Thursday, May 20, 2010

Because You Are My Friend

Monday, May 17, 2010

Kenapa sama?

Satu Malaysia


Satu Indonesia


Satu Israel (1980)

Kebetulan atau persamaan?

Tuesday, May 11, 2010

Hadiah Dari Ayah

Potret ayah dan emak sewaktu usia mereka 30an


Berbekalkan resepi kek segera, ayah memulakan projeknya

Minyak jagung satu cawan

Susu cair satu cawan

Kek yang ayah buat untuk emak telah selamat kami makan. Lupa nama dan nak ambil gambar kek yang telah siap. Apapun memeng sedap.


Selamat Hari Lahir (3 Mei 1957), Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru buat khas emak, Siti Salmina Abd Ghani. Semoga dirahmati Allah selalu.

Tuesday, May 4, 2010

Usaha Di Sini, Matlamatnya Di Sana


Kajian berkenaan ketamadunan yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, Khulafa ar-Rasyidin dan tamadun-tamadun selepasnya memerlukan seorang pengkaji seperti saya menyemak kitab-kitab ulama terdahulu yang banyaknya mungkin. Jika orang lain perlu semak kitab tersebut sahaja. Tetapi untuk saya perlu semak tiga kali ganda daripada mereka yang arif berbahasa Arab. Untuk saya, satu kitab asal, satu kitab terjemahan dan satu lagi kamus. Tiga kali ganda kerja saya berbanding orang lain. Hal ini antara sebab jumlah rujukan saya banyak.

Pernah seorang sahabat saya sewaktu melihat disertasi yang telah selesai dijilid berkata kepada saya "Banyaknya Radieah reference awak. Berapa banyak ni?" Sambil membelek-belek bahagian rujukan di halaman belakang disertasi tersebut.
"Tebal pula tu, agak-agak PhD nanti tebal manalah. Berapa helai ni?" tambahnya lagi apabila melihat ketebalan disertasi tersebut.
"Ami, bidang kita berbeza. Awak sains. Saya art. Art memerlukan banyak rujukan berbanding sains". Jelas saya.

Bidang yang berbeza juga membuatkan rujukan saya bertimbun berbanding pengkaji lain. Saya rasa pelajar ISDEV semua macam saya. Dahsyat daripada saya pun ramai. Jadi jangan pelik.

"Tengah buat apa tu?" tanya emak suatu malam sewaktu menelefon saya.
"Buat kertas kerja untuk perbentang kat seminar". Jelas saya.
"Tentang apa?" tanya emak lagi.
"Tentang macam mana Rasulullah uruskan muallaf miskin pada waktu tu".
"Banyak rujukan ke?" tanyanya lagi.
"Ada banyak mak. Taip je kat internet, berlambak keluar". Jawab saya lagi.
"Abis tu kena baca semua lah?"
"Mana larat Adiah nak baca semua mak. Ada cara dia. Bila dah biasa dengan internet kita pandailah nak tapis buku yang mana ok, mana tak ok".

Pengukuhan sesuatu teori yang telah ada pula sebagaimana yang dilakukan dalam disertasi saya yang lalu (mengukuhkan Prinsip-Prinsip Pengurusan Pembangunan Islam) adalah lebih mudah berbanding membentuk teori baru atau mencabar teori yang sedia ada sebagaimana yang saya lakukan sekarang (membentuk teori pengurusan kemiskinan).

Tetapi tidaklah terlalu sukar sekiranya kita meminatinya. Banyak atau kurang rujukan bukan masalah. Masalahnya adalah kita pandai menggunakan bahan tersebut menjadikannya bahan yang berguna untuk kajian kita.

"Radieah, apa khabar dengan data PBB awak?" tanya sahabat saya.
"Saya tengah tenggelam sekarang. Lemas pun ye juga". Jawab saya. Jawapan tersebut membuatkan dia ketawa.
"Perlu CPR tak?" guraunya.
"Boleh juga...".

Tetapi itulah hakikatnya. Biasanya bila terlalu banyak data kita akan tenggelam dalam data tersebut. Apapun cepat-cepatlah timbul semula.

Tambah pula, saya mengkaji tentang teori atau lebih tepat untuk mengukuhan sesuatu teori, ia memerlukan rujukan yang banyak berbanding kajian yang mengkaji tentang perlaksanaan sesuatu teori kerana perlaksanaan hanya perlu melihat kegagalan atau kejayaan teori tersebut sahaja. Berbeza dengan membentuknya.

Seumpama membina sebuah rumah. Plan sesuatu rumah sangat sukar untuk dihasilkan berbanding membina rumah itu sendiri. Plan tersebut adalah teori. Membina rumah pula adalah perlaksanaan terhadap teori tersebut. Sekiranya ukuran pada plan salah, maka sengetlah rumah tersebut.

Seumpama kata pujangga menyatakan 'Apabila kita gagal merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal'. Walau bagaimanapun, kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah itu lebih hebat daripada perancangan kita. Jadi janganlah terlalu letakkan kayu ukur yang tinggi dalam kajian yang ingin dilakukan. Sekadar untuk memahai dan lebih mendekatkan kita kepada Allah s.a.w serta menambah kasih sayang kita kepada baginda Rasulullah s.a.w, bagi saya telah lebih dari cukup.

Memerah keringat untuk sebuah kajian bukan tujuan untuk segulung ijazah tetapi segalanya untuk di sana*. Kita lakukan segalanya di sini** tetapi matlamatnya di sana. Kita terkejar-kejar dengan masa di sini kerana untuk menghabiskan segenap ruang masa yang ada di sana. Kita berpenat lelah di sini untuk kita berehat-rehat di sana. Jadi janganlah putus asa di sini. Takut-takut kita akan menyesal di sana. Nauzubillah...

Apapun, Insya Allah semoga sukses selalu...


*Syurga
**Dunia

Monday, May 3, 2010

Doakan Kami Di Sini

Dari kiri isteri En Azrin, En. Azrin (Pelajar Phd dan Dekan di Universiti Darul Naim, Terengganu), Prof. Muhammad Syukri Salleh (Penyelia Utama saya), isteri Prof Muhammad Syukri Salleh dan Dr. Fadzilah Azni Ahmad (Penyelia Bersama saya).

Assalamu'alaikum w.b.t.

Buat semua warga ISDEV yang kini telah selamat tiba di Tanah Suci Makkah, jangan lupa sampaikan salam kami* kepada Rasulullah s.a.w. Katakan bahawa kami rindu pada baginda s.a.w. Tidak dilupakan juga salam kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab yang markamnya bersebelahan dengan markam Rasulullah s.a.w. Insya Allah akan datang kami akan tiba jua. Doakan juga kami di sini dipermudahkan Allah s.a.w dalam segala urusan yang kami lakukan keranaNya.

Sekian, terima kasih

Wassalam


* Semua warga ISDEV

Saturday, May 1, 2010

Wajarkah ditembak?


Tragedi Memali (1985), Operasi Lalang (1987), Anwar Ibrahim (1998), al-Maunah (2000), Altantuya (2008), enjin jet (2009), Amirul Rashid (2010). Banyak lagi yang saya tidak ingat tidak disenaraikan di sini. Tetapi kes yang saya senaraikan melibatkan keselamatan dalam negara yang bagi saya semakin rapuh.

Saya hendak berkongsi laporan polis berkenaan tragedi yang menimpa Adik Amirul Rashid pada 26 April 2010.

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit. Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam. Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh. Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal. Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti. Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dari belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...


Saya tidak mahu jelaskan pendapat saya. Tetapi anda perlu tahu bila waktu yang dibenarkan pihak polis melepaskan das tembakan?, dibawah usia 21 tahun kesnya didakwa atas jenayah juvana, kewajaran pihak polis menendang dan memijak rakan mangsa, lesen kereta ketika usia seseorang mencecah 17 tahun baru boleh ambil, kenapa? dan yang lain fikirlah sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...