Thursday, October 13, 2011

Defisit Dalam Belanjawan

Akhabar, berita, blog, facebook dan pelbagai wadah penyampai maklumat yang lain telah banyak membicarakan tentang Belanjawan 2012 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku pihak kerajaan dan belanjawan yang dibentang oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku pihak pembangkang.

Bagi pihak kerajaan perbelanjaan tersebut disifatkan sebagai belanjawan yang mesra rakyat. Tetapi bagi pihak pembangkang pula belanjawan tersebut dicedok daripada belanjawan mereka (pihak pembangkang). Walau bagaimanapun, kedua-dua belanjawan tersebut masih menunjukkan belanjawan defisit. Ini bermakna negara akan berbelanja lebih daripada pendapatan yang sedia ada.

Mungkin betul secara serta merta merta untuk membuat mengurus sebuah belanjawan negara dengan pendapatan yang sedia ada, ia tidak mencukupi. Tetapi sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat telah menawarkan jumlah defisit yang lebih rendah iaitu sebanyak 4.4% berbanding Barisan Nasinoal iaitu sebanyak 4.7%. Yang bakal menanggung hutang tersebut sebenarnya adalah rakyat Malaysia. Kerajaan sebenarnya hanyalah bertindak mengurus pendapatan yang sedia ada sebaik mungkin. Nampak gayanya daripada kedua-dua belanjawan tersebut terbukti kita selaku rakyat Malaysia empunya pendapatan negara tersebut, masih perlu meminjam untuk mengurus kehidupan seharian keluarga besar kita iaitu rakyat Malaysia.

Atau mungkin sebenarnya kita tidak perlu berhutang tetapi belanjawan tersebut yang menyebabkan kita terpakasa meminjam? Mungkin betul juga. Kalau Perdana Menteri sendiri mempunyai belanjawan sebanyak lebih RM10 bilion diperuntukkan untuknya* tidak hairanlah jika menteri-menteri, exco-exco dan sebagainya juga mempunyai elaun mencecah angka 14 digik. Dengan angka yang sedemikin rupa, tidak hairanlah Menteri Besar Kelantan dan exco-exconya boleh memotong elaun mereka untuk diserahkan kepada parti dan rakyat. Kediaman rasmi Menteri Besarnya juga dijadikan tempat penginapan bagi tetamu-tetamu yang datang berurusan dengan kerajaan negeri dan ada kalanya juga dijadikan tempat temindahan mangsa-mangsa banjir.

Tetapi berapa ramai dalam kalangan kita mampu menyerahkan kemudahan, ekaun atau ‘keuntungan-keuntungan’ yang mereka peroleh untuk kembali digunakan kepada rakyat kerana wang tersebut datangnya daripada rakyat. Bukan sepenuhnya milik mereka. Ramai yang antara kita lebih berminat untuk mengambil kesempatan berbanding mengembalikan lebihan tersebut kepada empunyanya iaitu rakyat.

Elaun cleaner, penyapu sampah, pemotong rumput, guard dan seangkatan dengannya banyak mana? Boleh ke mereka tersenyum dengan elaun yang mereka terima? Ada ke diperuntukkan elaun rumah, bekerja lebih masa dan elaun-elaun yang lain buat mereka? Ada ke bonos tahunan yang mereka terima? Bagi saya mereka lebih perlukan wang untuk kehidupan mereka. Kos sara hidup semakin tinggi sedangkan gaji minimum yang ditawarkan masih tidak dapat membantu mereka dalam keadaan anak-anak yang semakin membesar dan perlukan perbelanjaan yang lebih banyak berbanding sebelumnnya untuk makan, pakai, pembelajaran dan lain-lain.

Sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada) terlalu jauh berada dalam diri kita. Yang ada cuma sebuah kepuasan. Puas dalam berpakaian. Puas dalam merasa keenakan makanan. Puas dalam berbelanja. Puas dalam berkenderaan. Puas kita hanyalah untuk merai kehendak nafsu yang sebenarnya tidak pernah kenal erti puas.

Keadaan ini membuatkan mereka yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus papa kedana. Sungguh memang benar. Jika pemerintah kita bersikap terus-menerus berhutang dan seronok dengan elaun yang diperoleh, rakyat juga akat mengikut sikap pemerintah. Jadi tidak hairanlah, menurut salah seorang pembentang INGRAW 2011 (The 6th ISDEV International Graduate Workshop 2011), berdasarkan kajian yang dilakukan olehnya di sebuah university tempatan semua respondennya yang merupakan kakitangan awam adalah menanggung hutang. Pihak kerajaan telah mendidik kita untuk terus berhutang.

Elaun tidak cukup untuk menampung keinginan, solusinya adalah dengan berhutang.
Jalan singkat untuk memenuhi sebuah kepuasan.




----------------------------

Sebahagian Ucapan Belanjawan 2012 Barisan Nasional:

12. Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan Kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI kursusnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan...

15. Dari segi kutipan hasil kutipan Kerajaan Pusat bagi tahun 2012, jumlahnya dianggarkan meningkat 1.9 peratus kepada 186.9 bilion ringgit berbanding 183.4 bilion ringgit pada tahun 2011. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 dijangka terus berkurang kepada 4.7 peratus daripada KDNK, berbanding 5.4 peratus pada tahun 2011.


Sebahagian Ucapan Belanjawan 2012 Pakatan Rakayat:

8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.
9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak
10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.

35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka
kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.

36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.

37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.


37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.

39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.

40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.

41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.


*Maklumat tentang peruntukan belanjawan lebih daripada RM10 bilion ini saya peroleh daripada Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahaim yang menyatakan sebanyak RM10 bilion belanjawan Perdana Menteri akan dipotong dan diagihkan kepada kementerian-kementerian yang memerlukannya.

Monday, October 3, 2011

Ia Memang Banyak Masalah

video

"Masa depan negara kita terletak ditangan kita sendiri...
Ingatlah walau apapun terjadi, Malaysia ini negara anda.
Ia negara kita
Ia memang banyak masalah
Malaysia perlukan kita semua" Tengku Razaleigh Hamzah

Lu kata lu sayang ini negara
Tapi sekali mengundi pun tak de
Jadi jangan kau cuba cakap jika hakmu kena lanyak

Sedarlah kuasa ditangan kita
Hak diberi jangan dipersia
Jadi jangan buat 'der' sahaja
Masa kita sudah tiba

Undilah...
Jangan tidur...
Undilah...
Jangan diam-diam...
Undilah...
Kitalah bos...
Undilah...
Daftarlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...