Siiru a’la barakatillah.
(berjalanlah engkau dengan keberkatan-Nya)
Apabila diteliti, kebanyakan nama ulama, sahabat nabi, dan ramai lagi golongan terdahulu bukanlah nama asal mereka, contohnya Ibn Khaldun. Nama asalnya ialah Abdul Rahman Bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. Khaldun merupakan mana keturunannya. Begitu juga imam besar yang saya ingin ceritakan riwayat hidupnya sebentar lagi.
Entry kali ini khas saya tujukan buat individu yang tidak berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa 2009, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Insya Allah, Pesta Buku Pulau Pinang 2009 akan diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya bermula pada tarikh 29 Mei sehingga 7 Jun 2009. Tapak ekspo akan dibuka bermula jam 11 pagi sehingga 11 malam.
Gambar ini diambil melalui Google Image.
Sempat saya menonton berita di kaca tv Indonesia. Sewaktu lawatan kami, kerajaan Indonesia sedang mengadakan kempen supaya tidak merokok di dalam keretapi. Sewaktu temuramah dengan masyarakat dijalankan oleh wartawan, semua mereka menyedari akan bahaya merokok. Tetapi apabila ditanya sama ada boleh berhenti atau tidak? Jawapannya “Sukar sekali, sudah kecanduan…”
Kubah ini adalah bersaiz paling kecil. Terdapat pelbagi saiz yang dipamerkan
Sepanjang perjalanan ke Danau Toba, saya dapat menyaksikan perusahaan membuat kubah masjid hampir menjadi perusahaan utama di sana. Hampir setiap tiga sehingga lima kilometer ada sahaja kubah-kubah masjid dipamerkan di tepi-tepi jalan bagi menarik pelanggan untuk membeli atau menempahnya. Pada mulanya saya agak pelik dengan situasi ini.
Tetapi apabila melihat suasana di situ, yang masjidnya hampir setiap tiga atau lima kilometer perjalanan terdapat sebuah masjid, dan keluasan masjid tersebut tidak terlalu besar yang mampu memuatkan kira-kira 50 sehingga 100 jemaah dalam satu-satu masa. Masjid yang banyak dibina secara tidak langsung memungkinkan perusahaan kubah masjid berkembang di sana. Malah tidak menjadi suatu perkara yang pelik sekiranya di sesebuah pasaraya terdapat masjid yang turut mendirikan solat Jumaat, seperti yang saya telah ceritakan di dalam entry yang lepas.
Danau Toba airnya hujau. Di waktu petang airnya berombak ditiup angin kencang.
Kata orang 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Tetapi saya suka untuk menterbalikkan peribahasa tersebut menjadi 'hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri'… Rakyat Malaysia tinggal di dalam keadaan yang sangat selesa. Seharusnya keselesaan tersebut digunakan sebaik mungkin untuk menegakkan Islam di bumiNya. Tetapi masalah yang timbul kita terlalu alpa dengan nikmat keselesaan tersebut…kita kufur dengan nikmatNya.
Entah kenapa bersungguh-sungguh benar Niza, sahabat saya yang seorang ni ingin mencari VCD Laskar Pelangi. Di Malaysia, katanya VCD tersebut masih belum ada. Tetapi dengan izin Allah conference kami yang dianjurkan di Medan membuatkan VCD tersebut menjadi target utama ole-ole yang mahu dibawa pulang ke tanah air berbanding barangan lain.
Insya Allah, kita semua tahu, sebaik-baik ikutan adalah Muhammad Rasulullah S.A.W. Terlalu banyak ikutan yang mesti kita ikut kerana ia adalah sunnah. Moga-moga dengan mengikut sunnahnya, kita mendapat perlindungan di hari yang tiada perlindungan kelak (di Padang Mahsyar). Seperti yang saya janjikan sewaktu artikel sebelum ini, saya akan menulis untuk post kali ini berkenaan dengan sifat rendah diri Nabi Muhammad S.A.W dan ulama, pewaris para nabi.
Hati saya agak tersentuh dengan feedback seorang insan…entahlah saya tidak mengenalinya siapa. Kenal atau tidak, itu bukan persoalannya. Marah sangat nampaknya bila saya menggunakan ‘hanya pandangan dari insan dhaif’ lebih kurang macam tulah perkataan yang saya gunakan selepas saya utarakan pandangan saya tentang insan yang mengenepikan pandangan fatwa.©2009 Akademi Tarbiyyah | by TNB