Wednesday, April 15, 2009

Petanda Kebahagiaan Dunia

Sedang saya menelaah pelajaran untuk menghadapi kertas peperiksaan seterusnya saya satu persatu slide presentation saya baca, saya bertemu dengan satu slide tentang athar (kata-kata sahabat) yang mengingatkan saya tentang peristiwa pagi tadi (14 April 2009).

Alhamdulillah walaupun baru sahaja habis kertas peperiksaan pertama, saya berkesempatan menziarahi seorang sahabat yang ibu kesayangannya telah pergi ke rahmatullah. Saya difahamkan arwah pening kepala akibat darah tinggi yang dihidapinya sehingga menyebabkan arwah terjatuh dan kepalanya terhentak. Akibat daripada hentakan tersebut berlakunya darah beku di otak sehingga menghalang darah mengalir ke seluruh bahagian otak. Keadaan tersebut membuatkan arwah koma dan membawa kepada kematiannya.

Melihat wajah si ibu, saya dan rakan-rakan yang berkesampatan menziarahinya, kami dapat merasakan bahawa senyuman di bibir yang terlukis di wajahnya petanda seni kehidupan yang dilukisnya telah dilukis dengan baik untuk dipersembahkan kepada Maha Pencipta sewaktu dipanggil kelak.

Melihat kepada ramainya individu yang datang menziarahai jenazahnya, amalan yang membuatkan individu yang masih hidup menggagumi dan menyebut-nyebutnya serta anak-anak yang soleh dan solehah ditinggalkannya menjadi bukti kepada kami kebahagiaan yang arwah miliki. Semoga rohnya dicucuri dengan rahmatNya… Amin.

Saya juga masih ingat akan cerita Dr Nizam. Dr. menceritakan bahawa beliau berpengalaman mengangkat jenazah yang sangat berat sehinggakan beliau merasakan tidak terpikul dan ingin melepaskannya dan pernah juga mengangkat jenazah yang sangat ringan sehingga terdetik dihatinya ‘moga-moga jenazahku adalah ringan sepertimana jenazah yang sedang aku pikul ini’. Semoga jenazah kita semua nanti tidak berat tetapi ringan kerana rahmat Allah mengiringi kita sama ada sewaktu kita masih hidup mahupun kembali kepadaNya. Jika diharapkan amalan…jauh sekali.

Kembali kepada slide yang saya maksudkan. Saya copy paste slide Dr Nizam Sahar untuk anda semua.. Slide ini saya kongsikan bersama supaya menjadi kayu ukur untuk hidup kita, sama ada kita bahagia atau sebaliknya…

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4. Al biatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita

(hidup dalam persekitaran masyarakat yang soleh dan solehah)
5. Al malul halal, atau harta yang halal
6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang barakah

Moga-moga seni kehidupan kita dapat kita aturkan dengan seni yang menarik. Perkara yang penting bukan menarik di pandang manusia yang kita harapkan tetapi menarik, indah, cantiknya… ialah apabila di pandang oleh Allah S.W.T.

1 comments:

FareeD said...

seronok baca blog ni..bagi ana SYUKUR sudah cukup membuatkan manusia jadi bahagia..hebatnya orang ISlam ialah sama ada baik atau buruk yang datang kepadanya, semua itu dianggap sebagai medan didikan kepadanya; dan itulah yang TERBAIK yang telah diberikan Tuhan. Bukan dianggap sebagai malapetaka dsb. Cuma ramai manusia masih tidak memahami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...