Wednesday, April 21, 2010

Wakaf : Jarang-Jarang Kita Ambil Peduli

Universiti al-Azhar, Mesir merupakan satu contoh institusi yang dibangunkan atas tanah dan dana wakaf. Sama ada pembiayaan gaji, pengurusan dan sebagainya dibiayai oleh dana tersebut. Bahkan sebahagian daripada pelajarnya juga dibiayai melalui dana ini. Universiti ini tidak diuruskan oleh pembiyaan kerajaan Mesir. Uniknya dana wakaf di uiversiti ini juga dikeluarkan untuk membantu Mesir dalam peperangan menentang musuh.

Perbincangan berkenaan tentang wakaf bukanlah suatu perkara yang asing. Tapi masih belum ramai yang menyedari kepentingan wakaf kepada umat Islam. Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan saya berkenaan dengannya terutama berkenaan maklumat yang disampaikan oleh En. Razali Othman yang merupakan Felo Bersekutu ISDEV dan juga Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan MIROS.

Menurut En. Razali antara penyebab keruntuhan institusi ummat Islam pada ketika ini adalah di sebabkan harta wakaf yang tidak digunakan sebaik mungkin. Sejarahnya bermula apabila sewaktu Perang Salib tercetus tentera Kristian telah melihat perkembangan menakjubkan berlaku di Jerussalam akibat daripada perkembangan wakaf. Kemudian tentera-tentera Salib ini membawa balik kaedah wakaf tersebut untuk diaplikasikan di tempat mereka. Akhirnya terbentuklah Universiti Oxford. Mengikut statistik 100 universiti terbaik di Eropah kebanyakannya adalah universiti yang dibina dan diuruskan menerusi dana wakaf yang mereka selindungi istilah tersebut dengan mana endowments.

Universiti Oxford, England

Universiti Oxford merupakan dana yang dibina hasil dari konsep wakaf yang dicedok oleh tentera Salib lalu diaplikasikan dalam pentadiran negara mereka.

Kebanyakan masyarakat Islam kini lebih mengenail wakaf dengan wakaf tanah kubuh, wakaf tanah untuk buat masjid, wakaf kaki di mana tanah dijual dalam bentuk kaki persegi kepada individu yang mahu melakukan wakaf. Pada tanah tersebut biasanya untuk mendirikan sekolah tahfiz dan masjid. Sebenarnya konsep wakaf adalah sangat luas. Namun pemikiran sempit kita telah menyebabkan kita hanya menghadkan wakaf pada sesuatu perkara sahaja.

Kesilapan umat Islam hari ini boleh diperbetulkan sekiranya mereka benar-benar memahami konsep wakaf dan mampu belajar daripada sejarah Islam terdahulu. Individu yang pertama boleh kita katakan melakukan wakaf ialah Saidina Umar al-Khattab berdasarkan hadis di bawah.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: (أَصَابَ عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَرْضاً بِخَيْبَرَ، فَأَتَى النَّبِيَّ -صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ- يَسْتَأْمِرُهُ فِيهَا فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّى أَصَبْتُ أَرْضاً بِخَيْبَرَ لَمْ أُصِبْ مَالاً قَطُّ هُوَ أَنْفَسُ عِنْدِى مِنْهُ. قَالَ: إِنْ شِئْتَ حَبَسْتَ أَصْلَهَا وَتَصَدَّقْتَ بِهَا. قَالَ: فَتَصَدَّقَ بِهَا عُمَرُ أَنَّهُ لا يُبَاعُ أَصْلُهَا، وَلا يُورَثُ، وَلا يُوهَبُ، فَتَصدَّقَ بِهَا فِى الْفُقَرَاءِ، وَفِى الْقُرْبَى، وَفِى الرِّقَابِ، وَفِى سَبِيلِ اللهِ، وَابْنِ السَّبِيلِ، وَالضَّيْفِ، لا جُنَاحَ عَلَى مَنْ وَلِيهَا أَنْ يَأَكُلَ مِنْهَا بِالْمَعْرُوفِ، وَيُطْعِمَ صَدِيقاً غَيْرَ مُتَمَوِّلٍ مَالاً)، مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ، وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ.

وَفِى رِوَايَةٍ لِلْبُخَارِيِّ: (تَصَدَّقَ بِأَصْلِهَا: لا يُبَاعُ وَلا يُوهَبُ وَلَكِنْ يُنْفَقُ ثَمَرُهُ


Maksudnya;

Dari Ibnu ‘Umar r.a. beliau berkata: ‘Umar mendapatkan tanah di Khaibar, lalu beliau mendatangi Nabi saw untuk meminta fatwa tentang tanah tersebut, seraya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya saya telah mendapatkan sebidang tanah di Khaibar, saya tidak mendapat harta yang lebih berharga bagi diri saya dibanding sebidang tanah tersebut. Lalu Rasulullah saw bersabda: jika kamu mau, tahanlah pokoknya lalu sedekahkan hasilnya. Kata Ibnu ‘Umar: Lalu ‘Umar menyedekahkan hasilnya. Sesungguhnya tanahnya tidak dijual, tidak diwariskan dan tidak dihibahkan. Lalu beliau sedekahkan hasilnya kepada fakir-miskin, keluarga-keluarga terdekatnya, untuk memerdekakan budak, sabilillah, ibnus sabil dan tamu. Tidak ada halangan bagi pengelolanya untuk memanfaatkan sebagian hasilnya dengan cara yang baik, boleh dia berikan kepada temannya, dengan tidak mengambil harganya. (Muttafaq ‘Alaih). Susunan matan tersebut menurut riwayat Muslim. Dalam riwayat al-Bukhari: Beliau sedekahkan pokoknya, tidak dijual dan tidak dihibahkan, tetapi diinfaqkan hasilnya.

Setelah hadis tersebut disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat berduyun-duyun turut melakukan wakaf terhadap harta yang mereka sayang. Berbeza dengan umat Islam sekarang melakukan wakaf, sedekah dan sebagainya dengan harta yang mereka tidak sayang.

Menurut Prof Ismail Faruqi (meninggal pada 27 Mei 1986)* tanah di Khaibar yang diwakafkan oleh Saidina Umar al-Khattab memberi manfaat besar kepada semua umat Islam. Umat Islam yang menerima manfaat tersebut salah seorangnya adalah beliau sendiri.

Berdasarkan kata-kata Prof Ismail Faruqi tadi kita boleh melihat besarnya peranan wakaf sehingga manfaatnya boleh diperolehi sehingga ke Hari Kiamat, sekiranya ditabdir dan diurus dengan betul. Saidina Umar al-Khattab yang telah dijamin masuk syurga walaupun telah pergi jauh meninggalkan kita, pahalanya masih mengalir sehingga sekarang berdasarkan manfaat tersebut.

Empayar Ottaman juga ¾ keluasan tanahnya di Tanah Arab juga merupakan hasil daripada wakaf. ¾ pendapatannya juga adalah diperolehi daripada hasil wakaf. Kisah kehebatan wakaf juga turut dimuatkan di dalam kitab karangan Ibn Battutah, ‘Pengembaraan Ibn Battutah’ (ar-Rihlah Ibn Battutah). Sewaktu melawat di Damascus, Ibn Battutah mengatakan terlalu banyak harta wakaf di Damascus sama ada rumah, hospital, masjid, deretan kedai, institusi pendidikan dan sebagainya dikatakan didirikan berdasarkan hasil wakaf. Ia boleh digambarkan sebagai bandar wakaf.

Menurut Ibn Battutah lagi suatu ketika beliau terserempak dengan seorang hamba yang membawa pinggan yang banyak. Kemudian pinggan-pinggan tersebut terlepas dari tangannya. Hamba tersebut sangat bimbang akan kejadian tersebut. Dia dikerumuni oleh ramai orang. Tiba-tiba seseorang menepuk bahunya dan menyuruh hamba tersebut mengutip serpihan pinggan tersebut untuk di bawa ke institusi yang menguruskan harta wakaf. Apabila sampainya hamba tersebut di sana, pihak pengurusan tersebut telah menggantikan sejumlah wang yang sama harganya dengan pinggan yang pecah tersebut untuk dikembalikan kepada majikannya.

Peranan wakaf sangat besar sehinggakan ia membuatkan yang kaya dengan yang miskin, tuan dengan hamba menjadi sama rata status mereka dalam masyarakat.

Caravanserai merupakan salah infrastruktur yang dibina berdasarkan konsep wakaf

Caravanserai merupakan R&R pada zaman kegemilangan Islam. Ia merupakan tempat untuk kabilah-kabilah beristirehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Jadi R&R yang ada sekarang ini bukanlah suatu perkara yang asing di zaman dahulu. Bahkan caravanserai yang dibina merentasi satu negara dengan negara yang lain berbanding di Malaysia dan mungkin negara lain juga. Banyak lagi gambar yang menarik tentangnya. Boleh lihat dalam www.flickr.com.


Kapalicarsi Grand Bazaar di Turki yang dibina pada tahun 1461M

Kapalicarsi ini memiliki 4000 buah kedai di dalamnya. Ia boleh diumpamakan sebagai
The Mall atau Quensbay Mall, Penang pada zaman sekarang.


Mentaliti umat Islam hari ini harus berubah. Musuh Islam telah berjaya membuatkan umat Islam hari ini hanya memikirkan nasibnya, kalau lebih jauh pun memikirkan nasib keluarganya sahaja. Sehingga kita merasa cukup dengan itu sahaja tanpa memikikan hal yang jauh lebih besar yang juga perlu diutamanakan. Jadi tidak hairanlah wakaf kita pada hari ini kita hanya memahaminya dalam konteks wakaf masjid, sekolah agama dan lain-lain dalam konteks yang sangat sempit.

Tidak baik untuk saya katakan yang sebenarnya saya sudah letih memahamkan umat Islam untuk keluar dari kepompong yang mereka terlalu selesa dengannya. Tetapi hakikatnya begitulah, saya dah agak letih. Walaupun sebenarnya jika difikirkan saya tidak buat apa pun berbanding orang lain.

Sekurang-kurangnya ISDEV telah mula bergerak ke arah tersebut. Sekarang telah ada wakaf ISDEV di Medan, Indonesia juga di Malaysia. Tetapi masalahnya di Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah meluluskannya tetapi birokrasi di USM pula menyebabkan ia masih tertangguh. Akan datang insya Allah jika telah berjaya saya akan ceritakan tentang konsep yang ISDEV sedang usahakan. Inilah antara sebab mengapa saya suka berada di sini. Kami mempraktikkan perkara yang kami belajar.. apa yang kami tahu. Sekurang-kurangnya ia mengubat letih saya. Orang lain tidak mahu, ISDEV mahu....

Moralnya.. janganlah cepat mengalah macam saya...


*beliau merupakan pemikir Islam. Beliau di tembak pada 27 Mei 1986 di Amerika Syarikat. Ada yang mengatakan beliau ditembak oleh golongan Iluminati. Agenda Iluminati telah saya ‘post’kan dalam entry-entry lepas

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...