Tuesday, October 28, 2008

Muhasabah Itu Indah

Solat semakin tidak khusyuk…solat yang selalunya di awal waktu semakin lama semakin jarang diperolehi…solat jemaah di masjid pula jarang-jarang sekali. Sepatutnya semakin banyak nikmat Allah yang diperolehi sepatutnya semakin dekat kita denganNya tetapi sebaliknya yang terjadi.

Bila solat…ingatan kita pada assignment yang bertimbun masih belum disiapkan… kita resah memikirkan assignment yang dirasakan tidak sempurna…tetapi kita tidak resah kepada solat kita…ibadah kita yang kita tidak buat bersungguh-sungguh seperti mana assignment yang kita siapkan.

Kita sibuk merancang itu dan ini... meeting yang terpaksa kita hadiri kadang kala bertindinh-tindih…usrah yang kita gerakkan bukan satu malahan tiga, empat usrah dalam seminggu kita terpaksa hadiri dan yang kita handle…tetapi perancangan yang kita atur untuk diri kita tidak sesempurna perancangan yang kita atur di dalam meeting dan sebagainya…

Hati ini terdetik adakah kesibukan ini..., nikmat نقمة ) ( ataupun ni’mat ( نعمة )?. Kalau ni’mat alhamdulillah…tapi kalau nikmat, nauzubillah…Ni’mat itu ialah kurniaan Allah S.W.T kepada hambaNya yang menjadikan hambaNya semakin dekat denganNya. Tetapi nikmat pula ialah kurniaan Allah S.W.T kepada hambaNya sebaliknya untuk menjauhkan diri daripadaNya.

Sepatutnya kita ikut resmi padi…semakin berisi semakin tunduk…tetapi kebanyakan daripada kita, semakin tinggi jawatan, tinggi taraf pendidikan, semakin kaya, hidup bahagia bersama keluarga…makin kita lupa pada pemberiNya.

Muhasabah itu indah…andai kita sentiasa melakukannya dan supaya kita tidak lupa kepadaNya…

3 comments:

Za's said...

erm...penuh dengan makna tersirat dan tersurat...sekarang ni ana susah sangat nak dapat solat berjemaah..uhu..

Za's said...

erm...kak long amik kat mane gambo2 ni??cantik la kak long...adik nak satu buleh???
heheh

Radieah Binti Mohd Nor said...

Gambar yang cantik boleh ambik di www.flickr.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...