Wednesday, January 19, 2011

Hani - TV3 Lestary

Nur Fathia sebagai Ummu Hani di lokasi di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Setelah membaca entry Ust Hasrizal berkenaan drama TV3 - Hani dalam slot Lestary, hati saya begitu teruja untuk menontonnya. Setelah beberapa episode saya tonton, perasaan saya bercampur baul. Adakalanya gembira dan ada kalanya kecewa. Saya gembira kerana drama Hani telah berjaya menonjolkan sebuah keluarga yang bahagia. Dalam keadaan bahagian tersebut Allah uji mereka dengan penyakit barah otak yang dihidapa oleh Hani selaku anak sulung dalam keluarga ini.

Saya turut gembira kerana buku 'Bercinta Sampai Ke Syurga' menjadi subjek yang sering diangkat dalam drama tersebut. Bagi saya secara tidak langsung buku berbentuk sebegini akan mendapat perhatian umum tidak sahaja kepada pembaca-pembaca setia Saifulislam.com.

Perasaan kecewa saya pula kerana terdapat slot-slot yang tidak bersifat Islamic dilakonkan oleh para pelakon. Mungkin kerana saya terlalu mengharapkan suatu yang baru mengisi slot-slot drama atau filem-filem di Malaysia sebagaimana filem dan drama Indonesia yang bertajuk 'Ketika Cinta Bertasbih'.

Apapun berdasarkan komen daripada pihak yang terlibat dalam menjayakan drama Hani,i a adalah permintaan syarikat penyiaran tersebut. Berikut antara komen yang saya copy paste daripada laman web saifulislam.com

raja niza says:
05/01/2011 at 11:37 am

terima kasih atas sokongan…kami juga sebenarnya menahan mata dan telinga menyaksikan adengan2 sebegitu dlm drama HANI..kami cuba mengangkat naskhah HANI dlm cara yg sepatutnya..namun,kehendak stesen membuatkan usaha-usaha kami tersekat dek kerana ingin mengikut arus penonton SLOT LESTARY..namun Alhamdulillah,semoga dakwah yg sedikit ini memberi manfaat utk semua…ameen..-DARI SISI PENERBIT ‘HANI’/Layar Consult Sdn Bhd

raja niza says:
05/01/2011 at 11:31 am

assalamualaikum..

alhamdulillah..feedback dr HANI cukup positif setakat ni..tentang adengan2 yang kurang menyenangkan sbg seseorang yg diberi nama UMMU HANI, kami memohon maaf kpd semua penonton..ikutkan prinsip kami di Layar Consult Sdn Bhd,x kan ada acara berpelukan,berpegangan tangan..namun,kehendak stesen yg ingin mengikut rentak SLOT LESTARY..emm inilah jadinya…


Walaupun ada rasa kecewa saya terhadap 'Hani', insya Allah saya akan tetap menontonnya (setiap Selasa, 9.00 - 10.00 malam) kerana menurut blog Ust Zabidi Mohamed selaku penulis skripnya, salah satu lokasi pengambaran mereka adalah di Darul Quran. Satu tempat yang satu ketika dahulu saya amat impikan untuk menjadi salah seorang daripada penuntutnya. Darul Quran adalah salah satu tempat untuk mereka-mereka menjadi hafiz atau hafizah (penghafal al-Quran) sebelum diserap ke universiti-universiti lain untuk menyambung pengajian mereka dalam pelbagai bidang seperti perubatan, undang-undang dan lain-lain. Rakan saya sewaktu di sekolah menengah dahulu ramai dapat menjadi penuntut di sana. Kini mereka telah pun bergelar hafiz dan hafizah. Saya amat mencemburui mereka.

Apapun saya doakan drama dan filem seperti 'Nur Kasih', 'Hani' dan drama yang berunsur Islam lain menjadi langkah awal untuk drama-drama, filem-filem dan lain-lain menjadi seperti drama atau filem sebaik 'Ketika Cinta Bertasbih' atau drama yang lebih hebat daripada 'Ketika Cinta Bertasbih'. Saya tidak akan pernah berhenti mengharap.

Semoga Allah memberkati usaha mereka kerana perlu kita ingat salah satu daripada ilmu fikah telah menjelaskan bahawa 'sekiranya tidak mampu untuk memenuhi keseluruhannya, jangan tinggal semuanya'. Begitu juga yang terjadi dalam drama Hani. Pihak penerbitan tidak mampu memenuhi semua yang sepatunya. Tetapi adalah tidak patut sekiranya mereka meninggalkan keseluruhannya.

5 comments:

wan-niza said...

Bukan mudah nak buat yang 100% Islamic, tambah-tambah lagi kalau tayangannya untuk TV3. Berpegangan, bersentuhan, dah jadi kebiasaan.

Dalam KCB dulu pun ada adegan pegang lengan berlapik (lengan, bukan tangan) mungkin untuk me'real'kan status suami isteri antara Furqan dengan Anna.

Kena biasakan yang baik dan baikkan yang biasa :)

Radieah Mohd Nor said...

Ya betul. Islam itu dalam keadaan asing sekarang. Jadi beruntunglah mereka yang asing.

"Islam itu datang dalam keadaan asing ia akan pergi dalam keadaan asing. Maka beruntunglah mereka yang asing" - Maksud hadith

'Aishah Jauhara said...

Salam.

Satu ulasan dan luahan yang menarik.

Teruskan menulis ukht.. :)

ummu uswah said...

sukar rasanya nak mencetak filem 100% islami.

Radieah Mohd Nor said...

Islam tu mudah. Tetapi kalau umat Islam sendiri tak yakin boleh manghasilkan filem 100% itulah sebab utama kenapa filem Islamic tak dapat diterbitkan. Kalau Upin dan Ipin boleh tembus pasaran antarabangsa dengan mengetengahkan budaya Malaysia dan kehidupan bulan Ramadhan kenapa tidak filem. Tentu boleh. Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...