Friday, March 4, 2011

Aiman Atif


Hari ini genap sebulan usia Aiman Atif, anak yang dahulunya sembilan bulan saya kandung. Alhamdulillah. Sewaktu dalam kandungan, perkara yang sangat saya bimbang adalah pergerakannya yang kadang kala tidak seagrasif hari sebelumnya. Saya cukup bimbang kerana jika pergerakannya tidak mencukupi 10 gerakan dalam tempoh 12 jam, doktor yang memantau kehamilan saya meminta saya segera ke hospital kerana dibimbangi bayi yang saya kandung bermungkinan lemas.

Tetapi selepas melahirkannya, perkara tersebut bukan lagi igauan saya. Sebaliknya yang saya bimbang dengan dunia yang bakal dihadapi olehnya. Mampukah Atif mengharungi dunia yang penuh yang penuh dengan khayalan yang mempersonakan. Saya turut bimbang dengan didikan yang sedang saya curahkan sama ada sewaktu di alam rahim hinggalah saat Atif dilahirkan ke dunia dan menghirup udara Allah di saat ini, adakah didikan tersebut cukup atau sebaliknya?

Apapun semoga Allah merahmati perjalanan hidup Aiman Atif menuju redha-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...