Saturday, June 27, 2009

Antara Yang Terhangat Dan Yang Terasing

“….berikut merupakan kata-kata terakhir Allahyarham ….” Ulas pembaca Berita Utama TV3 pada 26 Jun 2009 (Jumaat).

“Allahyarham ke?... Tapi semuanya hak Allah..” Hatiku tertanya-tanya sendirian. Entahlah…biarlah. Islam atau tidak, itu semua hak Allah yang menentukan siapa Michael Jackson sebenarnya.

Pemergian Michael Jackson dihebohkan seluruh dunia. Berita Utama TV3 turut menyiarkan berita tersebut. Malah sejarah hidup, keluarga, perkahwinan, anak dan kejayannya turut diulas oleh pemberita pada ketika itu.

Sebelum kematian Michael Jackson, pada hari Subuh Sabtu, tanggal 13 Jun 2009, ulama yang cukup terkenal dengan kitab-kitab tarbiyyah, antara kitabnya ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’ dan ‘Bahtera Penyelamat’ telah pergi ke rahmatullah. Ulama besar tersebut ialah Syekh Dr. Fathi Yakan.

"Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing). Ia akan pergi dalam keadaan dagang (asing). Maka beruntunglah mereka yang dagang (asing)" sabda Rasulullah S.A.W
Kehilangan Raja Pop dunia, Michael Jackson mendapat liputan yang cukup meluas berbanding pemergian Syekh Dr. Fathi Yakan. Sehingga kita lupa suatu perkara yang telah dipesan oleh nabi kita,

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya” [Hadith riwayat At-Tarmizi]

Dalam keadaan ulama yang kita rasakan masih ramai sekalipun telah banyak pemimpin yang berfatwa … pemimpin yang telah menyesatkan umat Islam. Sedangkan peranan utama pemimpin adalah menjaga agama rakyatnya tetapi kini sebaliknya yang berlaku.. Apatah lagi sekiranya ulama telah tiada…

"Ulama adalah pewaris para nabi" tetapi jika golongan artis yang lehih dipandang mulia... jualan majalah atau akhbar amat laris kerananya.. malanglah kita. Kadang-kadang saya terfikir.. di mana situasi kita sebenarnya? Sedang mengalami kehancuran atau dalam era kebangkitan? Wallahua'lam..
..yang pasti walaupun kita sering dihebohkan bahawa kita sedang mengalami dunia tanpa sempadan tetapi harus kita ingat bahawa dalam masa yang sama kita sedang berada di era dunia akhir zaman..

Thursday, June 25, 2009

Nilai Kasih Ibu

Entah kenapa tajuk entry kali ini saya tulis begitu. Tetapi yang pasti nasyid yang sedang berkumandang ini (25 Jun 2009) saya tujukan buat ibu saya. Walaupun saya tahu ibu tidak akan mendengarnya.. lagi pun hanya sekadar lagu..tidak memberi makna. Walaupun hari ibu telah lama berlalu.. bagi saya, setiap hari adalah Hari Ibu.

Saya masih ingat ibu saya pernah bercerita bahawa saya dilahirkan pada hari pagi Ahad kira-kira jam 3.45 pagi. Tetapi rasa sakit yang ibu saya tanggug bermula di awal pagi Sabtu. Sehari suntuk ibu saya sakit. Kesian ibu…

Jari jemari saya terhenti seketika. Entah apa yang saya harus seritakan tentang ibu. Jadi saya putuskan untuk berkongsi dengan anda semua tentang satu sajak pendek yang ditulis oleh sahabat saya, Muhammad Amin Mohd Saifulizam, juga merupakan rakan sekuliah saya pada saat ini..

Ibu…
Derhakalah aku jika dalam diriku,
tak kau temui inginmu..

Ibu…
Derhakalah aku jika dalam hidupmu,
tak kau temui legamu..

Ibu…

Derhakalah aku jika dalam mahumu,
tiada mahuku..
Tapi derhakakah aku ibu..
jika pada diriku ada risaumu..

Tetap yang pasti ibu… Maafkanlah anakmu…

Sunday, June 21, 2009

Nota Hati Seorang Lelaki

“Ah..mana satu buku yang harus saya beli?” detik hati saya.
“Rindu Bau Pohon Tin atau Bercinta Sampai Ke Syurga…” dua buku tersebut menjadi pilihan saya memandangkan kedua-dua buku tersebut sukar untuk ditemui.. kehabisan stok.. dan banyak lagi alasan lain.

Tetapi semasa ingin membuat pembayaran mata saya tertumpu kepada sebuah buku yang kulitnya berwarna hijau. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli buku tersebut. Saya beli…tapi hubby saya yang bayar… hadiah untuk saya katanya…

Apapun buku ini antara buku yang terbaik untuk anda baca…

Sinopsinsya, ia menceritakan perana seorang lelaki sewaktu bergelar anak, sewaktu bergelar suami, sewaktu bergelar ayah dan sewaktu bergelar da’i. Bagi individu yang sering membaca majalah Anis sedikit sebanyak terdapat artikel di dalamnya yang turut dimuatkan di dalamn buku tersebut oleh penulis. Namun bagi saya, tidak rugi seandainya anda membeli dan membacanya.

Sekiranya anda pengikut setia penulisan Ust Hasrizal Abdul Jalil… Nota Hati Seorang Lelaki ini juga, gaya penulisan dan olehannya hampir sama dengan gaya penulisan Ust Hasrizal. Bacalah kerana anda tidak akan rugi membacanya.


Baca selanjutnya mengenai buku tersebut melalui ;

Bicara Hati

Wahai SUAMI renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, tidaklah setabah Fatimah. Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya. Isteri adalah murid, kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya. Ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya. Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa, kamu bukanlah Rasulullah s.a.w , pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallah hu wajhah. Kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH..amin…

Wahai ISTERI pula renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W. Tidaklah setaqwa Ibrahim, tidak segagah Musa, apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya. Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya, ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH s.w.t. Kerana memilik suami yang tidak segagah mana..

Justeru kamu akan tersentak dari alpa kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH..amin…

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi. Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI.

Ingatlah:

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah S.A.W. Tidak perlu isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, Seandai kasih tak setulus Zulaikha ...

p/s : Entry kali ini saya copy paste sahaja. Saya masih belajar untuk memahami. Jadi saya bukan orang layak untuk berbicara mengenainya. Semoga dipermudahkan Allah atas segala urusan...

Saturday, June 20, 2009

"Dr, macam mana saya nak nasihat ayah saya..."

“Kak, kita selalu nasihat orang lain…tarbiyyah orang lain. Tapi Alhamdulillah tak ada masalah. Malah sering kali kita dijadikan rujukan oleh orang lain. Tapi kak, macam mana kita nak nasihat keluarga kita sendiri?...”.

Satu ketika dahulu soalan ini saya pernah ajukan kepada seorang kakak yang cukup saya hormati pandangan dan nasihatnya.

Bahkan soal yang sama juga turut diajukan kepada saya berulang kali. Kali ini soalan yang sama ditanyakan oleh chosemate saya kepada Dr Tajul Arifin Masron yang mengajar kami dalam kursus Pengurusan Dana dan Aset Islam.

“Dr, tadi Dr ada cakap yang ASB tu tak berapa nak halal walaupun ada yang kata halal. Bagaimana saya nak nasihat ayah saya yang melabur di dalam ASB dalam akaun saya sejak daripada saya kecil supaya tidak lagi melabur”. Lebih kurang begitulah soal yang ditanyanya kepada Dr Tajul.

“Saya akui apa yang awak katakan. Saya pun bukan lahir daripada keluarga yang baik-baik. Kadang-kadang saya terfikir juga lepas ke tidak mak ni nanti*. Tapi yang paling penting adalah tugas kita. Buatlah yang terbaik, jangan lupa solat malam. Saya dulu waktu belajar kat Jepun, tu jelah yang saya buat. Mana faham apa pun. Tapi alhamdulullah. Hidayah itu hak Allah. Tugas kita usaha je.. Saya ada satu amalan yang saya tak akan tinggal. Kalau saya tak buat, saya rasa seharian hidup jadi berterabur. Saya wajibkan diri saya baca Yassin setiap hari”.
Begitulah nasihat Dr Tajul buat kami semua.

Kita sekarang berada di sempadan antara adat dan syariat. Generasi terdahulu mementingkan adat tanpa menyedari mereka melanggar syariat. Tetapi bagi generasi kini yang mula memahami pertentangan adat dan syariat harus bijak dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil.

Perlahan-lahanlah memahamkan mereka. Insya Allah, suatu hari nanti mereka akan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...