Thursday, April 8, 2010

Memacu Pemikiran Ummah

"Awak suka cakap tentang NC (Naib Cancelor USM) ye.." Saya tidak pasti sama ada ia adalah ayat penyata atau soalan yang sedang diajukan oleh Kak Shereeza sewaktu kami beriringan keluar dari tempat Usrah ISDEV.

"Tak adalah suka sangat. Tapi saya suka ikuti tulisannya dalam NST walaupun tak berapa nak faham sebab dalam Bahasa Inggeris. Maklum jelah, saya bukannya hebat sangat berbahasa Inggeris. Lagi satu kalau saya tahu NC ada bagi ucapan kat USM sedaya upaya saya akan cuba datang. Sebab dia mengajar saya macam mana nak berfikir 'think out of the box'... ala.. macam Prof (Prof Muhammad Syukri Salleh) juga". Ujah saya.

Saya masih ingat, sewaktu ucapan tahunan pada tahun 2010, salah satu slide yang dipertontonkan kepada kami oleh NC adalah berkenaan gambar di atas. Menurut NC, kita harus mengubah pemikiran kita, tindakan kita daripada tindakan dan pemikiran seekor kucing kepada seekor singa kerana impak yang kita inginkan adalah impak seekor singa, bukan seekor kucing. Selama ini kita sering meletakkan diri kita ditempat seekor kucing, bukan seekor singa...


Saya tidak berupaya memikirkan suatu yang luar biasa seperti mana NC dan Prof Syukri. Sering kali idea yang dilemparkan oleh mereka idea yang mudah untuk difahami dan dilakukan. Keadaan ini membuatkan saya berusaha untuk belajar tentang bagaimana cara mereka berfikir.

Sebenarnya ramai individu yang saya kenal mampu melemparkan idea, tetapi masalahnya idea tersebut melangkaui kemampuan yang ada pada diri kita. Akibatnya idea tersebut sekadar idea tidak boleh diguna pakai walupun idea tersebut idea yang hebat.

Pemikiran seorang muslim seharusnya diasah supaya ia mampu keluar daripada pemikiran biasa. Kak Azimah, salah seorang pensyarah UiTM Shah Alam yang kini sedang melanjut pengajian ke peingkat PhD di USM selalu menyatakan sewaktu kami menggadakan Usrah Postgrad ISDEV, kita harus sentiasa bersedia kerana kita sedang berhadapan dengan kafir realiti sedangkan kebanyakan muslim adalah muslim ilusi.... kata-kata yang diambil daripada Ust. Hasrizal..

Bagi memacu pemikiran ummah, bukanlah suatu yang mudah kerana kebanyakan daripada kita adalah muslim ilusi bukannya muslim realiti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...