Wednesday, June 30, 2010

Sebut-Sebut Nama Allah

Ruang solat muslimin di Masjid Al-Malek Khalid,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang


Berat kaki saya melangkah keluar meninggalkan Masjid al-Malek Khalid, USM yang sedang mengadakan majlis ilmu. Aulawiyat (keutamaan) saya bukan di situ, jadi saya melangkah juga untuk meninggalkannya. Sambil melangkah saya tetap curi-curi mendengar kuliah maghrib yang disampikan oleh Dr. Azizin Sabjan.

Kali ini kuliah tafsif yang disampikan olehnya pada setiap hari Isnin sebelah malam adalah berkenaan dengan ayat empat, Surah As-Sajadah.

Maksudnya;
"Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?"

Setelah ayat tersebut dibacakan, kupasan berkenaan ayat tersebut terus dilakukan olehnya. “Allah ni, suka menggunakan nama-Nya bagi melambangkan kebesarannya. Contoh dalam ayat tadi Allah mulakan dengan nama-Nya sendiri bagi menceritakan kekuasaannya menciptakan langit, bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Macam tu juga dengan ayat-ayat lain. Contohnya waktu Nabi Musa a.s bersama isterinya di Bukit Tursina, baginda ternampak api dan pergi ke sana untuk mendapatkan api tersebut. Dalam Surah Taha, Allah memperkenalkan Dia kepada Nabi Musa dan Allah juga ada berfirman;

Maksudnya;
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku".

“Sebab itu kita perlu selalu sebut nama Allah kerana Allah suka namanya disebut. Sebut nama Allah ada roh di dalam kalimah tersebut tetapi kalau kita sebut Tuhan, roh tiada di dalamnya. Jadi gunakan kalimah Allah jangan guna kalimah Tuhan”.

“Sebut nama Allah ini juga perlu setiap masa. Nampak kuil kita sebut, لا إله إلا الله. Kat keliling kita ni banyak kuli, jadi bila nampak sebut لا إله إلا الله ….”

Setelah pintu kereta ditutup, maka berakhirlah kuliah Maghrib yang sempat saya curi-curi dengar. Begitulah lebih kurang penerangan Dr. berkenaan ayat tersebut. Moga dilain masa, saya diberi kesempatan untuk duduk dan mendengar lagi.

Apapun jangan tiada masa dengan Allah, nanti Allah tiada masa dengan kita. Selalu-selalu lah sebuat nama Allah, moga-moga Allah selalu sebut-sebut nama kita.

5 comments:

muqayankabut said...

Salam Ustazah,

Saya hendak bertanya, jika Khamis malam dan jumaat malam ada kuliah maghrib tak di Pusat Islam USM.

Radieah Mohd Nor said...

Wa'alaikumsalam.

First, saya bukan ustazah. Hanya insan biasa. Tidak memegang sebarang title. Jadi janganlah panggil saya ustazah.

Berkenaan soalan tersebut, Khamis malam akan diadakan bacaan yassin secara berjemaah.

Jumaat malam pula, saya tidak pasti. Biasanya diisi dengan kuliah maghrib dalam bahasa Inggeris atau Arab oleh pelajar-pelajar USM dari Timur Tengah. Apapun nanti saya maklumkan kemudian.

Radieah Mohd Nor said...

Untuk hari Jumaat kuliah dijalankan dalam bahasa Inggeris menggunakan Kitab Al-'Itishom bi al-Kitab wa al-Sunnah karya Imam Bukhari. Disampikan oleh Abu Marwan.

Hari Sabtu petang Kitab as-Sunnah karya Imam al-Barbahari juga dalam bahasa Inggeris.

Kuliah Maghrib kat Masjid USM ni banyak dalam bahasa Inggeris dan Arab. Jadi ramai jugalah student USM merungut sebab kata mereka "Macam mana nak dengar. Tak paham" ada juga yang kata "pak-pak Arab kongker masjid..." Nasiblah...

Tapi jangan lupa nanti bila tiba bulan Ramadhan kuliah Zohor akan dijalankan dalam bahasa Melayu. So nanti ramai-ramailah kita bersolat jemaah Zohor di Masjid USM.

Tak sabar nak tunggu Ramadhan...

muqayankabut said...

Assalamualaikum,

Terima kasih atas info yang diberikan, saya bertanya sebab selalu ulang alik dari kelantan ke USM, jadi sambil tunggu jika boleh nak dengar kuliah maghrib, tapi nampaknya kuranglah,

Tahutak kat mana Ustaz Shamsuri mengajar masjid di Penang?

Radieah Mohd Nor said...

Masjid At-Taqwa, Taman Tun Sar'don, Gelugor. Sekali sebulan. Masjid Taqwa banyak kuliah maghrib hampir setiap hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...