Wednesday, January 11, 2012

Mencipta Suasana

Pastikan anakmu soleh!!!

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang video di atas. Anda sendiri yang bakal mencorak cara fikir, gaya hidup, matlamat hidup anak anda.

Susana dunia yang hari ini amat mencabar buat kita dan juga generasi akan datang. Apapun adakah kita yang mencipta suasana atau suasana yang mempengaruhi kita?

Sebagai seorang mukmin seharusnya kita yang mencipta suasana, mencoraknya dengan meletakkan setiap pandangan Allah adalah pandangan utama. Sebaliknya jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan suasana yang meletakkan nafsu di hadapan setiap pertimbangan kita.


Prof. Dr. Muhaya Mohammad "Didik anakmu ucap kalimah lailahailallah dan menjadi ahli syurga" - klik sini untuk dengar kupasan tentangnya.


Cipta suasana untuk mendidik kita dan orang sekeliling kita terutama anak-anakmu mengenal Allah dan menyayangi-Nya. Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w. Cipta juga suasana supaya kita semua perihatin dan sayang terhadap saudara-saudara Islam kita terutama saudara mara kita yang berada di Palestin. Cipta juga suasana yang membolehkan kita dan orang sekeliling kita peka terhadap agenda musuh kita.

Sukar untuk mencipta suasana tetapi penting untuk menciptanya. Jangan biarkan anakmu lebih mengenali kartun Ultraman, Batman, Superman dan lain-lain sehingga si kecil ini mengatakan watak kartun tersebut lebih berkuasa daripada Allah.

Ummi tak bagi Aiman tengok TV sebab Ummi sayang Aiman

Saya pernah menontonya di Youtube. Apabila seorang guru prasekolah bertanya kepada anak muridnya yang sedang leka menyelak buku Ultramannya sambil menceritakan kehebatan Ultraman kepada rakan-rakannya yang lain. Si guru bertanya "Amin (bukan nama sebenar) antara Ultraman dan Allah mana lagi kuat?" Dengan pantas dan bersemangat Si Anak Kecil itu menjawab "Ultraman". Puas guru tersebut merangkan bahawa Allah lebih kuat tetapi Si Anak Kecil itu tetap menjawab bahawa Ultraman lebih kuat.

Anda yang cipta suasana untuk anak anda. Jadi tidak perlulah hairan sekiranya anak anda menyatakan Ultraman itu lebih berkuasa daripada Allah. Anda yang mendidiknya. Usahlah terkejut!!!

Saya hanya memberi contoh yang memang benar-benar berlaku apabila kita tidak mampu mencipta dan peka dengan suasana. Ciptalah suasana untuk Islam itu sentiasa dalam hati, pertuturan dan tindak tanduk kita. Kita juga perlu dan mesti peka juga dengan suasana yang dicipta oleh musuh kita.

.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...