Tuesday, July 27, 2010

Because He Is A Muslim

Klik pada gambar



Thanks Ija

Monday, July 26, 2010

Keghaiban Golongan Miskin Di Zaman Umar Abdul Aziz

Peratus masyarakat dunia yang hidup di bawah $1.25 per hari. Kalau dulu indikator (kayu ukur) kemiskinan adalah $1 per hari. Tetapi selepas tahun 2005 indikator tersebut telah berubah setelah berlakunya turun naik nilai mata wang dunia (World Bank, 2004)*.

Pernyataan ringkas mengenai ketiadaan golongan miskin di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz mengundang beberapa pertanyaan kepada saya tentang keshahihan perkara tersebut. Hakikatnya saya juga sedang mencari sirah yang dimaksudkan oleh Dr. Tajul Ariffin yang disampikan kepada saya dan rakan-rakan sewaktu mengikuti Kuliah Aset dan Dana Islam, Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam setahun yang lalu.

Walaupun saya masih belum menemui sirah tersebut tetapi saya menemui banyak dalil sama ada melalui firman Allah s.w.t dan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan perkara tersebut. Bagi saya secara tidak langsung ia membenarkan cerita yang disampikan oleh Dr. Tajul Ariffin kepada kami dahlulu.

Mungkin saya boleh berkongsi serba sedikit hadith dan firman Allah s.w.t yang saya temui. Hadith dan firman Allah s.w.t yang saya maksudkan adalah seperti di bawah;

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏ليس المسكين بهذا الطواف الذي يطوف على الناس فترده اللقمة واللقمتان والتمرة والتمرتان قالوا فما المسكين يا رسول الله قال الذي لا يجد غنى يغنيه ولا يفطن له فيتصدق عليه ولا يسأل الناس شيئا


Maksudnya;

“Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw. bersabda “Orang miskin itu bukanlah orang yang berkeliling meminta-minta kepada manusia, lalu ia diberikan sesuap, dua suap, sebuah dan dua buah kurma. Para sahabat bertanya: Kalau begitu, siapakah orang miskin itu, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang tidak menemukan harta yang mencukupinya tapi orang-orang tidak tahu (karena kesabarannya, ia menyembunyikan keadaannya dan tidak meminta-minta kepada orang lain), lalu diberi sedekah tanpa meminta sesuatu pun kepada manusia”.

(Hadith Riwayat Muslim,1722)Maksudnya;

“(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau (Muhammad) kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya”.

(Surah al-Baqarah, ayat 273)

Banyak lagi dalil lain. Tetapi ia memerlukan sedikit perbahasan. Jadi saya kemukakah dalil yang tidak memerlukan perbahasan bagi memudahkan kefahaman. Berdasarkan dalil di atas, keadaan golongan miskin di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang tidak meminta-minta dan menyembunyikan keadaan mereka membuatkan masyarakat tidak mengetahui bahawa wujudkan golongan miskin dalam kalangan mereka. Wallahu'alam...



*Menurut teori konvensional/lazim/barat kayu ukur kemiskinan lazimnya diukur menggunakan kaedah kuantitatif tetapi dalam Islam ia sangat berbeza kerana banyak perkara dalam Islam tidak boleh diukur mahupun untuk dibuktikan dengan akal. Contohnya tentang kewujudan alam ghaib. Ia tidak boleh diukur mahupun dibuktikan secara saintifik. Jadi kayu ukur kemiskinan berdasarkan jumlah pendapatan $1.25 per hari tidak boleh dijadikan kayu ukur kemiskinan dalam Islam.

Sunday, July 25, 2010

V :TV Series

Kali ini entry saya ringkas sahaja. Kebetulan saya berkesempatan menonton V satu tajuk bagi TV Series. Ada perkara penting berkenaan iluminati yang pernah saya tulis dulu.

Secara keseluruhannya V adalah satu kisah yang memaparkan tentang agenda iluminati yang ingin menakluk dunia. Agenda utama mereka untuk menubuhkan The New World Oder menjadi tema utama drama siri tersebut. Drama siri tersebut turut menyelitkan bahawa mereka dikatakan manusia yang sempurna berbanding manusia biasa.

Melalui V, 'mereka' gambarkan bagaimana agenda 'mereka' memanipulasi golongan media, remaja dan sebaginya. Ada yang sedar agenda tersebut tetapi terpaksa mengikutinya kerana ugutan yang diterima. Golongan yang tidak menyedarinya pula, turut sama menyertai 'mereka' atas dasar keamanan.Bagi sesiapa yang ingin menonton drama siri tersebut, saya nasihatkan anda mengetahui serba ringkas tentang iluminati terlebih dahulu. Jika tidak anda tidak akan memahami hubungan drama siri tersebut dengan agenda iluminati. Just taip perkataan iluminati@ illumination anda akan menemui jawapannya.

Dalam drama siri Smallville pun ada agenda tersebut diselitkan. Contoh, Kal-El nama sebenar bagi Clark Kent adalah bermaksud 'Kal-El is Hebrew (which makes sense, since Siegel and Shuster, the creators of Superman, were Jews). It can be interpreted to mean either "all of God" or "the voice of God", depending on what vowels you use. Suatu ketika dahulu dalam akhbar tempatan pernah menulis tentang agenda ini. Tetapi dalam akhbar tersebut Kal-El dikatakan nama bagi tuhan Yahudi. Banyak lagi tetapi saya tidak berkesempatan untuk mengupas satu persatu.

Banyakkanlah membaca dan memahami banyak perkara terutama mengenai agama (agama Islam dan jangan lupa amalkannya perkara yang kita pelajari dan fahami). Insya Allah, Allah akan menujukkan jalan bagi kita memahami dunia. Allah akan menunjukkan kepada kita perkara yang selama ini halal bagi kita, tetapi rupa-rupanya haram sama ada dalam makanan yang dirasakan halal rupanya haram, ilmu pengetahuan yang diselewangkan dan banyak lagi perkara lain. Nauzubillahi min zalik...

Thursday, July 8, 2010

Senyuman Pahit Ayah

Bola getah yang adik saya buat katanya bertahun baru siap.
Getah ini tidak sebusuk getah buku yang saya kutip bersama adik-adik saya ketika ayah sedang menoreh

Bila ada yang bertanya, "Mana lagi payah, belajar atau kerja yang payah?"
"Awak rasa?" tanya saya pula kepadanya.
"Belajar lagi payah kot" Jawabnya tanpa ada keyakinan.
"Mana awak tahu sedangkan awak tidak bekerja?". Saya persoalkan jawapannya.
"Saya teka je". Jawabnya mengalah.
"Saya pun tak tahu". Itu jawapan saya.

Tetapi yang saya selalu dengar dari ayah selain mak, "Radieah belajar rajin-rajin. Jaga kesihatan baik-baik". Sejak saya dari sekolah menengah sehinggalah sekarang. Nasihat tersebut tidak pernah lekang, sama ada dalam SMS, melalui telefon mahupun perbualan biasa.

Ayah pernah cakap, belajar ini payah berbanding kerja. Entahlah saya tidak tahu. Tetapi saya tidak pernah lihat lelaki sekuat ayah... setabah ayah... ayah tidak pernah mengadu atau merungut yang ayah letih atau ayah sibuk.

Balik sahaja dari sekolah ayah terus ke kebun. Kadang-kala ke kebun getahnya. Kadang-kala ke kebun pisangnya. Sebelah malamnya pula ayah akan keluar. Entahlah saya tidak tahu apa yang ayah buat tetapi ada sahaja projek yang dijalankan olehnya bersama rakan-rakannya. Dulu ayah kerap ke hutan, berburu di malam hari. Kancil, kijang, landak dan pelbagai hidupan liar yang halal dimakan telah biasa menjadi santapan keluarga kami. Sekarang ayah jarang-jarang ke hutan.

Berbudi pada tanah... itulah ayah. Kami juga tidak ketinggalan berkongsi hobi dengan ayah. Dulu sewaktu kami masih kecil (sekarang pun) dusun buah-buahan dan kebun getah menjadi tempat permainan kami.
Sangkar ikan ayah di Sungai Semantan yang bersambung dengan Sungai Pahang. Satu je.
Lainnya orang lain punya.


Kalau dulu sewaktu arwah aki (panggilan atuk bagi masyarakat Melayu Pahang) masih ada, selesai sahaja Solat Subuh selepas sarapan bersama atau selepas Solat Asar berjemaah kami adik beradik, sepupu, ayah mak, wan (panggilan nenek bagi masyakarat Melayu Pahang), pak cik dan mak cik segera keluar menuju ke dusun buah buahan yang terletak hanya 200 meter dari rumah aki. Berlari-larian kami berlumba ingin sampai dahulu. "Woiiiiii, jangan lari. Nanti jatuh". Teriakan daripada mereka yang dewasa kami tidak pedulikan. Yang penting siapa sampai dulu...

Kami sama-sama bersihkan kebun, walaupun pada ketika itu saya dan sebilangan besar sepupu dan adik beradik saya masih terlalu kecil tetapi di situlah tempat kami bermain, diajar memetik buah, bercucuk tanam, mengupas kelapa dan pelbagai lagi aktiviti lain. (Macam Upin & Ipin. Bila lihat animasi Upin & Ipin, ia sering mengimbau kenangan saya sewaktu kecil).

Pelik.. tetapi itulah permainan saya adik beradik tidak ketinggalan juga sepupu-sepapat saya. Ketika arwah aki masih ada, keluarga besar saya solat berjemaah bersama-sama, bertarawih bersama-sama, ke kebun bersama-sama, memancing di Sungai Pahang bersama-sama, mandi Sungai Pahang bersama-sama, maklum sajalah belakang rumah arwah aki Sungai Pahang... kebanyakan aktiviti kami lakukan bersama-sama. Tetapi kini hanya tinggal kenangan setelah arwah aki telah pergi sebab rumah tempat kami melakukan aktiviti bersama-sama dulu telah ditinggalkan. Wan tidak dibenarkan oleh anak-anaknya tinggal berseorangan. Bahaya untuknya. Kemanisan kami semua juga telah hilang bersama-sama pemergian arwah aki.

Lembu-lembu mak yang dibantu pembiakkannya oleh ayah

Saya rindu saat itu. Walaupun ayah masih mampu merasai saat tersebut, tetapi saya percaya sudah tentu tidak sama macam dulu. "Betulkan ayah?" Saya rindu nak tanam jagung bersama ayah dan rindu juga mengutip getah buku bersama ayah. Dulu saya selalu merungut akan bau getah buku "Ayah busuknya". Tetapi entah kenapa sekarang, saya terlalu rindu akan baunya.. Rindu juga bau asap sabut kelapa yang kami bakar setelah mereka yang dewasa mengupas kelapa sama ada untuk dimakan atau dijual. Bau rumput-rumput kering yang telah ditebas yang juga turut dibakar.

Di kebunlah tempat permainan saya (adik-adik dan sepupu-sepupu) dahulu. Tempat saya diajar erti berdikari, erti sebuah kehidupan. Cukup manis untuk dikenang. Bagi saya, ayah telah berjaya mendidik anak-anaknya untuk hidup berdikari. Mungkin juga disebabkan sikap ayah yang sukar untuk menghulurkan bantuan kepada anaknya jika dirasakan perkara itu remeh dan kami boleh melakukannya. Mengajar erti supaya berjimat cermat. Dahulu beg sekolah dan kasut sekolah saya, jika rosak ayah akan jahitkan atau ayah akan tampal. Bukan sebab kami susah tetapi sebab ayah hendak mengajar erti susah... erti payah...

Walaupun dulu ayah pernah cakap pada saya, belajar ini payah bagai ayah... "Ayah tengok awak makin kurus..." sambungnya lagi. Tetapi yang saya tengok ayah lagi payah berbanding saya. Ayah pun makin kurus. Bila saya kata "Ayah kena jaga kesihatan, ayah makin kurus sekarang. Ayah kata "Tak apa, ayah dah tua. Awak kena jaga diri awak, belajar sungguh-sungguh. Jaga mak". Ayah terus tersenyum. Senyuman ayah, saya telan dengan penuh kepahitan. Ya betul, saat saya semakin dewasa dan sedang mengapai cita-cita.. ayah pula semakin tua. Macam lirik lagu 'Jasa Bonda'.

Engkau semakin dewasa, Berjiwa merdeka, Sedang dia semakin tua, Membilang usia
Di saat kau berjaya, Dia tiada berdaya, Semoga kau tak lupa, Jasa bonda

Jasa Bonda - Warisan

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

(1)
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

(2)
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

ulang 2 & 1 )

Semoga ayah berbahagia selalu di dunia mahupun di akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...