Friday, September 19, 2008

'Permudahkanlah jangan menyusah-nyusahkan..."

“Saya serba salah sebenarnya”
“Kenapa tiba-tiba cakap macam tu?” Tanya saya kehairanan.
“Tadi dalam lab kawan-kawan saya semua cakap yang Yani (bukan nama sebenar) tak boleh nak bagi kerjasama. Dia buat ikut kepala dia je. Memang saya pun mengakuinya”



“Saya tak faham” penyataan tersebut keluar dari mulut saya kerana saya tidak memahami tugasan yang mereka lakukan di lab tersebut. Maklum sajalah, saya orang sastera bukan sains. Lab saya di lapangan masyarakat. Lab mereka di dalam bangunan. Emm…


“Tak adalah..kerja kami macam teamwork. So setiap yang kita lakukan kita bertanggungjawab atas apa yang kita buat. Kalau buat main-main nanti semua akan timbul masalah. Nak buat kerja mesti tepat label, kuantiti, formula macam-macam lagilah”
“Oooo…” baru saya faham.
“Habis tu, apa masaalahnya?” tanya saya.

“Saya serba salah nak bagi tahu Yani dan serba salah dengan kawan-kawan saya. Semua tak puas hati dengan Yani. Macam mana saya nak cakap dengan kawan-kawan saya..macam mana pula nak cakap dengan Yani?” rasa serba salahnya diluahkan kepada saya.
“Kalau awak luahkan pada saya pun, sebenarnya saya tak dapat tolong…macam mana saya nak tolong ya?”

Entahlah…saya pun tak tahu nak tolong macam mana. Sehingga ke saat ini saya tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk menolongnya.

Tazkirah pagi tadi Dr Suekainah (Nama lain Dr Fadzilah Azni) yang berikan. Dr. pesan dalam kehidupan kita jangan sekali-kali kita ambil sikap ‘tak pe’. Sebab mungkin kita yang rasa ‘tak pe’ tapi masalah akan timbul dipihak orang lain yang merasakan perkara itu perlu diambil berat.

Contoh paling mudah tentang ketepatan waktu kita. Kita selalu berjanji pada waktu sekian-sekian tetapi kita selalu lewat pada masa yang kita janjikan. Mungkin kita rasa ‘tak pe’ tetapi bagi orang lain mungkin dia akan risau keadaan kita. Tertanya-tanya mengapa kita lewat..sakit ke dia?..berlaku kemalangan ke?

Jangan buat orang susah hati kerana kita. Tetapi buatlah orang lain mudah dan senang hati mendampingi kita. Itukan lebih baik…

Hadis Rasulullah ada menyatakan yang bermaksud “Permudahkanlah jangan menyusah-nyusahkan dan sampaikanlah berita gembira janganlah disembunyikan”

Islam ini mudah…janganlah kita susah-susahkan. Sama ada dalam kita melakukan ibadat ataupun dalam hubungan kita dengan manusia. Hablum’minallah wa hablum’minan’nas. Jagalah hubungan dengan Allah..tapi jangan lupa kita juga perlu jaga hubungan kita dengan manusia.

1 comments:

wan-neeza said...

sahabat yg baik sahabat yg menegur bila perlu..bila sahabatnya ada kekurangan, ada yg tersilap dan tersalah..
manusia penuh kekurangan, kadang2 kita tak sedar pun kelakuan kita buat org sakit hati..kadang2 kita tak sedar pun yg kelakuan kita buat org menyampah
itu fungsinya kawan..melalui teguran yg membina tu, kita dapat ubah keburukan yg ada dlm diri..dpt jd kawan yg lebih baik
insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...