunaan kemudahan rasmi dengan kegunaan kemudahan peribadi.

Atas sebab itulah saya memohon izin Dr Ismail terlebih dahulu, muga-muga jika terpaksa saya benarkan anak saya menggunakannya, diharap Dr Ismail dapat mengizinkan saya, agar segala hasil yang lahir dari permohonan anak saya ini suci sepenuhnya dan diredhai Allah swt sepanjang karier dan hayatnya.

Keizinan Dr Ismail sangat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Wassalam,
Syukri



Responds Dr Ismail selaku Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Assalamualaikum Pof. Syukri,

Saya dengan besar hati merelakannya memandangkan situasi yang tuan lalui.
Semoga semua ahli PPSK mempunyai etika seperti suadara.

Sekian dimaklumkan.

Dean PPSK

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...