Wednesday, May 20, 2009

"Aku tidak tahu"

Sana sini perbincangan. Saya sendiri tidak tahu perkara yang
Dr. Zahari Hamat dan rakan-rakan bincangkan sewaktu setibanya kami di Danau Toba.
Bincang tentang research kot.

"Akak tak faham. Kenapa dia mulakan perbentangan dia dengan menyebut jumlah ayat dalam al-Quran yang dia kata dia kira?. Tak ada kaitan dengan tajuk dia pun”. Kakak yang duduk di sebelah saya bersuara sewaktu seminar tentang wakaf di Aula Asrama Haji Medan. Saya ingat saya seorang sahaja yang berfikiran sedemikian rupa tetapi ada juga yang sedar tentang hal tersebut.

“Entahlah, tapi yang lebih pelik dia kata dia yang kira jumlah ayat al-Quran yang diterima dari Mekah. Lagi satu, dia kata, bila kita nak berikan sesuatu pendapat jangan ambik apa yang orang cakap atau kaji tetapi terangkan apa yang kita kaji”. Saya juga kebingungan memikirkannya.
“Tapi kak, akak perasan tak sebelum dia bentang, panel yang sebelumnya banyak membentangkan pendapat orang lain…kajian orang lain. Sebab tu dia cakap macam tu kot.” Tambah saya.
“Betul juga”. Beliau mengiakan perkara yang saya katakan.

Kijang Inova merupakan kenderaan rasmi Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara (UMSU).
Juga merupakan kenderaan yang saya dan rakan-rakan sewaktu di sana. Papan berwarna-warni di belakangnya merupakan banner yang diperbuat daripada bunga tiruan membentuk huruf-huruf.
Banner tersebut digunakan untuk sebarang sambutan sama ada kematian, kenduri dan sebaginya.
Terdapat kedai khas yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

“Saya tak kesah dia nak cakap atau nak perli ke..tapi masalahnya apa yang dia cakap seolah-olah al-Quran tu banyak versi…ada banyak ayat. Dia ada cakap juga, al-Quran yang ada 6666 ayat al-Quran apa…mana datangnya ayat yang lebih tu?" Saya mengemukakan ketidakpuasan hati saya.

"... Al-Quran tetap satu tapi yang kira jumlah ayat tu para ulama yang arif tentang al-Quran. Ada yang kira ikut tanda waqaf, ada yang mengira ikut tempat berhenti mengikut tanda-tanda yang wajib berhenti dan banyak lagilah cara. Contoh dalam Surah al-Baqarah. Pada awal surah ada tiga titik pada dua tempat dan bacaannya perlu berhenti pada salah satu tanda tersebut. Sebab tu jumlah ayat jadi berbeza. Tapi bila dia cakap di khalaya umum…ni yang masalah ni”. Saya cuba berhusnuzan dengan perkara yang berlaku…mungkin cara pembentang tadi begitu. Tetapi sukar sekali untuk berbuat demikian.

Bila terkenagkan peristiwa tersebut.. hati saya akan bertambah bimbang. Apabila masyarakat meletakkan seseorang itu di dalam kedudukan golongan yang bijak pandai dan menjadi rujukan tetapi perkara yang disampaikan olehnya bercanggahan sekali dengan ilmu pokok yang sepatutnya seseorang itu kuasai maka akan berlaku kekeliruan masyarakat Islam yang mengikutnya.

Namun kebimbangan saya sedikit terubat apabila ada hadirin yang bertanya tentang ayat al-Quran tersebut. Walaupun sebenarnya bagi saya masih belum tepat perkara yang sepatutnya disampaikan.

Beliau mengatakan setahu beliau ayat al-Quran ada 6666 ayat dan kemudia beliau membahagikan jumlah ayat tersebut kepada kategori-katogerinya seperti ayat hukum, ayat yang berkenaan dengan kisah para nabi dan ayat yang berkenaan dengan doa dengan menyebut jumlah ayat untuk setiap kategori tersebut. Tetapi jawapan yang sama tetap diberikan oleh pembentang tadi.

Saya masih ingat cerita yang disampaikan oleh Dr. Jasni Sulong (atau Dr Nizam Sahad, aya lupa siapa yang bercakap mengenainya) sewaktu kuliah Pembangunan Modal Insan. Suatu ketika Imam Malik pernah ditanya 40 soalan dalam satu kuliah ilmu dan 32 soalan daripada 40 soalan tersebut dijawab oleh beliau dengan jawapan "Aku tidak tahu".
Apabila diteliti, adakah benar seorang ulama besar tidak tahu jawapan. mungkin benar...tetapi bukan Imam Malik tiada jawapan tetapi ulama tersebut lebih suka membenamkan pendapatnya sendiri daripada dikemukakan kepada umum dan soalan yang dikemukakan kepadanya bukanlah soalan yang melibatkan hal-hal yang bercanggahan dengan akidah yang boleh merosakkan iman jika tidak dijawab oleh Imam Malik.

Bagi saya, selalu-selalulah belajar untuk menyebut perkataan 'saya tidak tahu'. Perkataan ini lebih baik berbanding menerangakn sesuatu yang ia merupakan pendapat kita... Renung-renunglah diri sendiri sebelum mengemukakan pendapat...takut dan bimbang membawa kerosakan kepada orang lain. Selalu saya ingatkan, supaya mencari titik persamaan, jangan cari titik perbezaan. Jika kita tahu sebab mengapa berlaku perbezaan, kita akan senang dengan perbezaan tersebut kerana terasnya sama. Cuma hujah yang kita kemukakan berbeza

Surah al-Rum ayat 41 juga ada mengingatkan kita, yang bermaksud; "Telah datang kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" Ayat ini mengingatkan kita tentang bencana yang berlaku adalah disebabkan manusia itu sendiri.

Walau bagaimanapun, suatu perkara yang seharusnya kita contohi, masyarakat Indonesia sangat suka bertanya. Soalan yang ditujukan amat kritikal dan tajam. Apabila sesi soal jawab dibuka, maka akan ramai yang ingin bertanya. Fenomena ini jarang sekali berlaku di Malaysia. Kenapa? Entahlah…Malu atau malas…antara dua.. “Biarlah orang lain tanya?...sama je dengan apa yang saya nak tanya”…Tetapi sampai bila?

4 comments:

pali said...

Salams, siapake yang pernah berkata,

"sesiapa yang mengatakan dia tidak tahu dalam satu2 perkara, sesungguhnya dia telah berfatwa"

Hassan al banna?

apapun, memang normal kalau penceramah memberitahu hasil kajian orang lain, sebab dia pun menyampaikan, asalkan sahih rujukannya, dan jelas siapa yg diperkatakan, itu sudah okay~

ps: nak panggil orang yang membuat research @ kajian itu boleh, tapi jarang2 dipanggil kerana terlalu jauh, mahal, @ orang asing @ dsb (ante lebih arif)

-anak murid tumpang belajar-

Radieah Binti Mohd Nor said...

Waalaikumsalam..

Syukran, ana pun masih belajar.
Ana setuju dengan apa yang diutarakan oleh enta.

Wassalam

pali said...

tapi kan, memang bersetuju dengan pandangan nte

Ornag Malaysia malu bertanya, tak seperti orang indonesia.

Kenapa? Adakah ada kaitan dengan politik? Cakap lebih2 paham2 la apa jadi?

Baik di sekolah, universiti dan luar.

Budaya takut memberi pendapat itu sudah tertanam tanpa disedari. Kebergantungan pada kerajaan manusia selalu benar diulang2.

Tak salahkan orang Malaysia..dah selalu sangat ditakut2kan..

Radieah Binti Mohd Nor said...

Dalam dunia kita hari ini terlalu banyak kemungkinan yang tak pasti.

Mungkin juga sebab kalau kita cakap lebih-lebih, macam enta cakap..faham-faham jelah.

Paling kurang kena gantung universiti, kena tarik biasiswa/pinjaman atau tak pun ISA (Ikut Suka Aku) undang-undang manusia...

Kalau di Brunei, sultannya sendiri jadi imam solat Jumaat..kekayaan melimpah ruah diberikan kepada rakyat.. jadi apa lagi yang rakyat nak... ust ana pernah cakap limpahan kekayaan di Brunei membuatkan rakyatnya tidak sedar yang Islam itu dikaburi dengan kekayaan yang dirasakan boleh memberi keamanan kepada mereka. Jadi untuk apa lagi mereka bersuara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...