Saturday, May 2, 2009

Hanya Insan Biasa

Hati saya agak tersentuh dengan feedback seorang insan…entahlah saya tidak mengenalinya siapa. Kenal atau tidak, itu bukan persoalannya. Marah sangat nampaknya bila saya menggunakan ‘hanya pandangan dari insan dhaif’ lebih kurang macam tulah perkataan yang saya gunakan selepas saya utarakan pandangan saya tentang insan yang mengenepikan pandangan fatwa.

Katanya ‘…cukuplah kita seorang je yang tahu… tak payah tulis perkataan dhaif tu’. Saya balas kembali ‘itu cara saya untuk merendah diri…siapalah saya untuk memberi pandangan’. Tetapi perkara tersebut terus berlarutan. Penjelasan saya sukar sekali diterima olehnya. ‘..bukan begitu cara merendah diri …muak dengan perkataan tersebut… apa yang ditulis dalam blog tidak serupa dengan reality penulis blog’ begitulah antara jawapan yang saya terima…

Saya tidak salahkannya. Memang penjelasan saya tidak jelas…maklum sajalah, pandangan tersebut ditulis dalam shut box… jadi berapa patah perkataan sangatlah yang saya boleh jelaskan. Akhirnya saya mengambil sikap mendiamkan diri. Bukan tiada hujah, bukan sebab tiada fakta…tetapi pesan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, perkara yang melibatkan khilaf (perselisihan pendapat) ..tidak perlu diperdebatkan.

Bagi saya perkara tersebut bukan khilaf. Setahu saya khilaf adalah perkara yang melibatkan hukum fiqh. Betulkan pemahaman saya sekiranya saya salah. Entahlah, saya bukannya arif tentang itu semua. Tetapi bagi saya pesan As-Syahid bukan sekadar itu sahaja. Ia mengandungi makna yang mendalam. Perkara yang sedang dipertahankan oleh saya dengan penulis tadi adalah tentang perkara yang tidak membawa faedah…langsung tidak membawa faedah. Jadi untuk apa saya tegakkanya.

Malah yang paling membimbangkan sebenarnya saya adalah berada dalam golongan orang munafik. Hadith Rasulullah S.A.W ada bersabda, tiga ciri orang munafik ialah bila dia bercakap dia berdusta, bila dia berjanji dia mungkiri, dan bila diberi amanah dia khianati. Tetapi harus kita ingat ada satu lagi hadis sahih yang menambah lagi satu ciri iaitu bila dia bertengkar, berdebat dan seumpama dengannya dia melampaui batas…oleh itu hati-hatilah..

Saya menulis untuk ingatan diri saya…ingatan tersebut saya taip dan postkan dalam blog supaya ingatan tersebut boleh dikongsi bersama…bukan untuk diri saya sahaja. Macam Dr Jasni cakap ‘..tak best masuk syurga sorang-sorang…sunyi’. Macam sirah Nabi Adam a.s sewaktu di syurga sebelum dijadikan Hawa.. sunyi…walaupun tinggal dalam syurga.

Berbalik semula kepada perkataan dhaif yang saya nukilkan dalam shut box. Bagi saya seandainya kita tidak setuju dengan luahan hati seseorang…sama ada dia ingin katakana dia dhaif ke…pandangan insan yang hina ke.. ikhlas dari hati saya ke… dan banyak lagi perkataan, itu hak dia untuk mengatakan begitu.

Kita renung sama-sama kisah ini. Suatu ketika dalam sebuah peperangan, seorang sahabat nabi ketika mengangkat pedang ingin membunuh musuh Islam tiba-tiba musuh tersebut mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi sahabat tersebut merasakan musuh tersebut mengucap kerana takut dibunuh. Lalu dibunuhnya musuh tersebut. Apabila selesai peperangan dan Rasulullah mendapat tahu kisah tersebut, Rasulullah S.A.W sangat marah lalu berkata kepada sahabat tadi “Adakah engkau belah dadanya dan mengetahui isi hatinya”. Begitulah lebih kurang kisahnya.

Berpandukan kepada sirah tersebut, apabila melibatkan hati atau niat seseorang…nasihat saya serahkan sahaja kepada Allah S.W.T dan cuba berhusnuzan dengan sesiapa sahaja. Jika tidak hati kita akan selalu menyalahkan orang lain bila pendapatnya dengan kita berbeza. Carilah titik persamaan, jangan cari titik perbezaan.

Tentang sifat rendah diri, nanti di post akan datang, saya akan cuba bawa kisah Rasulullah dan para ulama. Kita lihat dan pelajari daripada mereka..bagaimana mereka merendah diri. Insya Allah.

2 comments:

pondok buku said...

salam

maaf sy menyibuk2. sy stuju, merasakn@mnyatakn diri 'hamba yg dhaif', 'hamba yg hina' , tu haq masing2. sbgimana ada yg dgn senag mengatakan 'sy muslim spenuh masa' , 'sy mujahid/ah' . tu hak masing2. biar ALLAH yg berhak menghakiminya.

sy juga setuju, kita slalu terlupa, antara sifat@sikap org munfiq itu, bila dia bergaduh@bertikam lidah, dia berlebih2 n melampaui batas. sesungguhnya ALLAH sgt mmbenci mereka2 yg melampaui batas.

usah dilayan sgt mereka2 yg berckp hnya dgn emosi.

teruskn menulis slagi sis rasa ianya mmbawa kebaikan n diredoi-NYA. ;=)

Radieah Mohd Nor said...

Waalaikumsalam...

Tak menyibuk pun. Entry ini dutulis supaya kita saling ingat mengingati. Supaya kita tidak sering belajar dari kesilapan kita. Sebaliknya belajar dari kesilapan orang lain.

Syukran a'la kulli hal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...