Friday, January 21, 2011

Insuran & Takaful


Salah satu cabang ilmu fardhu ain yang wajib dipelajari oleh setiap individu muslim ialah ilmu fikah. Perkembangan ilmu fikah yang amat pesat seiring dengan perkembangan dunia membuatkan ijtihat tentang sesuatu perkara sering kali berlaku dan berubah.

Mahu tidak mahu selaku seorang muslim, perkembangan ilmu fikah yang melibatkan ijtihad, fatwa dan sebagainya perlu diketahui sebagaimana mengetahui perkembangan isu-isu semasa. Adalah amat malang sekiranya kita berlumba-lumba mengetahui perkembangan isu semasa tetapi perkembangan mengenai fatwa, ijtihad dan sebagainya yang melibatkan hukum halal, haram, makruh dan sebagainya kita tidak ambil endah dengannya.

Berkenaan dengan insuran dan takaful, hal sebegini juga melibatkan fatwa yang sentiasa berkembang. Insuran berbeza sekali dengan takaful. Insuran melibatkan satu bentuk transaksi konvensional. Ia berbeza sekali dengan takaful kerana takaful adalah satu bentuk transaksi Islam. Secara ringkasnya perbezaan antara takaful dan insuran boleh dirujuk dalam laman web Dr. Hasanah.

Hati-hatilah dalam setiap pemilihan yang sedang kita lakukan. Jangan terlalu mementingkan keuntungan sehingga halal dan haram kita ketepikan. Pohonlah selalu kepada Allah s.w.t agar Allah tunjukkan kepada kita perkara yang mendatangkan dosa dan pahala buat kita. Andai perkara itu bersifat makruh dan syubhah, elakkanlah.. kerana Rasulullah s.a.w telah berpesan bahawa sesiapa yang mengekkan diri daripada perkara syubhah, dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ

[رواه البخاري ومسلم]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...