
Wednesday, August 27, 2008
"Takkan kita nak jaga agamaNya, Allah tak beri kemudahan untuk kita?"

Wednesday, August 6, 2008
Kalaulah...
Kalaulah aku kaya...
Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan juga saya bertemu dengan hadis yang telah lama saya cara. Semoga perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat kepada semua. Saya akan menjelaskan maksud hadis yang tidak jelas. Bagi maksud hadis yang jelas nilailah dengan kebijaksanaan masing-masing.
Pada awal hadis Rasulullah S.A.W ada menggunakan perkataan yang bermaksud 'kuat', dalam hadis lain yang bermaksud "Tidak dikatakan seseorang itu kuat pada tubuh badan tetapi yang dikatakan kuat apabila dia mampu menahan marah" hal ini bermakna perkataan 'kuat' yang dimaksudkan dalam hadis bukan bermakna kekuatan tubuh badan dan menurut hadis ini juga setiap manusia mempunyai kekuatannya yang tersendiri, mungkin dalam satu aspek dia lemah tetapi dalam aspek yang lain dia mempunyai kelebihan.
Seperti mana dalam hadis ada menyatakan bahawa kita tidak boleh menggunakan perkataan 'kalau' kerana ia membawa kepada terbukanya jalan hasutan syaitan. Namun begitu adakah perkataan 'kalau' turut digunakan di dalam firman Allah, Surah Al-Anbiya, ayat 22 yang bermaksud "Kalaulah ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, nescaya kedua-duanya akan rosak binasa....." dan di dalam hadis juga ada menggunakan perkataan ini, seperti mana hadis yang bermaksud "Kalaulah tidak menjadi keberatan bagi umatku, nescaya akan aku wajibkan mereka bersugi sebelum sembahyang"
Persoalan yang timbul, adakah sabda Rasulullah tadi bercanggahan dengan firman Allah S.W.T dan sabda Rasulullah yang lain..Sebenarnya ini mustahil sama sekali. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 156 menjelaskan penggunaan perkataan 'kalau' yang sebetulnya "Hai orang-orang beiman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang, "Kalaulah mereka tetap bersama-sama kita tentulah meraka tidak mati dan tidak dibunuh" Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka. Allah menghidupkan dan mematikan. Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan"
Berpandukan firman Allah dalam Surah Ali Imran ini, Allah menerangkan kepada kita penggunaan perkataan 'kalau' sering digunakan oleh orang kafir atau munafik. Perkataan ini tidak boleh digunakan bila mana wujudnya unsur-unsur penyesalan, kesedihan, kekecewaan dan perkara-perkara yang lain seangkatan dengannya. Contoh perkataan yang sering kita ucapkan "Kalaulah saya berusaha bersungguh-sungguh sudah tentu saya akan berjaya" Pada ayat tersebut ada unsur penyesalan dan dengan menggunakan perkataan tersebut Allah menimbulkan penyesalan yang teramat sangat dalam diri individu yang mengucapkannya.
Pintu-pintu kepada hasutan syaitan ini banyak antaranya apabila seseorang itu terlalu sedih, terlalu stress dan terlalu gembira. Tidak hairanlah berlakunya histeria kerana kita telah membuka jalan kepada hasutan syaitan. Jadi berusahalah untuk menutup pintu-pintu syaitan tadi. Semoga dengan usaha itu, dengan izinNya kita terhindar daripada hasutan syaitan yang tidak pernah berputus asa menghasut kita.
Titik Perubahan
"Ye ke? Em… Berubah kerana lelaki" Lancang mulut saya melemparkan tuduhan.
"Ya, memang dia berubah kerana lelaki. Tapi sekurang-kurangnya dia mampu untuk berubah. Tak boleh kita lemparkan tuduhan macam tu. Yelah…sikap dan hati manusia siapa tahu" Penjelasan yang ringkat tetapi padat membuatkan saya terdiam mendengarnya.
Memang salah saya. Sungguh tidak patut untuk melemparkan kata-kata yang sedemikian rupa kepada individu yang mahu berubah. Kita hanyalah hambaNya. Diuji untuk Allah menilai kekuatan iman kita. Dugaan yang dilalui oleh Ina telah berjaya diharunginya tetapi siapa tahu dugaan yang sama suatu hari nanti bakal menimpa kita.Kepada kaum Adam, nasihat saya bimbinglah kaum Hawa yang berada di bawah tanggungjawab anda. Sama ada tanggungjawab anda sebagai seorang suami, ayah, anak, adik, abang, bapa saudara dan lain-lain ikatan. Sekuat mana pun mereka, mereka perlukan anda untuk membimbing mereka menuju keredhaanNya. Seperti mana hadis daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Hawa dijadikan dari rusuk kiri Adam bukan dari kepala untuk dijunjungi, bukan dari kakinya untuk dijadikan pengalas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai"*
* Hadis tersebut adalah marjuh kerana mengandungi unsur-unsur Israiliyyat dan tidak pula disokong dari Al-quran. Oleh itu, hadis ini tidak boleh dijadikan hujah atau mengambilnya sebagai sumber hukum tetapi untuk pengiktibaran ia dibolehkan.
Monday, August 4, 2008
Warkah Seorang Teman
Realiti dalam perjuangan akan timbul pelbagai percanggahan. Cara kita berbeza, penerimaan kita berbeza tetapi janganlah cari yang berbeza sebab dalam perbezaan sebenarnya ada persamaan. Memang selalu berlaku dalam ikatan ukhuwwah yang tersimpul wujud ketidak serasian pendapat, "cara ana berbeza, cara enti berbeza" tapi janganlah sedih dengan perbezaan… carilah titik persamaan dalam perbezaan. Indahnya ikatan yang terbina antara kita kerana wujudnya perbezaan yang cuba kita ukir supaya ia menjadi satu persetujuan.
Cukuplah sampai di sini dahlulu nukilan ana untuk kali ini. Maafkan ana andai kata di sepanjang usia perkenalan kita, wujud perkara yang menguriskan hati antum. Terima kasih kerana sudi membawa warkah ini. Jika diizinkan Allah, Insya Allah kita bersua lagi…kalau tidak di sini di syurga nanti.
Sekian, terima kasih. Wassalam
Saya Bukan Rasulullah...
Sahabat saya yang asyik mengelilinggi saya sebentar tadi tidak lagi mengelilingi saya sepertimana tadi. Bukan saya tidak senang dengan gurauannya cuma takut terjatuh daripada tangga yang sedang kami turuni.
Sewaktu sahabat saya mengelilingi saya sewaktu sedang menuruni tangga, sebenarnya saya teringat kepada peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W. Kebimbangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah membuatkan beliau mengelilingi baginda sewaktu berjalan di tengah padang pasir.
Ada kalanya Saidina Abu Bakar berada di hadapan Rasulullah, ada kalanya beliau berada di belakang dan ada kalanya berada di kanan ataupun kiri Rasulullah. Keadaan yang berterusan ini membuatkan Rasulullah bertanya kepada Saidina Abu Bakar akan hal tersebut. Jawab Saidina Abu Bakar "Saya berbuat demikian kerana saya bimbang akan kedatangan musuh yang akan membuatkan tuan cedera ataupun terbunuh. Saya berada di hadapan kerana saya merasakan musuh sedang mara dari hadapan tuan, saya berada di belakang tuan kerana saya merasakan musuh sedang mara di belakang tuan. Begitu jugalah halnya di kiri dan kanan tuan, saya akan berada sama ada di kiri ataupun kanan tuan andai kata saya merasakan musuh sedang mara daripada arah tersebut. Sekiranya musuh ingin membunuh atau mencederakan tuan, yang akan tercedera atau terbunuh bukan tuan tetapi saya"
Hari ini kita melihat pelbagai propa ganda daripada pihak musuh. Melukis gambar Rasulullah dengan sehina-hina lukisan, memfilemkan kisah yang seolah-oleh hinanya Islam yang Rasulullah bawa, pertikaian yang berlaku di mahkamah-mahkamah atas alasan bahawa berlaku ketidakadilan dalam syariat yang Rasulullah bawa, nama Allah dan Rasulullah menjadi hiasan di kasut-kasut, bangunan yang sengaja didirikan menyerupai Kabah tetapi di dalamnya dipenuhi arak-arak yang pelbagai jenama dan kualiti serta banyak lagi kehinaan-kehinaan kepada Islam yang akhirnya kita tidak lagi mengendahkannya.
Harga diri kita semakin rendah. Semakin tiada. Bahkan tidak salah kalau saya katakan maruah diri kita sebagi orang Islam telah tergadai akibat sikap kita. Kalau Saidina Abu Bakar dan para sahabat yang lain mampu melindungi Rasulullah kerana kecintaan mereka kepada baginda, bagaimana pula dengan kita? Bagaimana kita melindungi baginda bagi membukitkan kecintaan kita kepada baginda kerana cinta kepada Rasulullah bererti cinta kepada Allah. Semoga persoalan saya tadi kepada kita semua tidak berakhir dengan perkataan ''entahlah…''
Kerana Dia Manusia Biasa
* * * * * * * * * * * *
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
Friday, August 1, 2008
Hanya Kerana Cinta
Bila seorang sahabat mengadu kepada saya bagaimana dia ingin menasihati roommatenya yang semakin lama semakin jauh dengan Allah S.W.T. Sembahyang tidak lagi menjadi rutin kehidupannya. Bahkan rutin tersebut diganti dengan keluar bersama teman lelakinya sehingga balik ke bilik di waktu orang muslim bangun beribadah di malam harinya.

Mungkin ada yang mengatakan masalah ini adalah masalah biasa. Tetapi harus kita ingat, apabila masalah ini terjadi kepada orang yang seagama dengan kita, adalah tidak patut untuk kita membiarkannya. Bimbang nanti di akhirat kelak dia akan menyalahkan kita akibat sikap kita yang tidak ambil pedulinya.
Sifat manusia yang sukar untuk difahami kadang kala membuatkan kita kebingungan memikirkannya. Memang tidak salah pada ungkapan yang mengatakan 'cinta itu buta' Tetapi haruskan seorang muslim itu menyerahkan segalanya hanya kerana cinta. Bagi saya cinta pada seseorang itu akan berkekalan sekiranya Allah turut mencintai individu yang kita cintai. Tetapi cinta itu tidak akan berkekalan andainya cinta yang kita berikan itu kepada insan yang Allah murkai. Jadi pandai-pandailah dalam memberi cinta. Agar cinta yang kita berikan memperoleh redha Allah S.W.T bukan kemurkan daripadaNya.

