Wednesday, February 24, 2010

Kehidupan Seorang Pensyarah

Ini bukan meja pelajar master atau PhD,
jauh sekali meja pensyarah sebab agak kemas dan tidak banyak buku

Hampir jam 1.00 pagi sekarang. Tetapi amanah yang diberikan oleh Kak Sue (Dr. Fadzila Azni Ahmad) untuk menyemak empat disertasi bagi bab duanya sahaja (Sorotan Karya / Literature Review) amat memenatkan saya. 10 disertasi lagi bakal menyusul tiba di minggu-minggu berikutnya. Malangnya daripada empat disertasi tersebut, satu pun maih belum siap.

Sebenarnya saya dan dua orang rakan lagi ditugaskan untuk membantu MISDEV09 (pelajar master junior yang berdaftar pada tahun 2009) bagi menghasilkan bab dua disertasi yang mereka hasilkan dengan baik.

Banyak perkara yang harus saya perbaiki, bermula dari sekecil-kecil perkara seperti kesilapan ejaan sehinggalah ke sebesar-besar perkara seperti penghujahan yang tidak sampai maksud memeningkan kepala saya.

Dahulunya sewaktu saya di tempat mereka, kesilapan sebeginilah yang saya lakukan. Tetapi tabahnya supervisor saya (Prof. Muhammad Syukri Salleh) mendidik saya, membuatkan sedikit sebanyak mampu mengatasi masalah tersebut. Hari ini saya diminta pula untuk melakukan perkara yang sama yang pernah dilakukan oleh Prof kepada MISDEV09 (pelajar master junior yang berdaftar pada tahun 2009). Baru saya tahu payahnyaaaaaaaaaaaaa...
Pensyarah-pensyarah ISDEV sewaktu di Oxford University (ISDEV memiliki enam orang pensyarah. Seorang lagi Prof Madya Abdul Fatah, tiada dalam gambar)

Pernah suatu ketika, saya masuk seperti biasa ke bilik Prof untuk menunjukkan sebahagian disertasi yang telah saya siapkan. Seperti biasa juga pintu dibiarkan terbuka memandangkan saya dan Prof sahaja berdua di dalam bilik tersebut. Saya lihat Prof duduk di bawah. Di atas lantai berlapikkan carpet berwarna hijau tua. Prof meminta saya juga duduk di bawah menghadapnya. Tidak seperti biasa kami duduk di sofa. Perkara tersebut menimbulkan kehairanan di dalam diri saya.

"Minta maaflah kali ini kita duduk di bawah. Saya nak minta Ust Zul urutkan saya. Saya pening kepala. Sambil Ust Zul urut kepala saya, kita supervise sama-sama". Kata Prof.

Tidak lama kemudian Ust Zul masuk lalu seperti yang telah diberitahu oleh Prof, Ust Zul terus mengurut Prof. Sewaktu itu juga saya menyerahkan draft bab disertasi berikutnya kepada Prof dan Prof menyerahkan draft bab disertasi yang sebelumnya kepada saya. Draft tersebut telah disemaknya lalu menerangkan satu persatu kesilapan yang saya lakukan.

Kalau saya jadi Prof, saya dah ambil cuti. Tinggalkan terus tugas. Tapi itu kalau saya... berbeza dengan Prof...

Stop dulu bab tu...

Petang tadi selepas Usrah ISDEV, saya dan Kak Shereeza berbincang mengenai hal pengajian kami. Entah macam mana termasuk pula cerita berkenaan hal-hal guaman. Maklum sajalah Kak Shereeza dan suaminya merupakan peguam. Sekarang Kak Shereeza berhenti seketika dari kerja tersebut. Menurutnya kerja peguam mudah, just check dokument dan cari fakta. Tetapi masalahnya semuanya disandarkan kepada duit.

Menurutnya mentaliti masyarakat sekarang sesiapa yang gajinya banyak tetapi beban kerjanya sedikit, dia dikira manusia hebat. Macam itu jugalah dengan pensyarah. Ada yang kata kerja pensyarah mudah. Masuk kuliah, bagi kuliah, keluar. Itu sahaja. Tetapi hakikatnya Allah s.w.t sahaja yang tahu.

Ada pensyarah yang terpaksa menyelia seramai lapan orang...itu pun dah dikira banyak bagi saya. Tetapi menurut Kak Shereeza tadi, dia dapat pengakuan dari seorang pensyarah USM yang terpaksa menyelia seramai 20 orang pelajar. Menurut pensyarah tersebut dia sangat marah sekiranya waktu penyelian dilakukan, pelajar buat masalah sama ada datang lambat atau tidak dapat berjumpa dengannya last minute. Kerana masanya sangat terhad... yang tu baru dengan pelajar. Bagaimana pula dengan kerjanya sendiri, penyelidikannya... penulisannya.. hal pentadbiran dan lain-lain hal? Sudah tentu banyak dan memenatkan.

Menurut Prof Syukri, ada pensyarah yang di waktu siangnya diperuntukkan sepenuh masa kepada para pelajar. Bila malam hari, pensyarah tersebut tidur awal kerana letih, kemudian bangun semula jam 1 pagi untuk menyiapkan tugasannya sendiri pula. Begitulah setiap hari.

Dr. Hasanah (Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Itulah kehidupan seorang pensyarah. Jika dilihat kehidupan Dr. Hasanah pula, sewaktu anaknya masih kecil (kini anak bongsunya yang saya maksudkan berusia dua tahun) dengan ketiadaan suami disisi (kematian suami), saya pernah diceritakan oleh Dr. Zahari bahawa Dr. Hasanah memangku anaknya di riba sambil menghadap komputer melakukan tugasannya. Dapat bayangkan bagaimana payahnya. Saya pernah beberapa kali bertandang ke rumah Dr. Hasanah. Begitulah kehidupannya dengan anak-anak yang seramai lima orang yang sedang membesar dibantu oleh seorang pembantu rumah. Walaupun payah, tetapi saya lihat Dr. Hasanah sentiasa tenang melalui kehidupannya.

Tetapi saya tidak menafikan bahawa tidak semua pensyarah bertangungjawab seperti mereka. Memikul amanah sebagai seorang pensyarah hakikatnya amat berat. Saya yang hanya diberi sedikit tugasan untuk membantu MISDEV09 menyemak bab dua sahaja daripada keseluruhan disertasi mereka telah merasai bebanannya. Apatah lagi amanah yang dipikul oleh seorang pensyarah.

Semoga Allah rahmati kehidupan mereka.

6 comments:

sarahfazalul said...

memang sibuk jadi pensyarah. nampak je relax secara lahiriah tetapi betapa kalutnya di dalam..(kena jadi pensyarah jugak suatu hari nanti iAllah..macam manalah ye?)

Radieah Mohd Nor said...

Kesibukan tidak akan menjadi suatu masalah jika dalam kesibukan tersebut adanya ketenangan.

Tetapi kelapangan akan menjadi suatu perkara yang membawa masalah jika diiringi kegusaran.

Ada kata-kata hikmah berbunyi "Bilik yang sempat akan menjadi luas dengan adanya hati yang tenang. Tetapi bilik yang luas akan menjadi sempit jika hati berada dalam kegusaran.

You can do it Sarah...

sarahfazalul said...

kata-kata awak cukup menenangkan saya. maka perlunya sebuah ketenangan jiwa agar tidak terasa kekalutan yang menghimpit itu

thanks radieah (^^,)

Radieah Mohd Nor said...

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (Maksud Surah ar-Rad: ayat 28)

MuslimDigital said...

Isy3.... tak pasal2 saya dibabitkan dalam hal ni.

c u in court!

Radieah Mohd Nor said...

Court mana tu Dr. (Dr.Hasanah) Jangan marah Dr. Nanti kena jual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...