Monday, September 19, 2011

Jangan Ada Salah

Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap
belum tumbuh gigih sudah pandai baca kitab


"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Hadith yang biasa kita dengar tetapi malangnya jarang sekali kita hayati. Saya katakan kita jarang hayati kerana biasanya kita ambil mudah dengan pendidikan awal kanak-kanak. Terutama sekali apabila kanak-kanak tersebut masih diusia bayi iaitu diusia 0 bulan sehingga setahun. Bagi kita, kanak-kanak atau bayi sekecil itu tidak memahami apa-apa.

Pelik. Apabila mereka masih di alam rahim, si ibu di sarankan sentiasa membaca surah-surah tertentu untuk anak yang sedang dikandungkannya. Tetapi apabila telah melihat dunia pendidikan sebegitu tidak lagi diteruskan atau mungkin kita hentikan buat seketika kerana bagi kita selaku ibu bapa, bayi tersebut tidak mengerti apa-apa. Sekiranya begitulah fahaman kita, mengapa harus bersusah payah untuk membaca surah-surah tertentu sewaktu bayi tersebut di alam rahim lagi? Mengapa perlu dijaga pemakanan si ibu sewaktu sedang mengandungkan si bayi kerana bimbang akan tumbesaran fizikal terutama otaknya yang sedang berkembang terbantut? Tindakan sebegini seolah-olah meletakkan pendidikan di alam rahim itu lebih utama berbanding selepas kelahirannya di dunia.

Kebanyakan daripada kita tidak ada plan tindakan untuk mendidik anak. Mahukan anak sekadar untuk bermain dan bergelak tawa dengannya dengan menidakkan tarbiyyah yang seharusnnya diutamakan oleh kita selaku orang dewasa khususnya ibu bapa mereka.

"Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system".- Ust Zaharuddin. (Klik untuk artikel penuh)

Oleh itu, jangan ada salah dalam mendidik anak. Perlu ada plan tindakan. So what your plan?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...