Thursday, December 1, 2011

Cabaran Didik Anak di Hujung Usia Dunia

Set flash card Aiman yang ketiga. Set sebelum ini hancur dimakannya

Ibu bapa perlu kreatif untuk mengasuh anak terutama sekali pada dunia akhir zaman ini. Hiburan yang berleluasa menjadikan ia tidak lagi dipandang hina bahkan ia diraikan dan dibesarkan. Jadi tidak hairanlah ramai ibu bapa yang sanggup menghantar anak kecil mereka berlatih bermain alat muzik.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menghantar anak mereka ke rancangan uji bakat berbentuk hiburan. Bahkan mereka diraikan dan dibanggakan sekiranya anak kecil ini berjaya melepasi saringan untuk melayakkan mereka menjadi pemenang dalam rancangan hiburan tersebut.

Meluntur setiap kekerasan si anak dengan kelembutan bukan mudah. Kesibukan ibu bapa dengan kerjaya masing-masing juga membuatkan kesabaran mereka untuk mendidik anak-anak tercabut dek rasa letih dengan kerjaya yang akhirnya karenah anak tidak lagi diambil peduli sebaliknya digantikan dengan kekerasan sewaktu mendidik si anak.

Kekreatifan syaitan melebihi kekreatifan ibu bapa juga membuatkan didikan ke atas anak-anak lebih bersifat keduniaan yang akhirnya membuatkan si anak lebih mengenali watak-watak kartun mereka berbanding Maha Pencipta.


Yahudi mendidik anak mereka dengan penuh kemewahan dan pembaziran.
Mereka juga didik anak tanpa segan silu dan tidak ada rasa malu.
Nasrani pula mengajar anaknya bertentanggan dengan fitrah kemanusiaa.
Majusi pula mendidik anak mereka dengan sifat suka memberontak.


Masalah dihujung abad seharusnya ditangani oleh ibu bapa sebaik mungkin kerana di tangan mereka terdapat berus pencorak kain si anak. Walaupun tidak menjadi Nasrani, Yahudi atau Majusi tetapi sesungguhnya telah ramai daripada kita telah mengikut jejak langkah Nasrani, Yahudi dan Majusi tadi.


---------------
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari).


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...