Wednesday, January 13, 2010

Antara Yang Tersurat dan Makrifat

Menganggap diri terlalu mulia daripada individu lain menyebabkan sukarnya untuk mendedahkan diri kita ditarbiyyah dalam apa jua bentuk keadaan. Tarbiyyah daripada Allah s.w.t datang dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk musibah, nikmat mahupun dugaan.

Tarbiyyah daripada Allah hadir dalam hidup kita setiap saat, waktu dan ketika tanpa mengira tempat mahupun keadaan. Tetapi malangnya kita selalu mengungkapkan kata-kata bahawa ‘saya tidak tahu kelak saya bagaimana… kerana saya masih belum diuji’.

Mungkin betul juga perkara yang dikatakan. Tetapi harus kita ingat seandainya kita tidak menyedari bahawa setiap saat kita sebenarnya sedang diuji kita akan mempersiakan setiap saat yang sedang kita lalui.

“…tuan mungkin mengetahui perkara yang tersurat tetapi tuan masih belum mengetahui perkara yang makrifat”… salah satu dialog di dalam drama bersiri ‘Nenek Kebaya’. Terpulang kepada anda bagaimana untuk mentafsir dialog tersebut. Tetapi saya suka mentafsir dialog tersebut dengan menghubungkannya dengan individu yang diamanahkan oleh Allah untuk mentarbiyyah manusia di sekelilingnya.

Sewaktu mentarbiyyah individu lain jarang sekali kita menyedari bahawa diri kita juga sedang ditarbiyyah. Akhirnya program-program pengisian yang kita anjurkan hanya sekadar berjaya melinangkan air mata peserta pada saat dan ketika itu sahaja… apabila tamat program segala nasihat dan pesanan kita kepada peserta tidak berjaya dibawanya dalam kehidupan mereka.

Dimana kesilapan kita? Silap dan salahnya kita apabila kita terlalu menganggap mereka terlalu rendah.. terlalu dhaif berbanding kita. Kita merasakan kita yang terbaik sehingga aktiviti yang kita rancang dalam program tersebut seoalah-oleh menidakkan hak mereka untuk memperoleh perkara yang lebih baik seharusnya mereka terima. Kita bayangkan tahap pemikiran mereka ditahap pemikiran, ketahanan fizikal, emosi, daya juang mereka lebih rendah berbanding kita…. segala-galanya lebih rendah berbanding kita…

Hakikatnya program tarbiyyah yang kita anjurkan itu sebenarnya bukan untuk mereka tetapi untuk kita… salah kita… silap kita… bukan salah mereka. Sebagaimana dialog drama tadi.. kita mungkin menggetahui perkara yang dirasakan tersurat tetapi sayang sekali kita dijauhkan olehNya untuk mengetahui perkara yang berbentuk makrifat…. Nauzubillah.

Maksud tersurat yang saya maksudkan ialah perkara yang kita rasakan harus dimiliki oleh olah muslim. Sama ada cara pakaiannya, percakapannya dan tingkah lakunya. Semuanya dalam bentuk fizikal yang dapat diukur dengan akal manusia. Tetapi makrifat pula bermaksud perkara yang berbentuk rohani.

Lebih dekat untuk saya maksudkannya sebagai aqidah Islamiyyah. Makrifat juga membawa maksud mengenal Allah… lebih kepada menyentuh perasaan atau hati manusia kerana hati merupakan tempat letaknya kepada iman. Sedangkan akal tempat letaknya ilmu yang seringkali dikuasai oleh nafsu bagi diri yang lemah.

Seharusnya yang perlu kita dahulukan adalah hati mereka… bukan akal mereka dan selalu-selalulah untuk sentiasa ditarbiyyah walaupun pada ketika itu kita sedang mentarbiyyah. Mereka yang ditarbiyyah selalu meletakkan diri mereka di bawah untuk sentiasa menerima tarbiyyah.

2 comments:

Nisa' Pulau Pinang said...

what a meaningful & insightful writing. thanks radieah for sharing. so lepas ni kena sentiasa ingat mengingatkan bahawasanya dalam kita bergerak kerja & berprogram kita sebenarnya sentiasa dlm ujian dan sentiasa dalam proses tarbiyyah (bukan mentarbiyyah tapi ditarbiyah) bukan saja oleh sesama manusia ttp oleh semua makhluk Allah di sekeliling kita

Radieah Mohd Nor said...

Ingatan tersebut untuk diri saya juga yang sering kali lupa.

Iman ini ada kala ia meningkat. Ada kala ia menurun. Meningkat kerana ibadah. Menurun kerana maksiat.

Perkara yang paling dibimbangi adalah bila kita bergerak kerja rupanya kita bergerak kerja dalam maksiat. Nauzubillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...