Tuesday, August 23, 2011

Setahun Lapan Bulan


Setahun lapan bulan. Lama bukan sekejap. Kalau bayi yang berusia setahun lapan bulan sudah tentu telah bebas berlari. Tidak lagi bertatih memberanikan diri untuk berjalan apatah lagi untuk berlari.

Setahun lapan bulan. Itulah tempoh masa perjalanan hidup saya yang telah saya habiskan sebagai calon doktor falsafah.

Setahun lapan bulan entah apa yang telah saya lakukan. Baru hari ini. Baru sebentar tadi. Objektif kajian PhD saya terbina. Baru terjumpa. Alhamdulillah. Berkat tahajud cinta malam tadi. Malam lailatul qadar mungkin. Entahlah saya tidak tahu. Tetapi yang saya tahu Allah telah memakbulkan doa saya supaya kajian saya dipermudahkan.

Setahun lapan bulan saya bergelumang dengan kajian berkenaan kemiskinan. Hari ini. Baru sebentar tadi Allah ilhamkan kajian yang sepatutnya saya lakukan. Berkat 23 Ramadhan 1432H.

Setahun lapan bulan bukan mudah untuk diharungi. Semata-mata untuk mencari kajian yang benar-benar 'valid' untuk dikaji. 'Valid' untuk diteliti. Tetapi baru tadi saya diilhamkan Allah objektif kajian yang panjangnya enam baris. Walaupun enam baris, enam baris inilah teras kepada kajian saya yang panjangnya nanti mungkin menjangkau 350 helai.

Setahun lapan bulan. Tempoh masa itu telah berlalu. Bagaimana pula akan datang?

Kecewa? Tidak pernah wujud rasa itu walaupun telah setahun lapan bulan berlaku baru hari ini Allah ilhamkan objektif kajian untuk tesis PhD. Kerana jihad itu menuntut kita untuk sentiasa berkorban.

Tempoh akan datang sudah tentu lagi panjang. Sudah tentu masih banyak yang perlu dikorban. Masa, wang ringgit, kudrat dan tenaga yang tidak seberapa. Semuanya harus dikorbankan untuk menyelam dilautan ilmu ketuhanan.

Monday, August 22, 2011

Zam-zam Je Ori


"Tak lama lagi insya Allah, pak cik sekeluarga akan ke Mekah buat umrah". Cerita seorang Pak Cik yang usianya hampir seusia dengan ayah saya.

"Seronoklah pak cik". Balas saya.

"Tak ada apa pun yang seronok kat Mekah tu. Kalau bukan kerana ibadat dan tempat nabi dah tentu tak ada orang yang akan datang".

"Kenapa pula Pak Cik?" Tanya saya ingin penjelasan.

"Kalau nak ikutkan barang-barang yang kita beli kat Mekah dan Madinah tu bukan keluaran orang Arab pun. Mukan made in Mekah atau Madinah tapi lebih banyak Made in China. Kalau waktu bulan haji lagi seronok orang Arab. Kita sibuk nak buat haji dan umrah. Dia orang bukan nak ambil peluang berniaga. Tapi ambik peluang melancong ke negara Eropah, Asia Tenggara. Malaysia pun samalah tempat mereka suka melancong. Penuh hotel mahal-mahal mereka sewa. Kedai mereka kat Mekah dan Madinah mereka sewakan pada orang lain. Ada yang sewa termasuk barang-barang yang ingin dijual kepada penyewa. Mereka nak untung cepat tak perlu sebuk-sebuk tunggu pelanggan datang. Cukup seorang penyewa sewa kedai dengan beli secara pukal barang dalam kedai tu. Dah dapat penyewa mereka pun seronoklah melancong".

"Abis tu Pak Cik, apa je yang ada kat Mekah atau Madinah?" Tanya saya.

"Air zam-zam je. Kurma pun bukan mereka yang tanam mereka impot dari luar. Dari Jordan biasanya. Kurma dari Israel pun ada. Jadi hati-hati kalau nak beli kurma. Orang Islam sekarang ni tak nak ambil peluang. Terlalu nak untung cepat. Pentingkan diri pula tu. Malanglah kita". Ada keluahan di hujungnya.

Sungguh-sungguh


Sungguh-sungguh kita berusaha sungguh-sungguh. Tetapi ada kala sungguh-sungguh kita jatuh merudum bukan seketika, ada kalanya boleh sampai bila-bila.

Atau boleh jadi juga jatuh sedikit berbanding sungguh-sungguh hari sebelumnya. Tetapi malangnya tidak mampu mencapai tahap sungguh-sungguh semasa tahapnya pada paras maksima.

Sebab itu andai dibandingkan sungguh-sungguh kita dengan sungguh-sungguh iblis dan syaitan, sudah tentu sungguh-sungguh iblis dan syaitan lebih hebat berbanding kita. Untungnya kita ada Allah yang sering bersama kita. Tetapi malangnya kita jarang-jarang merdoa kepada-Nya. Sedangkan itulah senjata penting perlu kita gunakan yang telah Allah anugerahkan kepada kita.

Bagus Kepada Lebih Bagus

Sedangkan pantai boleh berubah apatah lagi manusia

"Lain dah awak sekarang. Makin kurus pun ya juga". Sapa seorang sahabat lama setelah hampir sepuluh tahun tidak ketemu.
"Apa yang lain? Saya sama je. Sama macam dulu. Cuma cara berfikir saya dah lain. Tindakan saya juga dah berbeza. Matlamat saya juga dah berubah". Jawab saya bersahaja.

Setiap individu perlu sentiada berubah. Perlu sentiasa berhijrah. Berhijrah daripada yang tidak bagus kepada yang bagus. Daripada yang bagus kepada lebih bagus.

Jangan leka. Jangan alpa. Kerana iblis dan syaitan itu tidak pernah leka dan alpa menyesatkan kita.

Tuesday, August 9, 2011

Anak: Antara Perhiasan Dunia Atau Bekal Untuk Akhirat


Dikala si ibu menunaikan sembahyang si anak menangis minta dilayan karenahnya. Bukan kerana lapar tetapi sekadar minta ditemakannya bermain bersama. Tangisan manja tersebut berterusan sedangkan si ibu masih belum selesai menunaikan sembahyang. Si anak masih tidak berhenti cuba. Daripada tangisan kemudian si anak merangkak perlahan-lahan sambil menangis lalu berbaring dalam keadaan meniarap dengan meletakkan kepalanya dikaki si ibu yang sedang berdiri tegak bersembahyang.

Sudah tentu kekusyukan sembahyang si ibu makin tergugat. Usai sahaja sembahyang si ibu terus memanggil anaknnya sambil memeluk erat. Tangisan si anak terus hilang. Senyuman manja dihadiahkan kepada si ibu.

"Anak ummi, ummi kan tengah sembahyang. Janganlah menangis. Orang tengah sembahyang tak boleh menangis". Tidak putus-putus si ibu memberi nasihat buat anaknya yang masih kecil. Anak yang belum mumaiyyiz. Belum mengerti apa-apa.

Menjadi ibu kepada si kecil yang masih mahu dibelai manja membuatkan sering kali kita akan terlupa bahawa Allah s.w.t telah mengingatkan kepada kita bahawa anak itu walaupun ia adalah anugerah ia mampu bertukar menjadi fitnah.

Antara tanggungjawab kita/saya sebagai hamba dengan tanggungjawab kita/saya sebagai ibu, sukar sekali untuk diseimbangkan kedua-duanya. Jadi tidak hairanlah mengapa Allah s.w.t telah mengingatkan kita selaku hambanya tentang anak dan harta.

"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu adalah fitnah dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Al-Anfal: 28)

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”, (Al-Kahfi: 46)

Terdapat dua ayat yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran yang menjelaskan bahawa harta dan anak itu adalah fitnah. Fitnah bagi mereka yang tidak mampu menguruskannya dengan baik. Tetapi bagi mereka yang mampu menguruskan harta dan anak dengan baik, fitnah tersebut mampu bertukar menjadi anugerah dan rahmat dari-Nya.

Namun bukan mudah untuk menukar fitnah menjadi anugerah. Kegembiraan atau kesenangan berdamping dengan harta dan anak membuatkan kita selaku manusia biasa akan sering lalai daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada-Nya.

Menukarkan fitnah menjadi pahala bukan mustahil. Tetapi perlu disertai dengan mujahadah.

"Mujahadah itu perlu. Muhasabah itu selalu" - Fadhil Atari

Tuesday, July 5, 2011

Selamat Hari Bapa


Walaupun agak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa, tapi hari ini saya ingin mengucapkannya. Saya tidak malu untuk melafazkannya walaupun telah terlewat.

Semoga dirahmati Allah selalu.


Monday, June 20, 2011

Penuduh dan Dituduh


Keratan akhbar di atas merupakan keratan akhbar daripada Utusan Malaysia. Bagi saya kartunis Utusan Malaysia sedang mempermain-mainkan hukum yang telah Allah s.w.t tetapkan apabila berlakunya kes zina.

Sama ada sengaja atau tidak sebenarnya ia telah menyebabkan gugurnya syahadah kartunis terbabit sekiranya dia adalah penganut agama Islam. Malah lebih parah, lukisan sebegini telah membuatkan masyarakat Islam semakin keliru.

Hari ini kita hidup dalam selimut fitnah. Selimut ini kita tidak mampu membuangnya daripada kehidupan kita kerana manusia yang menghuni dunia akhir zaman ini mengangkat nafsu mereka menjadi tuhan. Keadaan ini membuatkan anugerah akal yang Allah s.w.t kurniakan kepada manusia telah digunakan ke jalan yang salah.

Jadi, walaupun kelihatan kolot dalam fikiran manusia untuk mendatangkan empat orang saksi sekiranya berlaku dalam kes zina pada zaman moden yang penuh dengan teknologi seperti CCTV, ujian DNA dan sebagainya tetapi di sisi Allah s.w.t ia adalah sebaik-baik saksi. Teknologi ini merupakan ciptaan manusia. Ia boleh direka, diubah, diedit dan sebagainya. Jadi, mampukah teknologi ciptaan manusia ini menjadi saksi?

Keadilan Islam kepada individu yang menuduh dan dituduh telah dijelaskan dalam kitab Syarah Riyadhush Shalihin oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah. Perbahasan mengenai hal tersebut adalah sebagaimana di bawah;

لَوْلاَ جَاءُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاءِ فَأُولَئِكَ عِنْدَ اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ

Maksudnya;
“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu (perbuatan zina istri Nabi? Karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itu di sisi Allah adalah orang- orang yang dusta.” (An-Nur: 13)

Maksudnya: tidakkah mereka mendatangkan empat saksi atas berita itu yang bersaksi atas perkara ini.

“Karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itu di sisi Allah adalah orang-orang yang dusta.” Meskipun mereka jujur. Oleh karena ini kalau seseorang menyaksikan seseorang berzina dan dia mendatangi qadhi dan berkata: “Aku bersaksi bahwa si fulan berbuat zina.” Maka kita berkata: “Datangkan empat saksi!” Jika dia tidak bisa mendatangkan empat saksi, maka kita menghukumnya dengan cambuk 80 kali. Jika dia mendatangkan dengan orang kedua, maka kami menghukum keduanya masing-masing dengan cambukan 80 kali, dan jika datang dengan orang ketiga, kita menghukum mereka masing-masing dengan cambukan 80 kali.

Maka misalnya kalau dia mendatangkan kepada kita tiga orang yang bersaksi bahwa mereka melihat fulan berzina dengan fulanah dan hal itu tidak tsabit, maka kita menghukum mereka masing-masing dengan 80 kali cambukan. Oleh karena ini Allah berfirman:

لَوْلاَ جَاءُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاءِ فَأُولَئِكَ عِنْدَ اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ * وَلَوْلاَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِي مَا أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya;
“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itu di sisi Allah adalah orang-orang yang dusta. Sekiranya tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa adzab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu.” (A-Nur: 13-14)

Kalau bukan karena keutamaan dan rahmat Allah, sungguh kalian akan ditimpa hukuman yang disebutkan karena pembicaraan kalian tentang berita bohong itu. Di dalam firman Allah “pembicaraan kamu tentang berita bohong itu” ada dalil bahwa berita itu tersebar, tersiar, dan terkenal, karena hal itu merupakan perkara penting besar lagi riskan. Dan kebiasaan bahwa perkara-perkara besar tersebar dengan cepat dan memenuhi rumah, mulut, dan telinga (banyak orang).

وَلَوْلاَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِي مَا أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ * إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ *

Maksudnya;
“Sekiranya tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa adzab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. (Ingatlah) ketika kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal di sisi Allah adalah besar.” (An-Nur: 14-15)

“Ketika kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut” tanpa riwayat, tanpa keterangan, dan tanpa keyakinan. “Dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal di sisi Allah adalah besar”, karena hal itu adalah tuduhan terhadap wanita paling suci di muka bumi, dia dan yang lainnya adalah para istri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, sehingga perkaranya sangatlah berat.



Semoga kita dijauhi daripada menyebarkan berita-berita yang tidak kita ketahui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...