Wednesday, March 31, 2010

Pejuangan Membaiki Nasib Pelarian Rohingya

Sumber : Harian Metro, Selasa, 30 Mac 2010, halaman V9

Masih ingat lagi, satu ketika dahulu saya pernah menulis satu entry berkenaan pelarian Rohingya? Sebenarnya kisah tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja. Ada tindakan susulan yang dilakukan. Tetapi bukan dari pihak saya. Alhamdulillah usaha sahabat saya, Wardah Abdul Rahman dan rakan-rakannya telah berjaya memperoleh sumbangan dana daripada pihak PBB. Tahniah Wardah. Semoga usaha murnimu membuka ruang luas untukmu semakin dekat dengan rahmat dan syurgaNya.

Bagi saya, sebenarnya dunia ini terlalu luas Allah s.w.t buka untuk hambaNya melakukan kebajikan agar hambaNya semakin dekat denganNya. Malangnya kita selalu beralasan.

Wednesday, March 24, 2010

Iluminati: Agenda Pemikiran Bawah Sedar

Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak benar-benar mengetahui dengan mendalam berkenaan iluminati/freemason. Tetapi saya dengan sedikit kefahaman tentangnya, moga-moga ia menjadi panduan atau gambaran awal untuk anda semua mengkajinya dengan lebih mendalam mengenainya. Saya ‘upload’kan satu video yang di’download’ daripada YouTube berkenaan dengan tragedi yang menimpa Michel Jackson. Ada maklumat penting yang boleh anda ambil melalui video tersebut.

video

Insya Allah. Seperti yang telah saya janjikan berkenaan entry yang lepas. Soalan yang diberikan kita akan cuba hurai satu persatu.

1. Talian kecemasan 911
Tiga nombor tersebut dipilih memandangkan nombor tersebut boleh dikaitkan dengan peristiwa runtuhan WTC pada 9 September (9.11). Pemikiran bawah sedar manusia akan sentiasa akan mengingati nombor tersebut dan sekali gus sebenarnya ia akan mencipta kebencian kepada ‘pengganas’ kerana melakukan ‘keganasan’ yang sedemikian rupa. Hal ini antara sebab mereka terlalu berbanga apabila kanak-kanak seusia dua tahun mampu mengingati nombor tersebut apabila berlaku kecemasan. Pemikiran bawah sedar manusia akan sentiasa mengingati peristiwa 9 September yang nombornya adalah sama dengan talian kecemasan tersebut. Hal ini sekali gus kebencian secara tidak sedar akan berterusan selagi talian 911 diguna pakai. Sebenarnya setiap nombor yang dipilih ada maksud tertentu. Antaranya 9 dan 11 adalah melambangkan ketidak sempurnaan pengiraan. Kesempurnaan pengiraan akan berlaku jika 9 nombor berkutnya adalah 10. Kesempurnaan melambangkan hak Tuhan. Jadi 'mereka' memilih 11 untuk melambangkan penentangan kepada penganut agama yang percaya akan kewujudan Tuhan.

2. 9 September 2001
Berlakunya runtuhan WTC merupakan sebab yang dicipta oleh ‘Amerika Syarikat’ yang sebenarnya telah dirancangan oleh golongan iluminati untuk melakukan penjajahan atau peperangan secara fizikal terhadap negara yang memiliki sumber minyak yang banyak terutama di sekeliling Israel. Peristiwa tersebut juga boleh dikatakan sebagai bermulanya penjajahan secara fizikal terhadap negara Islam.

Simbol iluminati juga terdapat pada setiap kepingan note US Dollar terutama $1. Gambar di atas hanyalah sebahagian simbol yang ditonjolkan ada beberapa simbol lagi yang tidak ditonjolkan misalnya gambar burung hantu dan WTC yang sedang runtuh. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

3. Osama Bin Laden
Merupakan imej yang dicipta. Hal ini kerana adalah mustahil mereka tidak dapat menangkapnya dengan kecanggihan ternologi yang ada. Untuk pengetahuan semua, semua satelit yang ada kini kalau tidak salah saya berjumlah 6000 satelit, tidak ada satu pun milik orang Islam. Terdapat banyak satelit di luar sana diprogramkann untuk mengintip pergerakan pemimpin Hamas sekali gus membunuh mereka. Maaf, saya tidak ingat nama pemimpin Hamas yang empat kali hampir dibunuh menggunakan satelit. Berdasarkan situasi tersebut adalah mustahil Osama Bin Laden tidak dijumpai sehingga kini sedangkan dia setiasa mengeluarkan kenyataan melalui video-video yang dirakam. Lihat sahaja Saddam Husien. Bersembunyi di dalam tanah pun berjaya dicari oleh mereka.

4. Michel Jackson dan Puteri Diana
Kebanyakan orang kenamaan dan ternama telah mengikat janji dengan 'mereka' untuk memperjuangkan agenda yang disusun oleh 'mereka 'termasuklah Micheal Jackson, Puteri Diana dan John F. Kennedy (Presiden Amerika Syarikat) adalah antara yang mengikat janji dengan 'mereka'. Namun disebabkan mereka mengkhianati janji tersebut, mereka dibunuh dengan begitu tagis.


5. Simbol-simbol iluminati
Simbol-simbol ini sentiasa ditonjolkan dalam filem-filem, logo-logo, video klip-video klip dan banyak lagi medium lain supaya manusia immune dengannya. Ia juga sebenarnya adalah untuk memimpin pemikiran bawah sedar manusia supaya manusia berkeinginan dengan perkara yang telah mereka programkan ke atas kita. Tanpa kita sedari mereka sebenarnya sedang memprogram kita untuk memuja Satan (Syaitan). Serba sedikit tentang perkara yang saya maksudkan tadi akan diterangkan serba ringkas dalam bahagian filem Avatar.

Bentuk mata yang unik dalam Avatar dan warna biru merupakan antara simbol iluminati

6. Avatar
Maklumat berkenaan filem Avatar yang memiliki agenda tersembunyi ini boleh di dapati dalam Majalah Al-Islam keluaran bulan April 2010. Penulisnya merungkai sedikit sebanyak berkenaan agenda tersembunyi James Cameron merupakan pengarah filem besar tersebut termasuk filem Titanic dan Terminator 2. James Cameron merupakan jutawan yang kaya. Dikhabarkan bahawa beliau telah membuat penyelidikan selama 10 tahun untuk menghasilkan filem Avatar. Sudah tentu bagi pengarah filem yang kaya sepertinya, wang bukanlah misi utamanya tetapi ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada penonton filem tersebut juga filem-filem sebelumnya.

Al-Islam keluaran April 2010

Avatar merupakan filem animasi yang mengambarkan dunia imaginasi yang di luar bayangan kita. Dunia yang penuh dengan tumbuhan aneh dan digambarkan dengan gambaran yang sangat cantik. Kepada peminat filem animasi Barbie tentu anda memahami perkara yang ingin saya maksudkan. Ia sekali gus mengambarkan dunia yang kita diami yang dicipta oleh Allah s.w.t kini tidak seindah mana.

Filem tersebut mengambarkan manusia pada tahun 2154 tidak lagi memiliki agama. Sebaliknya manusia pada ketika itu akan menyembah roh nenek moyang yang dikatakan lebih berkuasa. Filem ini turut mengambarkan seorang yang berada di dunia manusia tidak mahu kembali ke dunianya kembali kerana tertarik dengan dunia Avatar tersebut. Ia seolah-olah mempunyai kesinambungan dengan filem 2012 yang mengambarkan semua penganut agama (Islam, Kristian, Hindu, Yahudi dan sebagainya) pada ketika itu tidak membawa makna kerana tidak dapat lari daripada bencana yang digambarkan oleh mereka.

Bagi sesiapa yang telah menontonya saya kira lebih memahami perkara yang ingin saya sampaikan. Maaf, saya masih belum berkesempatan menonton filem tersebut. Jadi agak sukar untuk saya menjelaskannya dengan baik. Bagi sesiapa yang telah atau ingin menontonya, cuba imbas kembali setiap perkara yang diucapkan oleh actor, gambar dan gerak-geri mereka kerana di situ terdapat perkara yang cuba disampaikan oleh mereka. Biasanya kita tidak menyedarinya tetapi pemikiran bawah sedar kita akan menyedari hal tersebut.

Iluminati di Malaysia. Sebenarnya dalam Mastika beberapa tahun dahulu telah mengkaji tentangnya. Bahkan ada bangunan khas di Ipoh didirikan pada zaman penjajah lagi untuk tujuan mereka berkumpul dan sebagainya.


7. Iluminati di Malaysia

Jangan sangka agenda Yahudi untuk menubuhkan Yahudi Antarabangsa tidak ada di Malaysia. Anda boleh terus merujuk kepada link ini. Bagi saya, kita perlu berhati-hati memilih pemimpin kerana mereka akan mencorak bukan sahaja kehidupan kita tetapi akan menentukan bagaimana akidah kita. Hati-hatilah...
Baca dahulu link yang saya maksudkan. Baru tafsir.

Terdapat banyak lagi perkara yang harus kita faham tentang iluminati (illumination). Banyak lagi simbol yang tidak mampu saya ulas satu persatu di sini. Namun telah banyak mengenainya telah dibincangkan dalam banyak laman web dan blog. Bukan sahaja umat Islam mula menyedari akan gerakan ini, tetapi juga agama lain seperti Kristian.

Bangunlah wahai ummat Islam sekalian.... Aqidah kita sedang diancam kini. Bangunlah... bersatulah.. perangilah...

Tuesday, March 16, 2010

Iluminati: Kebetulan Yang Dirancang

Buat sementara waktu saya hanya 'upload'kan video ini untuk anda perhatikan perkara yang telah sekian lama Kaum Yahudi rancang untuk menakluk dunia. Sebenarnya banyak lagi video lain. Boleh tonton melalui Youtube. Video-video tersebut merupakan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Farhan Khan berkenaan Iluminati. Salah satu daripada puluhan video tersebut saya 'upload'kan untuk anda.

video

Ada beberapa persoalan yang saya ingin tinggalkan kepada anda untuk difikirkan bersama.

1. Adakah anda sedar dalam 'yahoo web home'nya (paparan hadapan web) seringkali akan ada news atau video berkaitan talian kecemasan 911 yang menyatakan kebanggaan mereka bila kanak-kanak berada dalam situasi kecemasan, kanak-kanak tersebut tahu untuk men'dail' nombor 911? Ada apa di sebalik nombor tersebut?

2. Apakah kaitan talian kecemasan 911 dengan kejadian September 11 (9.11)?

3. Mengapa kejadian September 11 sering diulang tayang sedangkan ia telah lama berlalu?

4. Bagaimana pula dengan nama-nama popular seperti Michael Jackson dan Puteri Diana, siapa juga di sebalik mereka?

5. Mengapa Michael Jackson dan Puteri Diana mati @ meninggal selepas mereka mengesahkan menganut agama Islam? Kebetulan @ persamaan? Atau lebih tepat berlaku pengkhianatan? Siapa yang menghianati siapa? Michale Jackson dan Puteri Diana atau 'mereka' di sebalik tabir kehidupan mereka berdua?

6. Siapakah pula Osama Bin Laden? Mengapa sampai sekarang tidak berjaya ditangkap? Adakah individu ini benar-benar wujud atau imej yang dicipta?

7. Mengapa mereka tonjolkan simbol-simbol tersebut di dalam filem-filem besar seperti di atas? Apa tujuan mereka?

8. Pernah dapat e-mail berkenaan Anugerah Juara Lagu 24? Simbolnya sama dengan simbol iluminatikan? Bagi yang tidak pernah menerima e-mail tersebut klik ini perkataan AJL 24 di atas.

Di sebalik setiap soalan yang saya kemukakan, sebenarnya telah ada jawapan yang tersirat dalam soalan tersebut. Fikir betul-betul... mudah sahaja jawapannya.

Saya tinggalkan soalan yang mudah ini untuk anda fikirkan bersama. Insya Allah entry akan datang saya akan ulas serba ringkas. Bagi yang tidak sabar untuk menunggu entry seterusnya, anda boleh tonton video Farhan Khan yang ada di Youtube.

Setelah anda menonton video di atas penghujungnya sebenarnya ialah filem '2012'. Sebelum ini saya percaya bahawa filem 2012 adalah menceritakan tentang berlakunya kiamat. Hal ini telah tertulis di dalam kalender Tamadun Maya di mana kalendarnya berakhir pada tahun tersebut. Untuk pengetahuan semua, Kaum Maya memiliki kalendernya sendiri tetapi kalender tersebut berakhir pada tahun 2012. Jadi ramai para ilmuan berkaitannya mentafsirkan bahawa 2012 adalah penghujung usia dunia. Tamadun Maya sebenarnya ialah suatu tamadun yang sangat hebat ilmu astronominya. Sehingga mereka telah berjaya mencerap planet Pluto puluhan ribu tahun berbanding kita. Banyak lagi perkara lain yang menakjubkan tentang Tamadun Maya. Saya dah terlupa*. Oleh itu, maklumat lanjut layarilah laman web berkaitan...

Filem 2012 sebenarnya adalah mengambarkan tentang Perang Dunia Ketiga. Golongan Yahudi akan bersedia untuk berperang dengan dunia pada tahun 2012 setelah mereka berjaya merampas segala hasil minyak dunia dari negara-negara yang berada di sekeliling Israel. Hal ini kerana hanya dengan minyak mereka boleh mengumpul wang untuk membina saitelit dan segala kelengkapan perang seperti senjata, kapal terbang dan sebagainya. Golongan Yahudi ingin membina empayar Yahudi Antarabangsa.

Hakikatnya sekarang ini mereka telah berjaya mengumpul kekuatan maklumat dengan saitelit yang mereka ada dan juga kekuatan persenjataan. Tunggu tahun 2012 sahaja sekarang. Tidak lama pun lagi....

Saya sampaikan sedikit maklumat supaya kita semua tidak tidur dan terus terlena?
So, what do you want to do after this? Sudah bersedia untuk perang?

Jangan rasakan ia adalah kebetulan.. Percayalah jika kita rasakan ia kebetulan sekalipun, kebetulan tersebut adalah dirancang.


* Allah s.w.t telah beritahu kita semua dalam al-Quran bahawa golongan yang terdahulu memiliki kemewahan yang tidak terjangkau dek akal fikiran kita. Kemewahan tu temasuklah dalam bidang teknologi. Tengoklah piramid Firaun sendiri, sampai sekarang orang masih belum tahu bagaimana ia dibina. Tapi kalau ikut Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, ia dicipta dengan teknologi. Harus kita ingat teknologi ada kaitannya dengan kemewahan dan kebendaan. Tapi kaum terdahulu telah dibinasakan oleh Allah s.w.t kerana kekufuran mereka kepada Allah s.w.t. So macam tulah juga dengan Tamadun Maya.

Cerita waktu kecik-kecik : Waktu kecik-kecik dulu selalu ikut program dan seminar astronomi. Minat sangat dengan astronomi. Persatuan Sains & Matematik selalu juga jemput BAKSA (Bahagian Sains Angkasa, Planaterium) minta mereka buat seminar kat sekolah menengah dulu. Sebab tu ada sikit ilmu tentang ketamadunan. Ia ada kaitannya dengan astronomi.

Sunday, March 14, 2010

Kegunaan Rasmi VS Kegunaan Peribadi


Entry kali ini sekadar perkongsian saya mengenai e-mail yang saya peroleh daripada Dr. Fadzila Azni Ahmad. Dr. Fadzila Azni Ahmad telah memanjangkan e-mail Prof Muhammad Syukri Salleh kepada semua warga ISDEV. Untuk makluman semua Prof dan keluarganya berada di Jeddah sekarang kerana cuti sabbatical.

Saya telah minta kebenaran dari Dr. Fadzila untuk dikongsikan e-mail ini dalam blog saya. Begitu juga dengan e-mail maklum balas daripada Dr. Ismail selaku Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Moga-moga ia boleh dijadikan pengiktibaran untuk kita semua.



E-mail Dr. Fadzila Azni Ahmad


Assalamu'alaikum wrh wb.
Sdr/Sdri,

Saya perpanjangkan e-mel berikut ini dengan hasrat moga-moga sdr/sdri dapat pelajari sesuatu daripadanya. Seharusnya ketelitian sebeginilah yang patut kita amalkan dan cuba kita capai dalam setiap perkara. Di sepanjang pengalaman saya belajar dan bekerja dengan Prof juga hal ini yang sering saya perhatikan dan saya pelajari. Tidak pernah sekali-kali beliau mengambil ringan dan mempergunakan harta kerajaan untuk kegunaan peribadi. Malah sehingga ke tahap sebutir kelip kertas pun Prof akan pastikan ianya benar-benar halal untuk beliau gunakan. Moga-moga ada sesuatu yang dapat kita pelajari dan manfaati daripada sikap Prof ini.

Untuk makluman sdr/sdri juga, ingin saya maklumkan Muhammad Qutham Akif, anak kedua Prof yang belajar di KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) telah mendapat keputusan 10A dan 1B untuk peperiksaan SPM beliau yang diketahui baru-baru ini. Untuk menaikkan semangat dan daya juang kita, di sini saya sertakan keputusan terperinci beliau. Moga-moga ia menjadi pendorong kepada kita untuk berusaha mencapai yang terbaik demi menaikkan imej Islam.

1

Bahasa Melayu
A+
Cemerlang Tertinggi

2

Bahasa Inggeris
A
Cemerlang Tinggi

3

Sejarah
A
Cemerlang Tinggi

4

Matematik
A+
Cemerlang Tertinggi

5

Bahasa Arab Tinggi
A+
Cemerlang Tertinggi

6

Matematik Tambahan
A+
Cemerlang Tertinggi

7

Fizik
A-
Cemerlang

8

Kimia
B+
Kepujian Tertinggi

9

Biologi
A+
Cemerlang Tertinggi

10

Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
A+
Cemerlang Tertinggi

11

Pendidikan Syari'ah Islamiyyah
A+
Cemerlang Tertinggi


Wassalam.
-Suekainah-


E-mail Prof Muhammad Syukri Salleh

Assalamualaikum w.b.,

Dr Ismail,
Salam dari Jeddah, muga-muga Dr Ismail dan semua warga PPSK dilindungi dan dirahmati Allah swt.

Saya menulis untuk meminta izin Dr Ismail mengguna netbook Dell saya yang dibahagi PPSK untuk sedikit kegunaan peribadi saya. Anak saya yang baru mendapat result SPM baru-baru ini perlu mengisi borang permohonan secara online dari Jeddah ini dan kebetulan laptopnya ada problem mengakses internet. Beliau masih berusaha memperbaikinya, sedangkan tarikh tutup permohonan tersebut agak singkat. Sekiranya tidak berjaya juga beliau memperbaikinya, saya bercadang membenarkan beliau menggunakan netbook saya ini untuk tujuan tersebut.

Saya belum memberitahu beliau tentang perkara ini kerana tidak mahu memecah tradisi anak-anak saya yang tidak saya benarkan mengguna harta Kerajaan yang diperuntukkan kepada saya, walaupun sebatang pensel dan pen, malah satu klip stapler/klip kertas pun. Saya mahu mendidik mereka memegang amanah dan tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan, seperti amalan kami di ISDEV yang cukup hati-hati membezakan antara kegunaan kemudahan rasmi dengan kegunaan kemudahan peribadi.

Atas sebab itulah saya memohon izin Dr Ismail terlebih dahulu, muga-muga jika terpaksa saya benarkan anak saya menggunakannya, diharap Dr Ismail dapat mengizinkan saya, agar segala hasil yang lahir dari permohonan anak saya ini suci sepenuhnya dan diredhai Allah swt sepanjang karier dan hayatnya.

Keizinan Dr Ismail sangat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Wassalam,
Syukri



Responds Dr Ismail selaku Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Assalamualaikum Pof. Syukri,

Saya dengan besar hati merelakannya memandangkan situasi yang tuan lalui.
Semoga semua ahli PPSK mempunyai etika seperti suadara.

Sekian dimaklumkan.

Dean PPSK

Thursday, March 11, 2010

Bagaimana Agaknya Nanti?


“Apa lagi yang Wan nak. Tak ada apa-apa dah. Wan cuma tunggu mati je” Luahan hati seorang nenek kepada cucunya meruntun perasaan sebak setiap kali terkenang akan peristiwa tersebut.

Begitu juga dengan luahan hati seorang ibu sewaktu sedang membeli kain di sebuah kedai tekstal. Tiba-tiba si anak yang sedang menunggu ibunya membayar kain, ternampak buku yang bertajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’ tersusun rapi di kaunter pembayaran. Cepat-cepat si anak memberitahu ibunya “Mak, best buku ni”. Buku tersebut lalu diberikan kepada ibunya. Setelah membaca tajuk buku tersebut, tiba-tiba ibunya bersuara “Takutnya… macam manalah agaknya nanti”. Luruh jantung si anak mendengar luahan ibunya. Disangkanya buku tersebut mampu mengembirakan si ibu tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Kedua-dua peristiwa di atas merupakan kisah saya, cerita saya… Bagaimana dengan anda? Pernah mengalami peristiwa sebegini? Apa perasaan anda? Apa yang anda fikirkan selepas itu? Apa pula tindakan anda?

Saya memikirkan peristiwa tersebut hampir saban hari kerana mereka adalah individu yang amat saya sayangi.. amat saya cintai...

Wednesday, March 10, 2010

GST vs Cukai Perkhidmatan dan Jualan

Do you know about GST?

GST atau Goods Services Tax atau Cukai Perkhidmatan dan barangan, ialah cukai yang dikenakan terhadap semua barangan dan perkhidmatan. Kerajaan Malaysia telah meluluskan di peringat Parlimen untuk melancarkan cukai tersebut pada tahun 2011.

Kerajaan Malaysia mengatakan GST adalah lebih rendah peratusnya
berbanding cukai barang dan jualan. Peratus GST ialah 4%. Cukai perkhidmatan 5% dan cukai jualan pula 10%. Kerajaan turut mengatakan GST tidak akan dikenakan kepada barangan tertentu.

Persoalan yang timbul, benarkah GST tidak membebankan rakyat? Jawapannya ia amat membebankan. Jika dilihat dari peratus yang dinyatakan oleh kerajaan, peratusan tersebut sememangnya rendah. Tetapi sedarkah anda bahawa cukai perkhidmatan dan jualan tidak banyak dikenakan ke atas kita selaku pengguna. Hal ini berlaku kerana kita jarang sekali menggunakan barangan mewah seperti makan tiap-tiap hari di KFC, Pizza Hut, menginap di hotel dan sebagainya kerana semua barangan dan perkhidmatan tersebut akan dikenakan cukai barang atau perkhidmatan.

Jadi dalam sebulan mungkin sekali atau setiap minggu sekali sahaja kita akan dikenakan cukai berbanding GST setelah dilaksanakan pada tahun 2011 nanti. Hal ini kerana GST akan dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan. Mungkin jika sebelum 2011 jumlah barangan yang dikenakan cukai ke atas kita cuma 2 atau 3 barang tetapi selepas 2011 jumlah barangan yang mungkin dikenakan ke atas kita adalah hampir setiap belian barang dan perkhidmatan yang kita terima… sama ada di kedai-kedai runcit biasa sehinggalah ke pasaraya besar…. Atau dalam setiap perkhidmatan kerajaan mahupun swasta, sama ada sewaktu bayaran balik pinjaman pembelajaran atau perniagaan, transaksi perbankan, perkhidmatan dipejabat pos, perubatan dan sebagainya…

Cuba bayangkan banyak mana kita bayar cukai kepada kerajaan dalam tempoh sebulan… RM200, RM500 atau lebih lagi. Sebab apa kerajaan buat begitu? Kerana sumber kewangan Malaysia semakin tenat...


Kerajaan juga mengatakan kenaikan harga barang tidak berlaku… sebenarnya tidak mungkin sebab cukai yang dikenakan terhadap peniaga akan dikenakan ke atas pelangannya supaya keuntungan yang diperoleh peniaga sama ada selepas GST masih sama ataupun meningkat selepas GST terlaksana.

Pelangannya itu sudah tentu kita… termasuk juga golongan miskin dan fakir… Ia akan berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Sebab tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, selepas harga sesuatu barang naik, ia akan turun kemudiannya… ini hakikat yang kita boleh pelajari…

Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan sebenarnya GST tidak patut dilaksanakan… Jadi apa tindakan kita? Rang Undang-Undang berkenaan GST masih dalam proses pengubalan. Pihak yang bertanggungjawab terhadap penggubalan tersebut adalah menteri yang bertanggungjawab. Menteri akan mengikut pandangan rakyat. Jadi jika rakyat tidak bersetuju menteri tidak boleh laksana atau rang undang-undang yang dibentangkan olehnya nanti di Parlimen untuk diluluskan tidak keterlaluan. Hal ini kerana penentuan barang yang dikenakan GST masih belum ditetapkan.

Kalau nak laksanakan GST juga, letak cukai tersebut ke atas barangan Israel… cadangan anda pula bagimana? Walau bagaimanapun, pada hakikatnya Malaysia masih belum bersedia untuk dilaksanakan GST.

Saturday, March 6, 2010

Jadikan Membaca Sebagai Amalan

Jadikan membaca sebagai amalan.
Tetapi usah jadi begini...

Biar jadi begini...

Monday, March 1, 2010

.... Selalunya 'Kadang-kadang'


Alhamdulillah, Sabtu lepas (27 Februari 2010) saya masih berkesempatan berbual panjang dengan seorang senior setelah lima tahun berpisah. Perkenalan kami bermula di USM sewaktu saya berada di tahun satu, dan beliau di tahun akhir pengajian.

“Kak Nor, macam mana, seronok bekerja bawah Kerajaan PAS, Kelantan?” Tanya saya.

“Macam biasa. Setiap tempat ada cabaran, ada dugaan. Kalau dalam kampus dulu kita bergerak kerja dengan orang yang berpendidikan, tapi bila dah ada di luar… di lapangan masyarakat, macam-macam jenis orang ada. Masalah yang paling Kak Nor tak suka, bila ada pelajar kampus yang keluar tapi buat cara macam di kampus juga. Tak pandai langsung nak merendahkan diri. Ye memang betul kita hebat. Tapi kalau tak dapat memberi (tarbiyyah) kepada masyarakat… ikut kepala sendiri je, tak guna juga sehebat mana pun kita”. Luahnya.

“Kita kena faham. Kita bukan di kampus lagi. Cara kita berdakwah kena berbeza. Ikut keadaan. Tidak boleh ketepikan orang yang dah lama dalam medan dakwah. Orang baru macam kita pun penting. Orang lama ada pengalaman. Daripada pengalaman tersebut orang baru boleh belajar untuk buat gerak kerja terbaik. Orang lama tahu apa yang harus ada (perkara yang diperlukan masyarakt. Contoh kefahaman dalam Fardu Ain)… jadi untuk laksanakan perkara yang harus ada tu kita serah pada orang baru (untuk buat program)”. Tambahnya lagi.

“Macam mana dengan usrah?” Tanya saya lagi.

“Kak Nor ada banyak usrah. Antaranya usrah dengan Tok Guru (Tuan Guru Nik Aziz). Tok Guru ni, dia suka buat soal selidik”.

“Soal selidik macam mana tu?” Tanya saya kehairanan.

“Dia akan bagi borang soal selidik. Contoh soalan, solat jemaah, qiamullail... Jawapan yang disediakan dua je. Satu, hari-hari. Dua, kadang-kadang”. Terang Kak Nor.

“Haaa… kalau macam tu ‘fail’lah saya. Sebab semua soalan boleh dikatakan majoriti jawapannya ‘kadang-kadang’”. Nampaknya begitulah situasi saya.

“Tulah, TokGuru cakap ‘macam manalah kita ni. Semuanya kadang-kadang’. Banyak lagi soalan lain. Macam soalan berapa banyak buku baca, masa lapang kita buat apa. Berapa banyak kenal orang”.

“Dalam kita bergerak kerja jangan lupa buat makanan rohani kita. sebab tulah yang akan jadikan kita kuat. Kita ni berada di barisan depan kalau kita tak kuat yang berada di barisan belakang… yang just jadi penyokong kita lagilah tak kuat. Takkan kita nak mengharapkan penyokong. Jadi solat witir, baca Quran, selawat, zikir, mathsurat kena hari-hari buat”. Nasihatnya lagi.

Semua nasihat itu perkara yang telah biasa kita dengar. Kita telah pun tahu. Tetapi tahu tersebut payah sekali untuk mencapai tahap amal. Amal pula sangat payah dan sukar untuk mencapai tahap istiqamah. Tetapi mahu atau tidak perlu buat.. perlu laksanakan. Biarlah ‘kadang-kadang’ daripada ‘langsung tidak ada’ dengan harapan ‘kadang-kadang’i tu bertukar menjadi ‘hari-hari’. Insya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...