Wednesday, June 15, 2011

Tesis + PhD = @_@


Menurut Pak Cik Wiki (2011a) dengan dibantu oleh Uncle Google tesis adalah sebuah dokumen yang diserahkan untuk menyokong pencalonan akademik atau kelayakan profesonal seseorang berdasarkan kajian dan penemuan yang dilakukan olehnya.

Pak Cik Wiki (2011a) turut menambah, di sesetengah pusat pengajian tinggi ada kalanya tesis dikaitkan dengan calon PhD ada pula yang dikaitkan dengan calon Sarjana. Begitu juga dengan disertasi. Adakalanya disertasi dikatakan lebih pendek dan nipis ketebalannya berbanding tesis, namun ada kalanya ia dikatakan sebaliknya. Apapun kedua-duanya memerlukan kajian yang mendalam untuk sesebuah dokumen tersebut dinamakan sebagai tesis atau disertasi.

Secara mudahnya tesis atau disertasi sentiasa dikaitkan dengan kajian. Tahukah pula apakah maksud kajian? Menurut Muhammad Syukri Salleh (2011), menulis sebuah tesis Sarjana atau PhD bukanlah semudah menulis sebuah rencana akhbar atau majalah. Fakta ilmiah diperlukan dengan mengumpulkannya menggunakan kaedah saintifik. Kemudian ia dioalah dalam bentuk analitikal dan ditonjolkan penemuan baru yang boleh menutup lompang kajian dan karya yang sedia ada.

Kesimpulannya, calon PhD atau Sarjana yang menyiapkan tesis pasti akan melakukan kajian ilmiah berdasarkan kaedah saintifik.

Jadi, apakah pula PhD? Menurut Pak Cik Wiki (2011b), Phd atau nama panjangnya Doctor of Philosophy adalah adalah gelaran akademik pascasarjana yang diberikan oleh universiti kepada seseorang. Tingkat darjah akademik yang dikenali sebagai gelaran doktor falsafah berbeza-beza bergantung pada institusi pendidikan, negara dan tempoh masa, berdasarkan kajian peringkat degree sehingga ke peringkat higher-doctorates.

Bagimanapun menurut Pak Cik Wiki (2011b) lagi, istilah 'falsafah' tidak merujuk semata-mata untuk bidang falsafah moden, tapi digunakan dalam erti yang lebih luas sesuai dengan makna aslinya Yunani, yang adalah "cinta kebijaksanaan". Sebahagian besar Eropah, dalam semua bidang selain teologi, undang-undang dan perubatan secara tradisional dikenali sebagai falsafah.

Kesimpulannya, PhD adalah gelaran yang diberikan kepada seseorang yang berjaya menyiapkan kajian ilmiahnya oleh pihak universiti terbabit.

Secara faktanya, tesis dan PhD telah dijelaskan sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, secara spiritual dan secara mudahnya tesis dan PhD yang dialami oleh ramai calon-calon PhD sama ada yang sedang ataupun telah mengalaminya adalah sebagaimana gambar rajah di bawah.

You + Thesis = =(

But don't worry, another pictures can help you.
Must always remember about your research.

You can do anything but don't forget write your thesis

Insya Allah, your thesis will be done

You can do it because you have Allah



Bibliografi

Muhammad Syukri Salleh. (2010, Januari). “Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin” dlm. Buletin Yayasan Nurul Yaqeen, Bil.1, hlm. 16.

Pak Cik Wiki (2011a). "Thesis" dlm. Wikipedia. Dilayari daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Thesis pada 15 Jun 2011.

Pak Cik Wiki. (2011b). "Doctor of Philosophy" dlm. Wikipedia. Dilayari daripada http://en.wikipedia.org/wiki/PhD pada 15 Jun 2011.

Pak Cik Wiki. (2011c). "Higher Doctorate" dlm. Wikipedia. Dilayari daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Higher_doctorate#Higher_doctorates pada 15 Jun 2011.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...