Sunday, November 1, 2009

Secondhand Book di Chowrasta

“Saya nak ke bank. Awak tunggu kat sini sat na”. Pinta sahabat saya ketika kami berada di Chowrasta.
“Okeylah. Saya pi kedai bukulah sementara tunggu awak”. Jawab saya.
“Nanti bila saya dah siap saya pi kedai buku tu”.
“Okey.”

Kami menuju destinasi masing-masing. Saya ke kedai buku, rakan saya ke bank.
Memang betul kata seorang blogger “Jika mahu membiarkan aku menunggu kamu, biarkan aku menunggumu di kedai buku. Nescaya akan ku tunggumu tanpa pernah rasa jemu”.

Saya melangkah keseorangan menuju ke kedai buku yang terletak di tingkat dua Bazar Chowrasta. Walaupun sudah hampir empat tahun berada di Penang seingat saya ini adalah kali kedua saya ke kedai buku secondhand tersebut. Bukan tidak mahu pergi. Tetapi letaknya di tengah-tengah bandar yang sibuk dengan kenderaan yang bersesak-sesak menyebabkan saya tidak berani untuk ke sana seorang diri berbanding sekiranya saya ke Borders, Queensbay Mall.

Kedai buku sebegini sebenarnya menjadi pilihan utama saya memandangkan buku jauh lebih murah berbanding buku yang lain. Walaupun buku yang diperolehi bertaraf secondhand tetapi ia masih elok. Selain itu, di sana juga terdapat buku-buku baru tetapi harganya juga jauh lebih murah berbanding kedai buku biasa.

“Ye, cik nak buku apa?” Sapa pekedai buku tersebut kepada saya.
“Saya nak buku Syed Hussin Alatas. Tajuknya The Myth of the Lazy Native, ada tak?”
“Buku tu tak adalah”.
“Alah.. kat mana boleh saya dapat buku tu?” Tanya saya dengan penuh harapan.
“Dekat sini tak ada. Kat kedai biasa ada. Tapi mesti mahal”.
“Saya tahu”.
“Buku lain tak nak ke?”
“Saya nak buku yang ada kaitan tentang kemiskinan dan orang Melayu, ada tak?”
“Tunggu sekejap”.

Sebenarnya untuk membeli buku-buku di kedai buku secondhand di Bazar Chowrasta ini, anda perlu mengetahui tajuk atau bidang-bidang tertentu misalnya ekonomi, psikologi, buku motivasi, encyclopedia dan lain-lain yang anda inginkan. Jika tidak rambang matalah dibuatnya… sebab bagi pencinta buku, sudah tentu anda ingin membeli banyak buku kerana harganya yang sangat murah.

Saya masih ingat pertama kali ke kedai buku tersebut saya membeli buku John Gray 'Men are from Mars. Women are from Venus' dengan harga, seingat saya RM27.00 sedangkan harga di pasaran yang saya perolah daripada internet ialah RM36.90. Buku yang saya beli itu bukan yang secondhand tetapi firsthand. Jika yang secondhand sudah tentu lebih murah. Tetapi untuk mencari kitab-kitab lama.. kitab kuning seperti karangan Imam Al-Ghazali, Ibnu Battuta, Yusuf al-Qardhawi… anda salah tempat.. di sana tidak terdapat kitab-kitab tersebut.

Bagi pencinta buku yang ingin berkunjung ke kedai buku tersebut ada beberapa tips yang saya temui daripada sebuah blog. Harap ia memberi manfaat kepada kita semua (klik sini).

Setelah sekian lama membelik buku-buku di situ, akhirnya saya pulang dengan beberapa buah buku di tangan dengan bantuan pekedai buku tersebut. Salah satunya yang bertajuk ‘Dilema Melayu’, karya Tun Mahathir Mohamad… antara buku yang baik untuk dibaca oleh anda. Bagi yang mampu menghadap internet dalam jangka waktu yang lama kerana buku tersebut adalah setebal 222 halaman, anda boleh membaca buku tersebut melalui Wikipedia kerana keseluruhan isi kandungannya telah copy paste ke dalamnya.

6 comments:

pali said...

salam, beli buku kat sini memang best. kekadang ada juga ke sini, tapi memang betullah, kalau tak tahu buku apa nak cari, jadi rambang mata @ terus overdose buku, jadi tak beli.

dengan kewujudan e-book la ni pun banyak buku boleh didownload secara online. Cuma, untuk mendapatkan buku terkini sahaja kena beli. heh. tapi perasaan membacanya tidak sama.

secara peribadi lebih suka baca buku dari membaca online. takde 'feel'

Radieah Mohd Nor said...

Ya. Memang betul. Membaca melalui buku, rohnya wujud berbanding membaca melalui online.

wan-niza said...

baru sekali pegi sana...betul la kata kak radieah...kena tahu buku apa yang dicari sebab ada terlalu banyak buku.

kunjungan saya dulu berjaya mengumpulkan karya sastera a samad said..banyak buku sastera lama yang library sekolah tak mau

Radieah Mohd Nor said...

Lain kali p sana kita cari yang berkaitan research pula. Kak Radieah dah cari tapi belum mencukupi..

simpleshida said...

salam alaik.

wah.. masyaAllah.. subhanaAllah..
besttnye.. ni yg nk kena p sana..
uh..insyaallah kalu cek p penang cek nk terjah tmpt ni.. ;)

tq for share n sharing the info ;)
nnti kalu free bleh p sama2 shooping buku..yeahh...hehee

slmt hari2...
Allahu yubarik feek..

Radieah Mohd Nor said...

Ye.. selamat bershooping..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...