Monday, September 27, 2010

Antara Hayya Alal Solah Dengan Hayya Alal Falah

“Mana dulu, hayya alal solah (mari menunaikan sembahyang) dulu ke atau hayya alal falah (mari menuju kejayaan) dulu?”

Suatu ketika dahulu di waktu sekolah menengah rakan-rakan sering mengingatkan perkara ini apabila kami sering terlupa. Lupa kerana sibuk dengan study. Tetapi kini tiada lagi yang mengingatkan perkara yang sama.

Antara hayya alal solah dan hayya alal falah, ramai sungguh dalam kalangan kita yang mementingkan hayya alal falah berbanding hayya alal solah. Kita lupa yang azan sebanyak lima kali setiap hari kita dengar mengajak kita melakukan sembahyang terlebih dahulu berbanding mengejar cita-cita.
Kita terlampau sibuk dengan urusan dunia kita berbanding dengan urusan akhirat kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...