Sunday, June 21, 2009

Nota Hati Seorang Lelaki

“Ah..mana satu buku yang harus saya beli?” detik hati saya.
“Rindu Bau Pohon Tin atau Bercinta Sampai Ke Syurga…” dua buku tersebut menjadi pilihan saya memandangkan kedua-dua buku tersebut sukar untuk ditemui.. kehabisan stok.. dan banyak lagi alasan lain.

Tetapi semasa ingin membuat pembayaran mata saya tertumpu kepada sebuah buku yang kulitnya berwarna hijau. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli buku tersebut. Saya beli…tapi hubby saya yang bayar… hadiah untuk saya katanya…

Apapun buku ini antara buku yang terbaik untuk anda baca…

Sinopsinsya, ia menceritakan perana seorang lelaki sewaktu bergelar anak, sewaktu bergelar suami, sewaktu bergelar ayah dan sewaktu bergelar da’i. Bagi individu yang sering membaca majalah Anis sedikit sebanyak terdapat artikel di dalamnya yang turut dimuatkan di dalamn buku tersebut oleh penulis. Namun bagi saya, tidak rugi seandainya anda membeli dan membacanya.

Sekiranya anda pengikut setia penulisan Ust Hasrizal Abdul Jalil… Nota Hati Seorang Lelaki ini juga, gaya penulisan dan olehannya hampir sama dengan gaya penulisan Ust Hasrizal. Bacalah kerana anda tidak akan rugi membacanya.


Baca selanjutnya mengenai buku tersebut melalui ;

6 comments:

khairul onggon said...

buku yg menarik... :)

Radieah Binti Mohd Nor said...

Ye memang menarik. Saya sedang membacanya...

pali said...

Salam,

Ustaz Hasrizal pernah menulis bahawa beliau pernah bekerja sebagai pembantu kepada ustaz pahrol dahulu, dan gaya penulisan ustaz pahrol yang mudah, menggunakan analofi dan simplicity banyak mempengaruhi gaya penulisan ustaz hasrizal.

Buku nota seorang lelaki.. uih, bukan sahaja buku, malah ustaznya pun menarik!

Radieah Binti Mohd Nor said...

Oooo... baru ana tahu. Rupa-rupanya Ust Hasrizal adalah anak murid Ust Pahrol. Patutpun gaya penulisan mereka hampir sama. Terima Kasih atas maklumat tersebut.

rimbunanHati said...

salam ziarah.. sy dah selak -selak membca buku ni. tpi saya belikn untuk sahabt -sahabat saya. terfikir juga kalau-kalau mereka menolak hadiah ini kerna pndangan saya mereka ni sering membaca buku yang serius dan berat. Jadi, buku ni saya rasakan sesuai untuk dijadikan bacaan ringan tetapi sungguh bermakna. Semoga perkongsin ini membawa seribu makna.

Radieah Mohd Nor said...

Tidak perlu risau untuk memberi... Berilah dengan seikhlas hati. Tetapi jangan mengharap sesuatu setelah kita memberi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...