Monday, March 23, 2009

Bila Kezaliman Mengatasi Keadilan

Kes penceraian di kalangan selebriti yang sering mendapat liputan media seringkali merimaskan saya. Tetapi cerita daripada Dr Jasni Sulong tentang kes penceraian yang berlaku kali ini menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda semua…sebagai pengajaran dan seharusnya perlu ada tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Kes ini berlaku apabila seorang isteri cuba meminta supaya suaminya melepaskan ikatan perkahwinan mereka. Hal ini berikutan si isteri tidak mampu lagi untuk meneruskan perkongsian hidup bersama suaminya yang seringkali memukulnya dan pelbagai lagi perkara lain yang pada fikiran saya memang menjadi hak untuk si isteri pinta supaya diceraikannya.

Tetapi apabila kes tersebut dirujuk kepada majlis agama Islam, mereka menasihatkan supaya si isteri terus bersabar dan menerima seadanya kelemahan suaminya. Sudah acap kali si isteri pergi ke majlis agama Islam tetapi jalan penyelesaiannya tetap sama…kaunseling dan kaunseling.

Suaminya pula tidak mahu menceraikannya dengan alasan masih sayangkan si isteri dan hubungan perkahwinan mereka. Keadaan ini menyebabkan Mahkamah Syariah menetapkan perkahwinan mereka masih sah dan tuntutan supaya si isteri diceraikan oleh suaminya tidak berlaku.

Akhirnya kes tersebut dibawa ke Mahkamah Sivil tetapi keputusan mahkamah tidak menyebelahinya. Akhirnya peguam si isteri menasihatkannya supaya mengistihar murtad daripada Islam. Hanya dengan murtad perkahwinan yang berlaku di antara suami dan isteri tadi akan terbatal secara automatik.

Disebabkan sikap suaminya yang sedemikian rupa, majlis agama Islam dan Mahkamah Syariah yang tidak menyebelahinya sedangkan bukti kukuh berada di pihak isteri, si isteri akhirnya menuruti cadangan peguamnya untuk mengistiharkan bahawa dirinya keluar daripada Islam. Walaupun si isteri tidak berniat untuk murtad tetapi hanya dengan cara tersebut dia boleh terlepas daripada kezaliman suaminya.

Secara automatik berlakulah penceraian antara si isteri dengan suaminya tadi. Saya tidak mahu mengulas panjang tetapi bagi saya tanggungjawab majlis agama Islam dan Mahkamah Syariah adalah menyelamatkan Si Isteri tadi daripada kezaliman Si Suami tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Malah Si Isteri terpaksa mempertaruhkan agamanya untuk menghilangkan kezaliman suaminya ke atas dirinya. Masih ingat lagi peristiwa Amar Bin Yassir? Bagi saya perkara yang berlaku ke atas Si Isteri tadi adalah serupa dengan peristiwa tersebut. Saya percaya Si Isteri kini masih lagi seorang muslim…

Sebenarnya terlalu banyak kes-kes yang berlaku di mahkamah yang kita sendiri tidak terfikir ia akan berlaku. Rakan sekuliah dengan saya bekas peguam dan suaminya kini masih lagi peguam. Jadi banyak kes yang berlaku di mahkamah diceritakan kepada saya. Saya pula hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepala mendengar ceritanya…Tetapi sampai bila…Wallahu’alam.

2 comments:

boundaries said...

astarghfirullah....tapi menang makin teruk sekarang...dalam majlis agama islam sekarang banyak SANGAT kepincangan...kenapa?????cara tindakan mereka seperti tak tahu tentang hukum...ana pelik la....what happen??Tu baru satu isu masalah keluarga...yg kita dengar..yg kita tak dengar???hal muallaf pun sama...geram ada gak...

Radieah Binti Mohd Nor said...

Nak salahkan Majlis Agama Islam pun tak boleh. Sebab mereka banyak sangat kerja. Bila saya buat temuramah tentang masalah wakaf di Pulau Pinang..memang menyedihkan. Cuba bayangkan satu negeri ni, yang nak jaga just 8 orang tu pun dua drp mereka pekerja kontrak. Gaji pula dibayar oleh baitulmal negeri/zakat. Yang arif tentang perundangan just seorang.

Untuk pengetahuan semua, sesebuah jabatan kerajaan yang nak tambah perkerja perlu melalui JPA. Kalau JPA tak beri kerjasama so jadilah mcm MAINPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) yang saya ceritakan tadi.

Kalau nak tambah pekerja juga, tak ada masalah. Tapi siapa yang nak bayar pekerja baru tu gaji. Untuk pengetahuan semua juga, pendapatan wakaf di Penang adalah defisit. Kekurangan tersebut terpaksa ditampung oleh Baitulmal.

Sebab berlaku defisit..antaranya sewa yang dikenakan ke atas premis wakaf contoh rumah sewa, premis perniagaan dll adalah sangat sendah, RM1 sebulan pun ada. Bukan tak boleh mintak sewa lebih.. ada Akta Sewa yang menghalang.

Kos yang semakin meningkan sedangkan pendatapan yang sangat rendah menyebabkan wakaf di Malaysia tidak boleh bergerak maju. Cth di Mesir, Universiti Al-Azhar antara cth kemajuan wakaf di sana.

Malaysia kalau pandai urus dan tidak ada sekatan undang-undang, kita boleh ada satu bandar yang semuanya dibangunkan atas dana wakaf..semua orang Islam punya. Macam di Mekah, mana ada org bukan Islam..mereka tak boleh masuk tanah haram tu..

Bukan sebab wakaf haram untuk org bukan Islam. Tetapi itu akan jadi simbol kekuatan ummat Islam..

Hakikatnya bukan mereka tak mahu buat kerja..tapi ada sistem yang lebih berkuasa dan menghalang mereka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...