Tuesday, September 27, 2011

Bila Bergelar Sarjana

Presentation from Prof Norman Blaikie about Under Supervision: Roles And Responsibilites

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat datang dan selamat bergelar mahasiswa atau mahasiswi kepada pelajar-pelajar baru yang telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading di seluruh dunia terutama di Malaysia. Tahniah juga saya tujukan khas buat pelajar yang dahulunya telah memegang Ijazah Sarjana Muda sekarang sedang mengorak langgah ingin pula memegang Ijazah Sarjana.

Tetapi perlu kita ingat bergelar pelajar Sarjana atau calon Doktor Falsafah merupakan suatu keisitimewaan yang jarang-jarang dimiliki oleh kebanyakan orang. Sebagaimana pembentangan Prof. Norman Blaikie;

"Being a postgraduate student is a great privilege.
It can lead to exciting opportunities.
It also carries many responsibilities."

Best of luck for all of you!!!

Thursday, September 22, 2011

Islam Di Nusantara


Perkembangan Islam di Nusantara sebenarnya telah lama diperhatikan oleh musuh Islam kerana mereka percaya bahawa akan lahir satu genegasi atau kumpulan yang akan mengembalikan kegemilangan Islam di era kebangkitan Imam Mahdi di Nusantara. Kepercayaan yang kuat ini telah membuatkan musuh Islam telah menubuhkan pangkalan tenteranya di Singapura dan Filipina.

Walau apapun kepercayaan musuh Islam terhadap perkara yang telah mereka kaji dan temui setidak-tidaknya mereka telah membuat persiapan untuk menentang Islam sewaktu era kebangkitan Islam apabila munculnya Imam Mahdi kelak. Malangnya walaupun telah banyak hadits yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kebangkitan tersebut, kita selaku umat Islam seolah-olah tidak mempunyai persediaan kearahnya berbanding musuh Islam.

So what's your plan?

Monday, September 19, 2011

Mendidik Anak: Visi dan Misi


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan yang bermaksud : "Siapa yang mempelajari al-Quran ketika masih muda, maka al-Quran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

Satu ketika dahulu dalam era sebelum dan awal kemerdekaan negara, ibu bapa akan cuba mendidik anak mereka pandai membaca al-Quran. Bahkan apabila ada di antara anak mereka yang pandai membaca al-Quran mereka akan sentiasa disebut-sebut.

Namun era tersebut telah berlalu. Sesiapa yang pandai membaca al-Quran tidak lagi dipandang setinggi dahulu. Tetapi mereka yang pandai membaca al-Quran secara bertaranum pula menjadi tumpuan umum. Bahkan terdapat banyak pertandingan-pertandingan membaca al-Quran secara bertaranum tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Walau bagaimanapun, fenomena membaca la-Quran secara bertaranum di era 80an sehingga kini dibapati semakin tidak dihiraukan. Kini memiliki anak hufaz adalah satu kebanggaan kepada ibu bapa. Ia turut menjadi sebutan masyarakat Islam setempat apabila ada dalam kalangan masyarakat mereka ada yang menjadi hafiz atau hafizah.

Namun adakah setakat itu sahaja al-Quran tersebut harus dipandang? Andai setakat itu sahaja impian kita terhadap generasi akan datang, kita sebenarnya tidak berpandangan jauh dan tidak memiliki misi yang tinggi untuk memperjuangkan Islam. Sebaliknya visi atau misi ibu bapa Islam atau muslim hanya berada dalam lingkungan pandangan masyarakat atau lebih kepada pandangan untuk mencari glamor.

Memang benar 30 juzu' al-Quran di dalam dada itu penting. Tetapi jika sekadar memperoleh title 'al-hafiz' atau 'al-hafizah' dibelakang nama zuriat keturunan kita sebenarnya tidak mempunyai banyak bezanya dengan golongan orentalis yang turut menghafal al-Quran. Bahkan mereka memahami setiap isi al-Quran tersebut tetapi sayang kerena mereka menggunakannya untuk memusuhi Islam.

Memahami al-Quran dengan mentaddarbur kandungannya sebenarnya adalah lebih penting supaya al-Quran itu benar-benar hidup dalam masyarakat Islam. Oleh itu, tidak cukup untuk golongan ibu bapa muslim hanya mempunyai misi dan visi menjadikan anak mereka hufaz sahaja. Seharusnya mereka perlu berfikiran jauh sebagaimana ibu Sultam Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh memiliki visi yang cukup hebat iaitu ingin menjadikan anaknya sebagai pembuka kepada Kota Konstentinopal. Dikisahkan bahawa sejak Sultan Muhammad al-Fateh lahir sehingga masih di bawah jagaan ibunya, Sultan Muhammad al-Fateh telah dibawa ke tebing bukit menghadap tebing Kota Konstentinopal setiap pagi. Sambil menghadap tebing tersebut ibu Sultan Muhammad al-Fateh berkata kepada anak kesayangannya lebih kurang begini "Wahai anakku, di sana terdapat Kota Konstentinopal dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera". Ketahuilah anakku, engkaulah orangnya". Setiap hari ibunya tanpa bosan melakukan sedemikian rupa sehingga Sultan Muhammad al-Fateh boleh berjalan.


Terima kasih kepada Puan Lina Karim, ibu kepada Darwish dan Darwisya kerana membenarkan video ini di'uplord' ke dalam blog ini. Sama-samalah kita berkongsi visi Puan Lina terhadap anak-anaknya.

Bagaimana pula dengan ibu bapa muslim hari ini? Hadith yang mana menjadi matlamat kita? Bagi saya ada satu lagi hadith iaitu berkenaan kemunculan Imam Mahdi. Hadithnya bermaksud sebagaimana berikut; "Kaum kerabatku atan menerima bencana dan penyingkiran selepas aku tiada kelak sehingga datang satu kaum daripada TIMUR". (Hadith riwayat Ibn Majah).

Kalaupun anak kita bukan Imam Mahdi, biarlah mereka menjadi Asbabu Rayati Sud (Pasukan Panji Hitam) pendokong, penolong kanan, tentera atau apa sahaja yang membawa maksud generasi kita yang lahir atau bakal lahir nanti adalah pendokong Islam secemerlang tentera Sultan Muhammad al-Fateh.


Darwisyah, 3 tahun membacakan hafazannya dengan disemak oleh Ust. Kazim Elias

Jangan Ada Salah

Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap
belum tumbuh gigih sudah pandai baca kitab


"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Hadith yang biasa kita dengar tetapi malangnya jarang sekali kita hayati. Saya katakan kita jarang hayati kerana biasanya kita ambil mudah dengan pendidikan awal kanak-kanak. Terutama sekali apabila kanak-kanak tersebut masih diusia bayi iaitu diusia 0 bulan sehingga setahun. Bagi kita, kanak-kanak atau bayi sekecil itu tidak memahami apa-apa.

Pelik. Apabila mereka masih di alam rahim, si ibu di sarankan sentiasa membaca surah-surah tertentu untuk anak yang sedang dikandungkannya. Tetapi apabila telah melihat dunia pendidikan sebegitu tidak lagi diteruskan atau mungkin kita hentikan buat seketika kerana bagi kita selaku ibu bapa, bayi tersebut tidak mengerti apa-apa. Sekiranya begitulah fahaman kita, mengapa harus bersusah payah untuk membaca surah-surah tertentu sewaktu bayi tersebut di alam rahim lagi? Mengapa perlu dijaga pemakanan si ibu sewaktu sedang mengandungkan si bayi kerana bimbang akan tumbesaran fizikal terutama otaknya yang sedang berkembang terbantut? Tindakan sebegini seolah-olah meletakkan pendidikan di alam rahim itu lebih utama berbanding selepas kelahirannya di dunia.

Kebanyakan daripada kita tidak ada plan tindakan untuk mendidik anak. Mahukan anak sekadar untuk bermain dan bergelak tawa dengannya dengan menidakkan tarbiyyah yang seharusnnya diutamakan oleh kita selaku orang dewasa khususnya ibu bapa mereka.

"Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system".- Ust Zaharuddin. (Klik untuk artikel penuh)

Oleh itu, jangan ada salah dalam mendidik anak. Perlu ada plan tindakan. So what your plan?

Thursday, September 8, 2011

Dunia Yang Telah Tua


Kehidupan ringkas tetapi signifikan - Prof Madya Muhd Kamil Ibrahim

Betul memang hidup ini mudah. Tetapi kita selalu menyusahkan diri kita bila peraturan Allah s.w.t kita ketepikan. Bila kita terlalu meraikan dunia yang sudah pun tua, berbongkok tiga. Nasihat kawan saya Akhi Mohd Shahrizan Shahrin "Jangan terpedaya dengan dunia, dunia dah tua, orang tua biasa nyanyuk, orang nyanyuk tak payah layan sangat..banyak bohong ja tu".

Betul, memang dunia telah tua tetapi kenapa kita selalu melayan kerenahnya? Mungkin kerana nafsu kita berjaya mencorak dunia. Nafsu..oh nafsu.

Islam telah menetapkan gaya hidup kita. Gaya hidup yang mudah tetapi signifikan.

Ada baju yang cantik tetapi mudah tidak keterlaluan fesyennya. Harganyapun murah. Untuk apa baju yang mahal sedangkan baju yang murah juga boleh dipakai untuk menutup aurat yang terbuka. Andai beli yang murah, selebihnya boleh disedekahkan kepada yang memerlukan. Tetapi antara peraturan Allah s.w.t dengan peraturan nafsu, peraturan nafsu lebih kita utamakan. Nafsu..oh nafsu.

Kaki yang hanya ada sepasang tetapi peliknya kasutnya mengalahkan keperluan. Mungkin lima pasang, mungkin juga sepuluh pasang. Harganya mencapai ratusan ringgit. Tetapi peliknya beli mahal-mahal letaknya di kaki bukan dikepala. Letak di kepalalah baru sesuai dengan harganya yang ratusan ringgit. Beli pula berpasang-pasang tetapi peliknya yang dipakai di kaki hanyalah sepasang. Pelik..pelik.

Makanan yang kita makan, kita telan... peliknya apabila sebelum masuk ke dalam perut semuanya nampak enak. Bermacam rasa ada. Manis, masam, pahit, masin dan macam-macam lagi. Tetapi bila kita termuntah atau telah bertukar menjadi najis kenapa baunya telah bertukar? Kenapa pula rasa enak tadi turut bertukar menjadi mual?Pelik... pelik.

Tetapi itulah makanan atau minuman yang kita inginkan. Nafsu turut mencorak keinginan untuk kita makan? Nafsu... oh nafsu yang akhirnya disebabkan terlalu menurut keinginan nafsu penyakit menghingap di badan kita. Akhirnya kita payah untuk bangun melaksanakan ibadah. Ibadah kepada Allah akhirnya tidak lagi sesempurna dahulu.

Mungkin juga kerana duit kita banyak, gaji kita tinggi, kita mampu beli apa sahaja, "kerja dah penat-penat. Ada duit. Biarlah.." dan pelbagai lagi alasan lain. Ya, memang betul. Tetapi hati-hati kerana wang, duit atau gaji tersebut bukan 100% milik kita sebaliknya kita sekadar pemegang amanah.

Jangan layan dunia kerana ia hanyalah mainan semata-mata. Firman Allah s.w.t

Surah Al Hadiid ayat 20 -21*

Maksudnya;
"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (Surah Al Hadiid, ayat 20).

Maksudnya;
"Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar". (Surah Al Hadiid, ayat 21)

Dunia..
Walaupun engkau telah tua.
Walaupun engkau telah nyanyuk.
Engkau tetap berjaya memperdayai manusia.
Dunia... oh dunia.


*Huraian lanjut mengenai firman Allah s.w.t berdasarkan beberapa tafsir al-Quran sila klik ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...