Tuesday, February 28, 2012

Wavin' Flag



When I get older I will be stronger
They'll call me freedom, just like a wavin' flag

When I get older, I will be stronger
They'll call me freedom just like a wavin' flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, oh

Born to a throne, stronger than Rome
A violent prone, poor people zone
But it's my home, all I have known
Where I got grown, streets we would roam

Out of the darkness, I came the farthest
Among the hardest survival
Learn from these streets, it can be bleak
Accept no defeat, surrender, retreat

So we struggling, fighting to eat
And we wondering when we'll be free
So we patiently wait for that fateful day
It's not far away, but for now we say

When I get older I will be stronger
They'll call me freedom just like a wavin' flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, oh

So many wars, settling scores
Bringing us promises, leaving us poor
I heard them say 'love is the way'
'Love is the answer,' that's what they say

But look how they treat us, make us believers
We fight their battles, then they deceive us
Try to control us, they couldn't hold us
'Cause we just move forward like Buffalo Soldiers

But we struggling, fighting to eat
And we wondering, when we'll be free
So we patiently wait for that faithful day
It's not far away but for now we say

When I get older I will be stronger
They'll call me freedom just like a wavin' flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, and then is goes

When I get older I will be stronger
They'll call me freedom just like a wavin' flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, and then it goes
And then it goes

And everybody will be singing it
And you and I will be singing it
And we all will be singing it

When I get older I will be stronger
They'll call me freedom just like a wavin' flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, and then it goes

When I get older I will be stronger
They'll call me freedom just like a wavin' flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, oh

When I get older, when I get older
I will be stronger just like a wavin' flag
Just like a wavin' flag, just like a wavin' flag
Flag, flag, just like a wavin' flag

.

Friday, February 3, 2012

Bagaimana Pemimpin Begitu Jugalah Rakyatnya


Ahli sejarah banyak mengisahkan, semasa zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz negara Islam dan juga negara-negara yang berjiran dengannya dilimpahi keberkatan berkad keadilan yang telah dilakukan oleh khalifah tersebut (Kitab Bidaya wa Nihaya, Ibn Kathir). Telah diriwayatkan juga warganegra Islam pada ketika itu tidak dapat mengeluarkan zakat untuk serahkan kepada asnaf fakir dan miskin kerana tidak diketahui siapa yang berhak menerimanya kerana semua mereka berada dalam keadaan tidak memerlukan zakat (Kitab Sirah Umar Abdul Aziz, Ibn Abd Hakam).

Khalifah Umar bin Abdul Aziz mampu memberi warna baru kepada manusia dengan membimbing mereka dengan tarbiyyah yang bermula dengan dirinya sendiri. Padahal semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malek, rakyatnya didapati jika bertemu mereka akan saling bertanya tentang hal hartanah dan kilang-kilang kerana al-Walid juga mengemari akan hal tersebut. Begitu juga dengan khalifah sesudah al-Walid iaitu Sulaiman bin Abd Malek yang mengemari biduanda-biduanda dan makanan-makanan. Rakyat pada ketika itu juga didapati apabila bertemu seringkali membicarakan tentang biduanda-biduanda dan makanan-makanan.

Tetapi aneh sekali apabila Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawad jawatan khlifah. Rakyat yang sama tidak lagi membicarakan tentang hartanah, kilang-kilang, wanita-wanita atau makanan-makanan. Sebaliknya apabila bertemu, rakyatnya akan sering bertanya "Apakah yang sudah kamu baca malan tadi? Sudah berapa juzuk al-Quran kamu hafal? Bulan ini berapa hari telah kamu berpuasa? (Kitab al-Khalifah al-Zuhud Umar bin Abd Aziz, Sayyid al-Ahli)

Sungguh, Khalifah Umar bin Abdul Aziz berjaya merubah rakyatnya sebagaimana perkara yang telah dilakukan bermula dengan dirinya.

Sebagaimana pemimpin begitu jugalah rakyatnya.
Like leader, like people.

Kita bagaimana? Perkara apa yang sering kita bualkan apabila bertemu?
Jangan salahkan pemimpin sekiranya didapati perkara yang kita bualkan tidak membawa manfaat untuk kita bertemu dengan-Nya. Sebaliknya contohu Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Berubahlah. Mulakan dengan dirimu dahulu.

Thursday, January 12, 2012

Liku Sebuah Perjuangan


Dakwah perlukan pengorbanan. Dakwah juga perlukan kesungguhan.

Saya pernah ditanya oleh seorang pelajar undergraduate sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung; "Kak Radieah, Islam sekarang ni kat mana? Maksud saya, Islam sekarang ni berada dipuncak atau sekarang ni Islam sedang berada di bawah... maksudnya mundur, dipijak-pijak, dihina dan sebagainya. Islam ada kat mana?"

Jawapan saya mudah, "Islam itu sentiasa di atas. Sebab nabi pernah cakap, Islam itu tinggi, tiada yang tinggi melainkannya".

Saya berhenti seketika merenung seorang demi seorang pelajar dan cuba mencari kekuatan agar mereka yang berada dihadapan saya pada ketika itu memahami perkara penting yang ingin saya sampaikan "Ya Allah, permudahkanlah ia. Moga-moga mereka faham, aku juga faham dan sama-sama melaksanakan amanah yang sedang kami pikul ini".

Saya menyambung penjelasan ringkas saya tadi setelah seketika mendiamkan diri. "Saya faham apa maksud pertanyaan tadi. Cuma saya kemukakan dulu hadis nabi sebagaimana yang saya cakap tadi supaya kita setiasa ingat tanggungjawab kita untuk sentiasa meletakkan Islam itu di atas"

"Saya minta maaf. Saya tidak tahu kedudukan Islam itu dimana ada saat ini. Sama ada dia di atas atau di bawah. Saya tak tahu. Apapun ada seorang penceramah, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan Islam itu sedang naik sekarang. Umpama roda, dulu Islam itu di atas sewaktu zaman kegemilangannya. Tetapi dia pernah jatuh dan kini dia sedang naik semula. Statistik selepas September 11 juga menunjukkan jumlah penganut Islam semakin bertambah selepas peritiwa WTC runtuh'.

"Tapi saya suka jawapan Ust Tuan Ibrahim. Dia kata walaupun Islam itu berada di atas atau di bawah, itu bukan persoalannya. Persoalannya apa yang dah kita buat untuk meletakkan Islam itu sentiasa di atas?"

"Banyak daripada kita duduk diam. Duduk memerhati apa yang berlaku. Tetapi tak ramai antara kita yang turut sama korbankan masa, tenaga dan wang Ringgit untuk menegakkan Islam... meletakkannya di atas".

"Cuba tanya dalam diri masing-masing, saya dah buat apa untuk Islam?" Sungguh saya rasa sebak pada ketika itu. Ada air mata yang bertakung walaupun tidak jatuh membasahi pipi.

"Kita orang Islam jarang peduli dengan Islam. Kita hanya peduli apa yang kita dapat. Makan, minum yang kita dapat. Pakaian yang kita dapat. Gaji dan tempat tinggal yang kita dapat. CGPA yang kita dapat. Tetapi kita payah sekali untuk memberi sebanyak-banyaknnya kepada Allah walaupun pada hakikatnya kita telah terima sebanyak-banyaknya daripada Allah. Memang Allah tidak minta untuk diberi tetapi kita kena ingat yang kita ini adalah kuli... hamba Dia.. yang peliknya sayang Dia kepada kita, jauuuuuuuuh sangat berbanding sayang kita kepada-Nya"

"Hidup ini adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya. Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya. Usah peduli apa yang kita dapat. Tapi kita harus peduli apa yang telah kita beri".

"Islam itu sentiasa di atas. Dia tak pernah berada di bawah. Cuma untuk membuktikan ia sentiasa berada di atas, itulah tanggungjawab kita semua"

.

Wednesday, January 11, 2012

Mencipta Suasana

Pastikan anakmu soleh!!!

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang video di atas. Anda sendiri yang bakal mencorak cara fikir, gaya hidup, matlamat hidup anak anda.

Susana dunia yang hari ini amat mencabar buat kita dan juga generasi akan datang. Apapun adakah kita yang mencipta suasana atau suasana yang mempengaruhi kita?

Sebagai seorang mukmin seharusnya kita yang mencipta suasana, mencoraknya dengan meletakkan setiap pandangan Allah adalah pandangan utama. Sebaliknya jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan suasana yang meletakkan nafsu di hadapan setiap pertimbangan kita.


Prof. Dr. Muhaya Mohammad "Didik anakmu ucap kalimah lailahailallah dan menjadi ahli syurga" - klik sini untuk dengar kupasan tentangnya.


Cipta suasana untuk mendidik kita dan orang sekeliling kita terutama anak-anakmu mengenal Allah dan menyayangi-Nya. Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w. Cipta juga suasana supaya kita semua perihatin dan sayang terhadap saudara-saudara Islam kita terutama saudara mara kita yang berada di Palestin. Cipta juga suasana yang membolehkan kita dan orang sekeliling kita peka terhadap agenda musuh kita.

Sukar untuk mencipta suasana tetapi penting untuk menciptanya. Jangan biarkan anakmu lebih mengenali kartun Ultraman, Batman, Superman dan lain-lain sehingga si kecil ini mengatakan watak kartun tersebut lebih berkuasa daripada Allah.

Ummi tak bagi Aiman tengok TV sebab Ummi sayang Aiman

Saya pernah menontonya di Youtube. Apabila seorang guru prasekolah bertanya kepada anak muridnya yang sedang leka menyelak buku Ultramannya sambil menceritakan kehebatan Ultraman kepada rakan-rakannya yang lain. Si guru bertanya "Amin (bukan nama sebenar) antara Ultraman dan Allah mana lagi kuat?" Dengan pantas dan bersemangat Si Anak Kecil itu menjawab "Ultraman". Puas guru tersebut merangkan bahawa Allah lebih kuat tetapi Si Anak Kecil itu tetap menjawab bahawa Ultraman lebih kuat.

Anda yang cipta suasana untuk anak anda. Jadi tidak perlulah hairan sekiranya anak anda menyatakan Ultraman itu lebih berkuasa daripada Allah. Anda yang mendidiknya. Usahlah terkejut!!!

Saya hanya memberi contoh yang memang benar-benar berlaku apabila kita tidak mampu mencipta dan peka dengan suasana. Ciptalah suasana untuk Islam itu sentiasa dalam hati, pertuturan dan tindak tanduk kita. Kita juga perlu dan mesti peka juga dengan suasana yang dicipta oleh musuh kita.

.

Tuesday, January 10, 2012

Rindu Pada Naqibah


Bulatan Gumbira kami di bumi sonata. Bulatan Gumbira Anda pula bagaimana? cepat2 carik bulatan gumbira anda, or u're gonna miss all the fun ^^


Usrah Fillah !



Usrah Wardina Safiyyah


Usrah anda bagaimana? Saya rindukan naqibah saya.

.

Tuesday, December 20, 2011

Mukmin, Muslim, Fasiq atau Munafiq


Antara muslim dengan mukmin sudah tentu yang tingkat tertinggi kedudukannya adalah orang mukmin berbanding muslim. Mukmin bermaksud orang beriman tetapi muslim bermaksud orang Islam. Orang mukmin sudah tentu dia juga adalah orang Islam, sedangkan orang mukmin belum tentu orang beriman.

Ramai yang boleh mengaku dia merupakan orang Islam tetapi tidak ramai yang boleh membuktikan bahawa dia adalah manusia beriman. Ini berlaku kerana falsafah Islam itu terdiri daripada lima rukun. Secara mudahnya falsafah tersebut terkandung dalam Rukun Islam. Kelima-lima perkara tersebut boleh dilihat dan dibuktikan dengan perbuatan dan perkataan.

Tetapi kelima-lima perkara tersebut belum tentu boleh membuatkan seseorang itu dikatakan mukmin kerana falsafahnya lebih kepada kepercayaan individu terhadap perkara-perkara ghaib. Perkara-perkara ghaib ini adalah sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Iman. Sebab itu cukup susah untuk kita selaku manusia biasa membezakan antara orang munafik, fasik dan soleh.

"Ust. Yasir, macam mana kalau kita nak kenal seseorang calon suami atau isteri itu alim-alim kucing atau fasiq atau munafiq* sebagaimana yang ust terang tadi?" Tanya saya kepada Ust Yassir selaku individu yang bertanggungjawab menjelaskan tentang bab munakahad semasa di kelas Pengajian setiap hari Selasa di ISDEV.


"Ini soalan yang serius. Memang kita perlu menyelidiki calon suami atau isteri sama ada untuk diri sendiri atau untuk anak-anak kita nanti. Berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t akan mengangkat kefasikan yang ada dalam diri seseorang apabila dia mendirikan solat subuh secara berjemah di masjid. Itu bagi lelaki kita boleh selidiki dengan cara begitu**. Tetapi bagi perempuan saya tidak tahu. Atau ada dalam kalangan kita yang boleh berkongsi pendapat atau pandangan…." Jawab Ust Yassir mengenai pertanyaan saya.

"Oooo begitu ke? Kak Shereeza, lepas ni kita kena didik anak kita untuk solat lima waktu di masjid macam Dr. Nailul" Kata saya pada Kak Shereeza.
"Ya, betul tu" Kak Shereeza menjawab dengan penuh azam.

Sebagaimana penernagan Ust Yassir untuk mengenali calon perempuan adalah susah tetapi bagi saya sebelum mengenali atau menilai calon nilailah diri kita sendiri dahulu sama ada fasiq, munafiq atau solehah.

Mungkin hadis mengenai membaca sekurang-kurangnya 50 ayat al-Quran ini boleh menjadi mendinding diri kita daripada menjadi fasiq atau munafiq.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang membaca 50 ayat dalam sehari semalam, maka ia tidak dicatat sebagai seorang yang lalai. Barangsiapa yang membaca 100 ayat, maka ia dicatat sebagai orang yang qaniith (taat). barangsiapa yang membaca 200 ayat maka ia tidak akan dibantah oleh al Qur-aan pada hari kiamat. Dan barang siapa yang membaca 500 ayat, maka dicatat baginya perbendaharaan harta berupa pahala
(Shahih li ghayrihi; HR. Ibnus Sunniy, lihat silsilah ash-shahiihah no. 642-643 sumber penomoran shahiih wa dhaiif al-adzkaar)

Akhirul kalam, berusahalah kita menjadi orang yang soleh atau solehah. Saya juga ingin petik kata-kata Imam al-Syafie tentang pandangannya dan kecintaannya terhadap orang yang soleh dan kebenciannya terhadap ahli maksiat.
"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan daripada kalangan mereka. Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka." -Imam al-Syafi'i (Fiqh al-'Ibadat, jil.1, hlm.24)"

*Fasiq ialah mereka yang terang-terangan melakukan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil secara berterusan.
Ulama membahagikan munafiq itu kepada dua. Pertama munafik perbuatan dan kedua munafik i'tiqad. Munafik perbuatan ialah apa yang disebutkan di dalam hadis tersebut. Hukumnya berdosa tetapi dia tidak kafir. Apa yang dikatakan di dalam hadis ini ialah orang-orang munafik mempunyai sifat demikian, tetapi tidaklah bermakna dia itu sendiri seorang munafik yang kafir apabila telah melakukan perbuatan tersebut. Ini termasuk bercakap bohong, melampau batas bila bergaduh, pecah amanah dll. Hadis ini juga memberikan maksud kepad akita betapa beratnya dosa berbohong, melampaui batas dalam bergaduh, pecah amanah dll sehingga ia seperti setaraf dengan orang munafik walaupun tidaklah bermakna dia kafir. Ini pengajaran hadis.
Munafik i'tiqad ialah orang yang mengatakan dirinya Islam tetapi di dalam hatinya dia tidak mengakui keimanannya terhadap i'tiqad Islam. Mereka ini dihukumkan kafir yang wajib diperangi.

** Rasulullah s.a.w. menyatakan sabdanya yang bermaksud:

"Seberat-berat sembahyang kepada orang munafik ialah solat Isyak dan Fajar (Subuh). Kalaulah mereka mengetahui kelebihan yang ada pada solat Isyak dan Fajar ini nescaya mereka akan datang (ke masjid) walaupun dengan merangkak. Sesungguhnya aku bercita-cita bahawa aku memerintah seseorang supaya memerintah manusia sembahyang dan menyuruhnya membawa orang mengerjakan solat kemudian aku pergi bersama beberapa orang lelaki membawa kayu-kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak mengerjakan solat jemaah dan aku bakar rumah-rumah itu dengan api."


Wednesday, December 14, 2011

Publisiti Bila Bertudung

Mungkin saya antara salah satu orang yang paling gembira dengan perubahan ketara secara fizikal ini oleh Kak Abby Fana yang amat saya kasihi. Kenapa? Kerana Kak Abby dari mula saya kenali adalah wanita yang cukup baik, a VERY...VERY nice person indeed...Kak Abby seorang ibu tunggal yang amat tabah... seawal kami di studio kerana bersiaran jam 5 pagi..Kak Abby adalah antara orang yang tidak pernah meninggalkan solat subuhnya....maka terdetik dalam hati kecil saya...saya yakin Kak Abby satu hari nanti akan berhijab... Secara senyap saya sering mendoakannya.... Dan percayalah antara doa yang makbul adalah doa rakan-rakan, tatkala mereka tidak tahu kita mendoakannya...

SMS KAk Abby pada saya : TQ dear for your compliment..I 'change' for Him, The Al Mighty.

Bergenang air mata saya. Hajjah Abby Fana..sekembali dari Mekkah, keberkatan dan hidayah Allah mengiringinya. Indahnya!

Kenapa perlu KECOH orang bertudung ada yang bertanya? Teringat sewaktu menghadiri satu preview documentary mengenai Hijab tempoh hari...ada pihak yang kurang senang apabila publisiti diberikan pada wanita-wanita berhijab! Katanya di Malaysia ini, wanita behijab diberi publisiti meluas dan dipuji-dipuji. Mereka lah yang baik, yang digemari dan sebagainya! Ada yang tidak puas hati nampaknya...

Jawab saya... Tahukah anda perkara ini BARU berlaku.. tidak lama dulu nak jadi cover majalah? Jangan harap! Nak baca berita? Buka tudung dulu! Pengacara? Hmmpphh tak pernah dengar pun! Malah waktu saya mula berhijab dulu ada cover majalah yang memotong gambar saya (setelah selesai photoshoot) kerana mengatakan bahawa pihak editor mereka tidak mahu wanita berhijab sebagai peghias kulit muka depan.Siapa yang didiskriminasi sebenarnya?

Jadi sudah pasti, apabila senario sekarang sudah berubah...saya selaku wanita berhijab, gembira dengan peluang yang diberikan oleh media ini! Apakah yang mereka mahukan? Media mengutuk, merendahkan dan mendiskriminasikan mereka yang berhijab? Salahkah memuji mereka cantik, manis, ayu dan kelihatan sopan? Memang mereka cantik, ayu dan sopan dengan hijab di kepala. Apakah yang hanya layak dipuji cuma wanita yang sexy, terbuka, terdedah, yang ala J.Lo pakaiannya? Maaf ya, kayu ukur kecantikan BUKAN lagi Hollywood...Bakat kini tidak lagi diukur dengan pendeknya skirt anda.. malah wanita berhijab lebih perlu menonjolkan bakat mereka....kerana apa yang ada, apa yang dilihat cumalah muka dan telapak tangan... kami memaksa anda menilai kami dengan "kemahiran" kami...our talents..our mind and what we have INSIDE us....not judging us by our looks, body and clothes. Well, that's the general idea, at least.

Jawab saya...memang wanita yang berhijab memberikan satu 'statement' pada semua bahawa "saya sedang berusaha menjadi lebih baik, dan ingin saya zahirkan perubahan ni dengan pakaian saya" Memang! Tepat sekali! Tak perlu dipersoalkan..wanita yang berhijab, yang baru memakai hijab terutamanya adalah mereka yang sedang 'berubah'... they want to become better..a better person, a better Muslimah... very clear.... namun dalam masa yang sama, tidak pula harus didiskriminasi mereka yang tidak memakainya...that has to be clear too. Ianya pilihan individu..hormatilah mereka yang berhijab dan doakanlah mereka yang belum akan nampak kecantikan dan 'nilai' sebenar hijab yang sebenarnya mengangkat martabat seorang wanita. Bukankan semua yang' indah' dan 'mahal' di dalam dunia ini ditutup dan dipelihara? Seperti emas dan intan permata. Seperti mutiara di dalam lautan.

Jawab saya...Wanita yang tidak bertudung? Sudah CUKUP publisiti diberikan pada mereka..lihat sahaja longgokkan majalah, berita dan pendedahan di media mengenai wanita yang tidak berhijab dan sexy! Mereka dijulang, dipuji, diberi ruang dan perhatian setiap ketika.. mereka juga sangat popular! Malah bukan media Malaysia sahaja yang membantu mereka, tapi iannya fenomena diseluruh dunia! They DONT NEED HELP, nor do they need anymore publicity.. Jadi apabila dipebesarkan mereka yang berhijab... berikanlah ruang yang sewajarnya.... kenapalah perlu 'sakit hati'? Jika ditanya saya, memang 'sakit' hati orang itu... cemburu melihat kebaikan atau orang yang 'lain' darinya.... Terimalah perbezaan manusia dengan hati yang lapang. Hormatilah orang lain, walau caranya mungkin berbeza dengan kepercayaan kita. Allah, dunia ini sementara sahaja.

Dugaan orang yang ingin berubah adalah apabila kita dilempar ejekan oleh orang lain, yang mengungkit kisah silam dan meremahkan perubahan kita seperti "tak lama tu". Anggaplah ianya cuma dugaan kecil sahaja yang diberi Allah kepada kita.

Saya yakin orang yang bersolat, yang konsisten dalam solatnya akan diberi hidayah oleh Allah untuk membuat pilihan yang baik. Alhamdulillah Hajjah Habsah...Kak Abby... I am very happy for you! May Allah bless you!

(Dipetik daripada Facebook Wardina Safiyyah)


Sudah lama saya tidak menonton television. Tetapi apabila membaca facebook Wardina Safiyyah, "Alhamdulillah..." itulah ucapan yang terkeluar dalam hati saya.

Satu ketika dahulu saya pernah menulis entry berkenaan harapan saya terhadap drama-drama, filem-filem dan sebagainya. Saya dapat merasakan harapan tersebut semakin menyinar. Walaupun ia masih lagi samar-samar, tetapi saya percaya suatu hari nanti akan lahir filem sebagaimana filem di Indonesia yang bertajuk Hafalan Shalat Delisa. Filem ini sebenarnya telah diadaptasi daripada sebuah novel dengan tajuk yang sama. Novel ini juga telah diterjemah daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia oleh PTS. Ulas Habbiburrahman El-Shirazy (Penulis best seller Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan lain-lain) terhadap novel tersebut;
"Buku yang indah ditulis dalam kesedaran ibadah. Buku yang mengajar kita mencintai kehidupan, juga kematian, mencintai anugerah juga musibah, dan mencintai indahnya hidayah".
Saya percaya bestseller sebuah buku dan box officenya sebuah filem adalah apabila sesebuah buku dan filem tersebut disandarkan kepada fitrah iaitu Islam. Jadi kepada mereka yang ingin berkarya sama ada dalam bentuk penulisan seperti novel, cerpen dan blog ataupun berkarya dengan filem, drama, teater dan sebagainya, jadikanlah Islam itu sebagai landasan dalam karya anda. Insya Allah, anda tidak akan kecewa. Percayalah...


Filem Hafalan Shalat Delisa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...